ℂ𝕙.𝟙𝟛

3.2K 155 16
                                    

❝ ᴘʀᴏᴍɪsᴇs ᴄᴀɴ'ᴛ ʙᴇ ᴋᴇᴘᴛ ʙᴇᴄᴀᴜsᴇ ɪᴛ's ᴀʟʀᴇᴀᴅʏ ʙʀᴏᴋᴇɴ ❞

𝖂hat have I gotten myself into?

Bisik hati kecil Khai sambil menghirup minuman sirap bandung di depannya. Dia sendiri pun tak tahu bagaimana nak jelaskan apa yang dia rasa sekarang ni. Rafael dan Harris langsung tidak berkata apa-apa sejak mereka berdua bertembung tadi. Membuatkan situasi mereka bertambah kekok dan tegang.

Buk!

"Aduh— ape ni Dam!" Ujar Khai apabila disiku oleh Adam yang berada di sebelahnya. Adam dengan segera meletakkan tapak tangan ke mulut Khai, membuatkan Khai terdiam.

"Jangan bising sangat lah bangang! Tak nampak ke tension diorang tu?" Bisik Adam yang separuh menjerit. Khai menjeling sekilas ke arah Harris dan Rafael yang masih lagi mendiamkan diri.

Khai dengan segera menolak tangan Adam dari mukanya sebelum melepaskan keluhan kecil.

"Kot ye pun janganlah tutup mulut aku dengan tangan kau, jijik tau tak?"

Adam rasa ketuk je kawan baik yang tak berapa nak baik dia tu.. Senyuman paksa ditayangkan dengan sengaja.

"Hah, ngam sangatlah.. aku tak basuh tangan dari tandas tadi..."

"...Bab—"

"Kau rase yang dah jadi dengan diorang ni? Bukan main senyap lagi dari tadi.. cengkerik pun takut nak tegur" Potong Adam dengan segera, Khai pula sedang berusaha untuk melap(?) mulutnya dengan tisu. Automatik happylah si Adam tu tengok kawan dia struggle. (Bahalol punya kawan 😂)

Pada masa yang sama, Harris cuba membuka mulutnya untuk berkata sesuatu tetapi Rafael terlebih dahulu berkata, "Aku tak kesah" Membuatkan Harris mengangkat keningnya, pelik dengan ayat Rafael.

Rafael melepaskan keluhan sebelum tersenyum kecil.

"Aku tak kesah but it still hurts.."

Harris tanpa sedar mengetapkan rahangnya, balasan Rafael membuatkan semua rasa bangga dalam diri Harris menghilang. Harris menarik nafasnya dalam-dalam sebelum melepaskan keluhan.

".. I'm sorry" Ujar Harris, dengan nada yang sedikit sayu dan separuh berbisik.

"..but it's still my life, I'm the one who got to decide where, when or who I met up..." Sambung Harris membuatkan Rafael tersentap.

Apa yang dicakapkan oleh Harris itu benar, siapalah Rafael yang mahu berasa marah dan cemburu dengan pilihan Harris? Bukan diakah yang menolak cinta Harris dulu? Kenapa pulak sekarang dia yang terhegeh-hegeh mengejar Harris?

Dan macam-macam lagi soalan yang bermain di dalam minda Rafael. Rafael tersengih dengan jawapan Harris, dia sendiri pun tak tahu apa yang dia rasa terhadap Harris. Adakah dia melihat Harris sebagai kawan? Adik? Rakan sekelas? Atau... Pasangan kekasih?

Tap Tap

Harris menepuk tangan Rafael dengan lembut membuatkan Rafael tersedar dari fikirannya. Rafael dengan segera memandang ke arah Harris, yang kini mengerutkan dahinya ke arah Rafael.

That Smile | BL | MelayuWhere stories live. Discover now