Vioce Mail

110 11 0
                                    


Mawar termenung melihat keluar tingkap. Tanpa disedari, air jernih mula menitis daripada matanya.

Pemandangan padang hijau diluar tingkap menjadi kabur apabila takungan air mata mengambil alih pandangan Mawar. Sungguh laju air matanya jatuh tanpa dipaksa.

Semakin banyak Mawar menangis, semakin banyak hormon stress dirembeskan. Pada masa yang sama, hormon oksitosin akan dirembeskan supaya emosi Mawar stabil.

Mawar sendiri tidak tahu bila dia akan berasa lega daripada sedih. Segala perasaan duka bercampur-baur pada saat ini.

Suasana sejuk di bilik 1360 wad 7, membuatkan Mawar terlena seketika. Mungkin kerana tangisan yang berpanjangan membuatkan dia berasa penat setelah hormon endorfin keluar sebagai pereda kesedihan.

Luthfan membuka pintu bilik dengan perlahan agar tidak mengganggu isterinya yang masih tidak stabil dari segi emosi. Sudah dua hari Mawar tidak mahu makan hanya apabila Haura ziarah sahaja baru dia ada selera.

Haura tidak mampu untuk ziarah setiap hari kerana dia bekerja dan dia juga tidak tahu bahawa sahabatnya langsung tidak mahu bercakap dengan Luthfan sepanjang berada di wad.

Luthfan meletakkan bungkusan bubur nasi MacDonald yang dibeli sebelum ke hospital di atas meja bergerak.

Dia melihat wajah Mawar yang pucat dan agak cengkung sedang lena beradu bersama bantal peluk panda pemberiannya. Tersenyum Luthfan melihat kecomelan si isteri.

Luthfan mencapai tangan pucat Mawar yang disambung dengan drip lalu dia mengulus lembut bersama perasaan hiba. Tangan kanan pula diletakkan di atas rahim Mawar.

Tidak semena air mata jantan jatuh membasahi pipi. Dia sungguh menyesal dan rasa tersepit dengan keadaan yang diciptakan.

"Mawar.... Abang minta maaf sebab jadi suami yang tidak bertanggungjawab. Abah minta maaf ya sayang, abah gagal jaga sayang sehingga mata mencelik melihat dunia. Abah gagal........ Mawar........ Abang minta maaf....", tangisan Luthfan amat pilu kerana dia menahan tangisan itu sekian lamanya.

Tiba-tiba, tangan kanan Luthfan disambut oleh tangan yang sejuk milik Mawar. Luthfan yang sedang menunduk terus memandang si isteri. Bebola mata yang merah dan lingkaran bawah mata menampakkan lagi keadaan Luthfan yang tidak terurus. Mukanya yang putih memang tidak mampu menyembunyikan apa-apa tanda.

Terbit rasa kasihan dan berdosa dalam diri Mawar kerana menghiraukan tanggungjawabnya sebagai isteri asbab melayan emosi yang tidak stabil.

Dia mengangkat tangan yang di drip untuk menyeka air mata di pipi Luthfan. Pipi Luthfan berasa sejuk apabila tangan Mawar menyentuh kulitnya.

"This is our part, don't cry. You are my sunshine, dear. Mawar nak minta maaf juga sebab rahsiakan daripada abang. Mawar minta maaf....", kemaafan dimohon daripada Luthfan.

Luthfan berasa seperti hidupnya bersinar semula apabila suara yang dirindui menjadi halwa penyejuk hati dikala duka. Dia memegang tangan Mawar yang masih berada di pipi lalu menciumnya lama. Rasa syukur dan bahagia saling bertaut seraya mengalir air mata tanpa dipaksa.

"Abang dapat dengar suara Mawar pun abang dah bersyukur. Abang rindu suara isteri abang. Setiap hari bangun tidur ja, suara manis ni yang jadi muzik. Tapi.... 3 hari ni, abang rasa macam mayat hidup.", luah Luthfan kepada Mawar. Mata mereka saling bertaut tanda rindu menjadi jambatan perhubungan kasih yang tersemat.

"Mawar minta maaf sebab gagal jadi isteri solehah kepada abang.", giliran Mawar pula muhasabah diri.

"Abang maafkan sayang. And about this..". Luthfan meletakkan semula tangannya di atas rahim Mawar.

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now