ℂ𝕙.𝟚𝟛

2.1K 109 10
                                    

Where is he? It's not that weird boy again, is it?” Soal Dato' Hariffin dengan curiga. Puan Natalia tergelak kecil.

“Bukan dia lah, pa.. dia kawan baru Irul.. yang Irul selalu ceritakan tu?” balas Puan Natalia, Dato' Hariffin mengerutkan dahinya. Puan Natalia hanya mampu mengeluh kecil dengan karena suaminya yang selalu melupakan nama rakan-rakan Khai.

“Pa! Welcome home.. pa dah habis kerja ke?” soal Khai yang baru saja menuruni tangga. Dato' Hariffin hanya membalas dengan senyuman kecil sahaja sebelum menggelengkan kepalanya.

Unfortunely, I can't stay for long. Selepas makan petang, pa terpaksa keluar untuk uruskan sesuatu” ujar Dato' Hariffin, Khai hanya mengangkukkan kepalanya. Tapi dalam hatinya berasa agak sedih.

“Haa, Irul? Kawan kamu mana?” soal Puan Natalia, sambil terjenguk-jenguk ke belakang Khai.

“Ah, dia ada kat bilik ma.. kejap lagi turun lah tu”

Sehabis saja Khai berkata begitu, pintu bilik Khai pun terbuka, dan terpampanglah(?) Harris yang baru saja keluar dari bilik itu. Harris menjadi kaku sebentar setelah melihat Puan Natalia dan Khai sedang melihat ke arahnya.

“Haa, panjang umur—”

Don't"

Khai terdiam sambil tergelak kekok,
Haihh masa macam ni lah Ris tak boleh jaga mulut.....

Harris pun perlahan-lahan menuruni tangga itu sambil memandang sekilas ke arah figura yang masih tidak memandang ke arahnya, walhal seperti tidak tertarik langsung untuk melihat ke arahnya.

Sesampai saja dia ke lantai bawah, Khai dengan segera menarik lengan Harris lalu membawanya mendekati kedua ibu bapanya Khai.

“Pa, perkenalkan.. ini Harris, kawan Irul yang Irul maksudkan tu..” terang Khai, sambil memperkenalkan Harris ke bapanya.

“Berapa lama dah berkawan dengan Irul?” soal Dato' Hariffin secara tiba-tiba, masih lagi tidak memandang ke arah Harris. Tangan lelaki tua itu sibuk menekan telefon pintarnya seperti tidak tertarik langsung ke arah Harris.

“I don't even know, I didn't count the days.. and personally, I don't care” balas Harris.

Jawapan Harris membuatkan Dato' Hariffin menghentikan pergerakkan. Mata Khai terbeliak apabila mendengar balasan Harris. Puan Natalia pula hanya tersenyum kecil, bertambah tertarik dia dengan anak muda itu.

“Ris! Kenapa cakap camtuuu” bisik Khai dengan panik. Harris hanya menjeling sekilas ke arah Khai.

“Ada salah ke dengan perkataan aku?” soal Harris dengan nada datar.

Khai hanya mampu melepaskan keluhan kecil. Harris pula sibuk memerhati lelaki tua itu, ingin melihat reaksi daripada beliau.

Why are you friends with my son?” soal Dato' Hariffin lagi, masih berkeras untuk tidak melihat ke Harris.

It's not my choice, he forced me into this friendship

Makin terbeliak lah mata Khai, tapi kali ini.. Khai hanya berdiam diri. Memang tak boleh dinafikan, memang Khai yang paksa Harris untuk menerima 'friendship' nya secara paksa.

That Smile | BL | MelayuWhere stories live. Discover now