Shopping

132 13 2
                                    

Hampir 3 bulan Haura tidak bersua dengan tasbih peninggalan arwah babanya kerana tasbih itu masih ada pada Dheos

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hampir 3 bulan Haura tidak bersua dengan tasbih peninggalan arwah babanya kerana tasbih itu masih ada pada Dheos. Dia hanya menggunakan tasbih bewarna coklat milik Umminya sahaja sebagai ganti.

Dia dengar khabar bahawa Mawar tidak akan balik ke Malaysia bersama keluarga mentuanya kerana Luthfan membuat rancangan mengejut untuk berbulan madu di Itali. Maknanya, hanya keluarga Puan Maryam dan Dheos sahaja yang pulang ke Malaysia.

Jika melihat pada tarikh, sudah seminggu mereka di Malaysia tetapi apa yang Haura ingin lakukan ialah berjumpa Dheos untuk mengambil tasbih itu. Berulang kali dia berfikir sama ada mahu mesej Dheos atau tidak. Makan hari juga Haura berfikir.

"Hurm... Aku nak tasbih tu tapi... Hurm...", mengeluh Haura kerana dia tidak tahu cara untuk bercakap dengan Dheos. Sudahlah Mawar tiada, jika ditanya risau mengganggu pula.

Haura menggereng di sebelah Harraz sambil merenung mata Harraz Ibad.
"Sayang... Tolonglah Ummi. Ummi tak ada idea nak minta macam mana. Ummi malulah nak mesej lelaki"

Tiba-tiba Harraz mengeluarkan bunyi suara bayinya.

"Anak Ummi nak sembang ya. Comel! Okey, bagi Ummi idea cepat.", ujar Haura seperti bercakap dengan kawan sahaja.

"Cakap Ummi nak tasbih tu? Tapi nanti nak jumpa macam mana? Dah lah Kak Mawar tak ada. Tak kan nak suruh dia post pulak. Hurm.... Idea lain?", kata Haura memberi pandangan daripada ideanya sendiri. Acah bersembang dengan Harraz.

"Apa kata..."

Tidak sempat Haura berkata-kata, telefonnya mula menjerit minta diberi perhatian. Lantas, dia menekan punat hijau pada skrin tanpa melihat siapa pemanggilnya. Kedudukan yang sama dikekalkan iaitu disebelah Harraz sambil mengereng.

"Assalamualaikum siapa ni?", soal Haura sambil melayan Harraz yang mula ajak bersembang.

"Waalaikumusalam, aku ni Dheos.", jawab pemilik nombor. Haura tidak menyimpan nombor Dheos.

Membulat mata Haura kerana seperti tahu-tahu sahaja dirinya sedang berkata tentang Dheos.

"Oh. Kamu dah balik Malaysia kan?", sengaja dia menyoal walaupun sudah diketahui jawapannya.

"Dah. Tasbih kau, lupa nak bagi sebelum aku ke Itali. Asiff jiddan sebab baru ingat. Aku free sekarang, kau kat mana? Biar aku hantar.", maklum Dheos.

"Eh, tak apalah! Biar kita ambil, lagipun tu barang kita.", tolak Haura dengan baik. Sedang Haura berada di atas talian, Harraz menguatkan suara bayinya bukan kerana menangis tetapi sengaja. Budak baru dapat mulut lah katakan.

Dapat Dheos mendengar suara bayi yang berada dalam panggilannya bersama Haura.

"Harraz ke tu?", soal Dheos teruja.

"Haah. Dia ajak sembang dengan Ummi dia, itu yang mula nak cakap tu.", ujar Haura sambil memberikan senyuman kepada Harraz bersama muka ceria. Main 'aumm.... Chak!', yang nilah.

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now