ℂ𝕙.𝟚𝟡

2.7K 128 32
                                    

BEDUSH!

𝕾edas tumbukan pun dengan kemasnya mendarat ke muka Rafael yang hensem itu. Tapi Rafael tidak kesah kerana dia tahu deep down dia memang layak dapat tumbukan tersebut. Adam pula.. hanya mampu mendiamkan diri setelah melepaskan tumbukan tersebut, lelaki itu seperti membeku di tempatnya tanpa sebarang reaksi. Kemungkinan dia masih shock dengan tindakan Rafael tadi.

Ini bukan kali pertama mereka berciuman...

Tapi Adam berasa kali ni, tiada alasan untuk mereka berciuman melainkan Rafael memang berniat untuk melakukan hal tersebut.. dan itu membuatkan Adam bertambah bingung.

Setelah beberapa minit mereka berdiam diri, Adam akhirnya menoleh ke arah keliling mereka, risau jikalau ada orang yang masih terjaga dan ternampak adegan mereka tadi. Rafael tersenyum kecil.

“Takde siapa nampak..” bisik Rafael, cuba untuk menenangkan Adam.

Adam pula bukannya semakin tenang, tapi semakin panik apabila mendengar bisikan Rafael. Lelaki itu sekali lagi membeku, tidak membalas bisikan remaja di depannya itu. Jangankan balas, pandang muka remaja itu pun dia tidak sanggup.

Perasaannya bercampur-baur. Perasaan marah, terkejut, pelik dan malu mula menghantui Adam. Dia tidak tahu apa yang dia patut lakukan sekarang. I mean... It's not everyday that you got kissed by someone.. especially someone by the same gender as you.

Rafael pula hanya mampu mengusap-usap pipinya yang baru saja di tumbuk oleh Adam. Memang dia geram dengan Adam tadi, tapi dia sendiri pun tidak menyangka yang dia akan seberani itu untuk mengucup Adam.. untuk kedua kalinya. Apa yang terlintas dalam fikiran Rafael semasa itu hanyalah "Aku mesti buat dia percaya dengan aku" and surprise surprise, they kissed.

Walaupun bertepuk sebelah tangan, Rafael dah berpuas hati kerana mendapat peluang untuk mengucup Adam lagi. Rafael mengutuk dirinya sendiri dalam hati kerana memikirkan benda tak senonoh tentang Adam.

“Ke...Kenapa—” soal Adam separuh berbisik, perasaannya masih tidak jelas dan dia memerlukan confirmation.

“Kenapa apa?” soal Rafael.

“Kenapa kau.. kau.. c-cium aku..?” soal Adam sebelum menutup mukanya dengan kedua belah tangannya, malu dengan soalan yang dia lontarkan sendiri. Rafael pula hanya mampu memejamkan matanya untuk mengelak daripada melihat gelagat comel Adam. Kalau nak diikutkan hati, dah lama dah Rafael menarik Adam dalam pelukannya dan mengucup remaja lelaki itu sepuas hati. Tapi dia kena munasabah diri, fikir logik akan keadaan mereka.

Isn't it obvious..?” soal Rafael pula, jantungnya mula berdegup laju dari biasa dan begitu juga Adam.

“Boleh tak jangan jawab soalan dengan soalan..?” ujar Adam geram dengan balasan Rafael yang penuh dengan jawapan berteka-teki.

“Kau pun sama, boleh tak jangan jadi bangang sangat dan sedar yang aku sukakan kau?” balas Rafael geram sambil menarik lengan Adam.

Adam yang masih tergamam dengan ayat yang dilontarkan Rafael tadi hanya mampu berdiam diri. What...?

“Ap..Apa kau cakap tadi?”

That Smile | BL | MelayuWhere stories live. Discover now