Umi Abi

134 12 0
                                    

Suasana majlis perkahwinan Luthfan dan Mawar semakin reda apabila jam menghampiri 2 petang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suasana majlis perkahwinan Luthfan dan Mawar semakin reda apabila jam menghampiri 2 petang. Saudara mara sudah beransur pulang ke homestay masing-masing dan ada yang bermalam di rumah keluarga Mawar.

Puan Arissa sudah pulang terlebih dahulu kerana Huzaifah sudah mula runsing, bagi mengelakkan tindakan luar kawalan, dia pamitkan diri terlebih dahulu. Haura pula masih setia bersama pasangan raja sehari ibarat pinang dibelah dua itu bersama anaknya cuma Harraz tiada dengannya.

Sejak dia selesai mengalas perut sehingga sekarang anaknya dibawa oleh Dheos tanpa diberitahu tempat yang dituju. Dia bergerak ke surau untuk mendirikan solat fardhu Zuhur setelah selesai makan.

Surau muslimat bersebelahan dengan surau muslimin namun sebelum sampai ke surau muslimat, Haura perlu melalui di hadapan surau muslimin terlebih dahulu. Rekaan surau bagi muslimin agak ringkas dan membolehkan orang yang melalui kawasan itu melihat mereka cuma ada bahagian yang tertutup seperti tempat wudhuk dan tandas.

Sedang Haura berjalan, dia ternampak Harraz yang sedang berbaring di atas sejadah bersebelahan dengan seorang lelaki yang sedang mendirikan solat. Apabila Haura melihat sosok lelaki itu, dia berasa lega kerana yang menjaga Harraz ialah orang yang Haura percayai.

Dia segera menunaikan solat Zuhur supaya dapat memberi Harraz Ibad susu. Sebenarnya sudah agak lewat daripada masa yang Haura tetapkan tetapi kelihatan Harraz tenang sahaja, tidak merengek.

Setelah 15 minit berada di dalam surau muslimat, Haura menyarung semula kasut sneakers nya lalu menuju ke surau muslimin. Dia berharap bahawa Dheos masih di dalam surau.

"Assalamualaikum dik. Boleh tolong akak tak?", pinta Haura seraya melihat seorang remaja lelaki yang baru sahaja keluar daripada surau muslimin.

"Waalaikumusalam, in syaa-Allah.", jawab remaja itu.

"Adik ada nampak lelaki yang bawa baby tak dalam surau?", soal Haura. Mustahil untuk dia masuk ke dalam.

"Ada. Abang tu pakai baju warna peach macam akak.", ujar remaja itu.

"Alhamdulillah. Dia ada lagi ke kat dalam?", lanjut Haura bertanya.

"Sekejap ya kak, saya tengok." Lalu, remaja itu masuk ke dalam surau kembali untuk melihat sama ada lelaki yang Haura maksudkan masih ada atau tidak. Hanya bahagian solat sahaja yang mampu dilihat oleh Haura selebihnya tertutup.

"Akak, abang tu cakap sekejap.", maklum remaja tersebut.

"Toyyib. Syukran jazilan tolong akak.", ucap Haura bersama senyuman.

"'Afwan kabiran. By the way, handsome suami akak dan comel betul baby tu.", puji remaja tersebut sambil menyarungkan kasutnya.

Haura hanya memberikan senyuman dan menunduk sedikit kepalanya tanda terima kasih.

BUKAN KERANA DIA [C] ✔ - لله تعالىWhere stories live. Discover now