Anak Ummi

137 12 0
                                    


"ASSALAMUALAIKUM!!!"

Najwa baru sahaja selesai memberi makan kepada Daniah dan Dani, segera menyahut salam yang diberikan oleh seseorang.

"Mawar!!!!!!!! Weyh.... Lama tak jumpa. Ingat tak nak jumpa kami kat sini dah.", ujar Najwa seperti merajuk. Tangannya mengalukan Mawar untuk masuk.

"Gila aku lupa? Mestilah tak. Semalam cadang nak jumpa terus sebab Haura kata semua ada tapi lain pula jadi. Jalan jemmed teruk.", terang Mawar. Dia sudah memaklumkan kedatangannya kepada Haura semalam namun terhalang pula.

"Ouh... Haura tahu tak kau datang ni?", soal Najwa.

"Tau, tapi semalam lah. Hari ni... Surprise.", jawab Mawar. Dia tidak tahu bahawa Haura ada kejutan yang lebih besar. Bittaufiq wan najah ya Mawar Mawaddah.

"Hahahaha. Masuk dulu jom. Panas ni.", jemput Najwa. Darwish khusyuk mewarna sehingga ketibaan Mawar tidak disedari sedangkan Mawar jualah yang selalu disebut-sebut. Orang cantik, semua suka.

Mawar perlahan-lahan mendekati Darwish dan....

"Baa!!!", sergah Mawar.

"OOO COMOT COMEL!" Budak 5 tahun melatah? Ikut siapa agaknya, kalau bukan kakak angkat dia, Mawar!

"Hahahahaha! Abang melatah? Apolah.", ujar Mawar dengan menggulingkan bebola mata ke atas.

Bibir Darwish mula memuncung seperti itik. Boleh diikat kalau muncung sangat. Mata menunjukkan marah kepada Mawar, bukan kerana sergahan tetapi hasil kerjanya sudah comot.

"Marah ke? Bukan salah akak, abang yang tak sambut akak datang. Hm!", giliran Mawar pula merajuk dengan Darwish.

"Tak nak kawan Kak Mawar. Nak kawan dengan Kak Wawa gan Kak Jas je." Dua-dua merajuk lalu Darwish membawa diri bersama hasil kerja yang rosak ke bilik tamu. Mengadulah tu.

"Haura dengan Jasumah mana?", soal Mawar seusai berbalah dengan Darwish. Sengaja dia mahu mencari fasal.

"Jas ada dalam bilik. Darwish pergi mengadulah tu, bukan kamu tak tahu dia macam mana. Haura pula kat atas jaga Daniah, Dani dengan Harraz.", jawab Najwa selamba sambil menyusun warna yang telah Darwish guna.

"Harraz? Asuhan baru ke?", soal Mawar hairan. Keningnya yang tebal mula bertaut. Bukan marah tetapi hairan.

Berkelip mata Najwa, disebabkan mulut badan binasa.
'Wahai mulut, mengapa kau durhaka?'

Dia berfikir sama ada mahu jujur atau sebaliknya. Tipu berdosa tapi dia sudah berjanji mahu rahsiakan supaya cerita sebenar dapat diberitahu sendiri oleh Haura.

"Haah. Asuhan baru. Nama dia Harraz Ibad. Comel sangat, baru 2 bulan.", jawapan selamat diberi. Pertama, dia tidak menipu bahawa Harraz ialah jagaan baru. Kedua, dia tidak munafik dengan memegang rahsia Haura. Lafaz hamdallah disebut dalam hati.

"Ooo.... Ummi dengan Huzaifah?", lanjut Mawar.

"Ummi bawa Huzaifah ke rumah kawan sebab ada kenduri. Kami kena jaga budak-budak ni.", jawab Najwa jujur.

"Kalau macam tu, aku naik atas ya. Nak jumpa Haura and children.", pinta Mawar lalu Najwa mengizinkannya.

Mawar sudah tahu selok-belok rumah Haura kerana sudah berkali dia ziarah. Pintu yang terkatup rapat diketuk perlahan.

"Delivery, tea or milk?"

Dani di dalam dakapan lantas diletak atas katil. Macam pernah di dengar ayat itu.

THING!

Mentol di kepala muncul. Itu ialah Mawar! Dia lupa bahawa Mawar ada maklumkan bahawa dia akan balik tetapi, seingat Haura semalam. Adakah dia tersalah dengar?

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now