ℂℍ.𝟙

11.2K 361 48
                                    

❝ᴘᴇᴏᴘʟᴇ ᴡɪʟʟ ɢᴏ ғᴏʀ ʏᴏᴜ ɴᴏ ᴍᴀᴛᴛᴇʀ ᴡʜᴀᴛ ʏᴏᴜ ᴅᴏ, sᴏ sᴛᴏᴘ ᴛʀʏɪɴɢ ᴛᴏ ғᴏʟʟᴏᴡ ᴛʜᴇɪʀ ᴅʀᴇᴀᴍs ᴀɴᴅ ᴇᴍʙʀᴀᴄᴇ ʏᴏᴜʀs ❞

"𝕳ai Khai.. selamat pagi!" Tegur seorang murid perempuan dengan gembira, Khai mengangkukkan kepalanya sebelum melambaikan tangannya sambil tersenyum manis ke arah perempuan tadi. Perempuan tersebut tersenyum malu lalu menutup mukanya menggunakan buku nota miliknya.

Khai merupakan seorang lelaki yang tampan, mempunyai senyuman menggoda dan mampu membuatkan segala kaum Hawa jatuh hati pada dirinya.

Dengan sekelip mata sahaja, Khai sudah bergelar 'Prince Charming' dalam seluruh sekolah. Dia kacak, segak bergaya dan kaya raya.. siapa saja akan menolak dirinya?

"Selamat pagi Prince Khai! Your right hand man is here to serve you!" Ujar sahabat rapat Khai, Adam. Khai tergelak dan segera menepuk bahu Adam dengan perlahan.

"Tak payah nak acah right hand man sangatlah! Muka kau ni layak jadi pengawal je tau.." Balas Khai dengan nada gurauan, Adam berpura-pura terkejut dengan pernyataan Khai tadi.

"Sampai hati tuanku menghina patik sebegini.. Adakah muka paras patik tidak sesuai dengan taste tuanku?" Balas Adam pula, Khai membuat muka jijik sebelum menolak muka Adam jauh.

"Jijik lah kau ni Dam.. bleghhh!" Luat Khai, berpura-pura untuk muntah. Adam tergelak besar, dia tahu betapa jijiknya Khai dengan perkara 'kunyit' tersebut, itulah senjata rahsia Adam untuk mengenakan Khai.

"Tepi" Arah seseorang dengan nada dingin, suaranya yang garau menyentakkan mereka berdua. Harris tanpa melengahkan masa terus memisahkan mereka berdua dengan pantas untuk melintas membuatkan Khai sedikit panas. Khai menarik nafas dalam-dalam, cuma untuk mengawal kemarahannya. Habis imej dia kalau dia buat hal dengan guru disiplin..

"Hoi ulat buku! Tak reti nak beradap ke? Kau tau tak sape kau terjah tadi?" Ujar Adam dengan kasar. Harris dengan automatik menghentikan langkahnya sebelum menoleh kebelakang ke arah Adam.

"Kalau tak nak orang terjah, jangan berdiri di corridor dan menghalang jalan orang... lembap" Balas Harris sebelum menyambung perjalanannya. Adam cuba untuk mengejar tapi dihalang oleh Khai dengan segera.

"Lepaslah! Kau tak dengar ke ape die cakap tadi? Sial lah budak tu!"

"Cukuplah tu.. bila-bila mase je cikgu akan muncul.. Jangan buat hal sudah.." Balas Khai dengan tenang. Kalau ikutkan hati dia, dah lama dia belasah si ulat buku tu cukup-cukup.

"Haishh!" Ujar Adam sebelum meluru masuk ke dalam kelas mereka.

Kau jangan risau Dam, aku akan kerjakan dia.. bisik hati Khai. Dengan sekelip mata, beberapa pelajar perempuan dengan segera mendekatinya.

"Khai, awak ok?"

"Sakit ke die langgar tadi?"

Khai membuat muka comel sambil mengangkukkan kepalanya, cuba berlagak manja membuatkan kesemua murid perempuan menggila.

That Smile | BL | MelayuWhere stories live. Discover now