ℂ𝕙.𝟙𝟜

3K 159 11
                                    

❝ ɪᴛ's ɴᴏᴛ ᴀ ᴍᴀᴛᴛᴇʀ ᴏғ ғɪɴᴅɪɴɢ ᴛʜᴇ ʀɪɢʜᴛ ᴘᴇʀsᴏɴ ʙᴜᴛ ɪᴛ's ᴀ ᴍᴀᴛᴛᴇʀ ᴏғ ʙᴇɪɴɢ ᴛʜᴇ ʀɪɢʜᴛ ᴘᴇʀsᴏɴ ғᴏʀ ᴛʜᴇ ᴏɴᴇ ʏᴏᴜ ʟᴏᴠᴇ! ❞

Beberapa Tahun Sebelum...

"𝕻ergilah!"

"Kenape? Takut ke hah??? Hahaha!"

Harris dengan segera mengelak daripada batu yang dibaling oleh murid-murid yang berada di depannya itu. Kedua tangannya berusaha untuk menutup mukanya agar tidak terkena batu-batu tersebut. Badan Harris yang kecil itu tidak mampu untuk melawan sekumpulan pembuli, jadi dia hanya mampu melindungi dirinya dengan mengunakan tangannya.

"WOI! APE YANG KORANG BUAT TU HAH?!"

"Alamak! Itu Rafael lah!"

"Weh cepat lari!"

Rafael dengan segera meluru ke arah Harris yang kini terbaring di lantai sambil tersedu sedan menahan tangisannya. Rafael melepaskan keluhan setelah melihat Harris sebelum perlahan-lahan mendekati Harris and memegang bahunya dengan berhati-hati kerana takut mencederakan budak itu. Tapi tangan Rafael dengan segera ditepis dengan kasar oleh Harris. Harris menjeling sekilas ke arah Rafael sebelum cuma untuk bangun dari baringnya. Air matanya di usap dengan kasar, tapi semakin dia cuba untuk menghentikan air matanya, semakin deras ia keluar.

Rafael tersenyum kecil dengan riaksi Harris. Dia perlahan-lahan mengeluarkan sapu tangan dari poket seluarnya sebelum memberikan ia ke budak di depannya itu. Tapi Harris berkeras untuk menolak pertolongan Rafael.

"Ibu kate, kalau kite selalu nangis.. ibu bapa kite akan sedih juga.. jadi awak janganlah nangis.. nanti ibu awak sedih..."

Harris menjeling tajam ke arah Rafael sebelum berkata,

"Aku takde ibu"

Senyuman Rafael dengan segera memudar mendengar penyataan Harris. Selepas beberapa minit, Harris sekali lagi tersedu sedan menahan tangisannya, membuatkan Rafael berasa cemas.

"J-Janganlah nangis! Saye tak bermaksud nak buat awak sedih! Jangan nangis!"

Harris masih juga tetap mengalirkan air matanya, semakin lama semakin deras tangisannya. Tanpa berfikir, Rafael dengan segera menarik Harris dalam dakapannya. Rafael perlahan-lahan menepuk belakang Harris dengan lembut sambil menggerakkan Harris ke depan dan ke belakang dengan harapan ia mampu membuatkan Harris bertenang.

Selepas beberapa minit menangis, Harris kini mula bertenang, diikuti dengan sisa-sisa sedu sedannya. Dia masih lagi berada dalam dakapan Rafael, dan Rafael masih lagi menepuk belakang Harris untuk menenangkan budak itu.

"Awak tahu.. abah saye selalu kate yang menangis tu.. hanya untuk budak perempuan, tapi saye rase lelaki atau perempuan.. kite semua nangis. Jadi.. kalau awak nak nangis, awak tak perlu tahan.." Ujar Rafael dengan lembut, senyuman di bibirnya muncul secara tiba-tiba. Harris hanya mendiamkan diri, berasa agak malu kerana menangis tadi.

That Smile | BL | MelayuWhere stories live. Discover now