ℂ𝕙.𝟛𝟚

2.7K 98 33
                                    

𝕭eberapa hari telah pun berlalu dan mereka kini melakukan aktiviti terakhir, dan aktiviti terakhir tersebut ialah test of courage. Hanya tingkatan 5 sahaja yang terlibat dalam aktiviti tersebut, dan mereka dipecahkan kepada dua orang. Mereka di benarkan memilih pasangan mereka semasa menjalankan aktiviti ini. Mereka akan diarahkan masuk ke dalam hutan dan cuba untuk mencari jalan keluar menggunakan petanda dan peta yang di sediakan oleh cikgu yang bertugas. Flashlight juga turut disediakan.

"Harrisss~" bisik Khai yang tiba-tiba saja muncul disebelah Harris dengan muka yang membuatkan Harris bertambah jengkel. "Apa yang kau nak?" Soal Harris sambil berpeluk tubuh. Khai tersengih penuh makna sambil menghulurkan tangannya ke arah Harris, seperti sedang mengajak Harris menari or something.

"No, aku akan partner ngan Raf" balas Harris dengan selamba sebelum menoleh ke arah lain, sambil-sambil matanya meneroka mencari kelibat kawannya itu. Khai memuncungkan mulutnya, "alaa, kenapa bukan dengan aku?"

"Because you're annoying, find someone else" balas Harris sambil menjeling sekilas, dia masih lagi mencari kelibat sahabatnya itu. Khai yang perasan dengan tindakan Harris hanya tersenyum, "seems like your bestie is not around.. you have no choice, princess—"

"If you call me that one more time, I will–"

"You will?" Celah Khai sambil tersengih, dia perlahan-lahan mendekat ke arah Harris sambil tergelak kecil. "What will you do.. princess?" Bisik Khai, with a hint of sensual tone. Harris tersentap, matanya terbeliak dan mukanya mula memanas. Mulut Harris terbuka ingin membalas kata-kata Khai tapi tiada ayat yang keluar. Khai tersenyum kecil, dia semakin mendekatkan lagi jarak antara mereka sebelum berbisik tepat di telinga remaja itu, "cat got your tongue, princess? Or would you like for me to do it?"

Harris dengan segera menoleh ke arah lain sebelum memukul bahu Khai dengan geram, dan seperti amaran. "Khairul, stop.. sebelum aku.. aku tendang celah kangkang kau" bisik Harris membuatkan Khai dengan automatiknya menjauhkan diri dari Harris dengan senyuman. "Garangnya.." bisik Khai sebelum memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar sukannya. "Tapi aku serius pasal partner ni.. this is the only time we can be together in private"

"I'm not participating" ujar Harris yang masih menoleh ke arah lain, dia tak mahu Khai melihat mukanya pada masa sekarang. Khai sekali lagi memuncungkan mulutnya, "kenapa?"

"Just.. don't want to"

"Kenapa? Takut gelap eh?" Usik Khai, diikuti dengan gelak tawa kecil. Tapi Harris hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah lain, cuba untuk mengabaikan Khai. Gelak tawa Khai perlahan-lahan menyepi. "Hei.. kalau kau takut pun, aku kan ada kat sini?" Bisik Khai, cuba untuk membuatkan Harris berasa selesa. "Oh I would rather be lost in the forest" celah Harris dengan nada selamba.

"Hm, okey.. kalau kau minta tolong nanti, aku takkan tolong kau dah.. ingat tau" ujar Khai sambil tersenyum sebelum berlalu pergi daripada Harris. Harris melepaskan nafas lega sebelum menjeling sekilas ke arah Khai, yang kini bertegur sapa dengan Yusri. Nampak dari jauh, mereka memang kelihatan sangat rapat seperti kawan baik. Harris melepaskan dengusan kecil sebelum menoleh ke arah lain sekali lagi. "Imbecile.." bisik Harris sebelum berlalu pergi, cuba untuk mencari kelibat sahabatnya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 07, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

That Smile | BL | MelayuWhere stories live. Discover now