Baru Tahu

133 7 3
                                    

"Macam mana haritu?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Macam mana haritu?"

"Macam mana apa, hancur.", maklum Haura dengan muka menyampah. Balik daripada malam 'perkenalan' Haura bersama Noah, dia terus menelefon Mawar dan menceritakan kesemua segmen episod. Daripada bisikan hati sampailah kutukan dalaman. Geram sangat agaknya.

"Sekarang ni Noah auto tolak lah ya?", soal Mawar dengan membetulkan duduknya.

"Auto ke manual ke, tetap tolak. Nanti Harraz siapa nak layan? Manja tak boleh bawa bincang betul.", ngomel Haura dengan sepuas hati.

Tergelak Mawar mendengar luahan sahabatnya. Manakan tidak, jika sebut sahaja nama Noah pasti berubah mukanya.

"Bye the way, kau cakap malam tu ada kawan Noah tegur kan. Siapa nama dia?", soal Mawar.

"Dheos. Tak silap akulah. Entah.", jawab Haura malas. Dia tidak mahu mengingati semula apa yang telah berlaku.

"Dheos? Seriuslah!", jerit Mawar dengan muka terkejut.

"Kau kenapa? Aku masih normal, gegendang telinga aku masih elastik.", perli Haura sambil memukul perlahan lengan Mawar.

"Kau tak rasa ke nama tu macam familiar?", soal Mawar bersama muka yang teruja.

Haura mengerut dahinya. Pada ingatannya memang agak dikenali nama itu tetapi di dalam novel, bukan alam nyata.

"Haah. Dalam novel yang aku baca bulan lepas. Kenapa?", jawab Haura selamba.

Kali ini, lengannya pula menjadi pukulan Mawar.

"Bukan dalam novel tapi alam nyata!!! Dheos is our senior. The true name is Daiyan Zulfan Bin.... Aku tak tau tapi yeah... It's Dheos.", maklum Mawar dengan yakin.

"Yakinnya kamu.", kata Haura dengan pandangan sinis. Bukannya nama Dheos itu hanya satu, kalau dalam novel ada nama Dheos, sudah pasti di alam nyata juga ada.

"Iya!!! Aku yakin Haura. Kau nak bukti tak?", soal Mawar dengan keningnya yang tebal terangkat.

Haura malas ambil tahu kerana dia tidak berminat maka, dia minta izin Mawar untuk masuk ke dalam rumah dan buat apa yang patut. Mawar membiarkan sahaja sahabatnya berlalu dan bukti yang ingin ditunjukkan hanya buat simpanan.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now