ℂ𝕙.𝟚𝟟

2K 130 9
                                    

𝕳arris dengan segera keluar daripada kereta Khai dengan panik. Dengan tangkas dia mengambil barangannya yang terletak di tempat duduk belakang kereta Khai, tersusun rapi. Khai tergelak kecil melihat gelagat Harris yang panik semacam, dia tidak sangka yang Harris boleh berkelakuan begitu comel.

What's the rush, princess?” usik Khai sambil tersenyum kambing ke arah Harris. Harris membalas dengan memberikan jelingan tajam ke arah Khai. Dia tidak sangka yang perkataan 'princess' itu akan menjadi nickname tidak rasminya.

“Janganlah jeling-jeling macam tu.. tambah berdeguplah jantung aku ni nanti..” ujar Khai separuh berbisik. Nasib saja Harris tidak dapat mendengar ayat yang di lontarkan Khai itu, kalau tidak, tamatlah riwayat Khai di situ.

Sebelum sempat Harris berlalu pergi, Khai menangkap pergelangan tangan Harris dengan kemas. Harris cuba untuk melepaskan lengannya, akan tetapi kekuatannya tidak mencukupi kalau di bandingkan dengan Khai. Walaupun tidak begitu ketara, Khai sebenarnya seorang yang suka meluangkan masa bersenam untuk mengekalkan bodynya dan sekaligus mengekalkan reputasinya sebagai 'prince charming' sekolah mereka.

“Ape lagi yang kau nak dari aku ni? Tak cukup ke jadi pengacau dalam hidup aku?” ujar Harris sebelum melepaskan keluhan. Layan karenah Khai je boleh buat dia letih.

“Tunggulah aku kejap.. kita pergi masuk sama-sama ok?” ujar Khai dengan nada yang lembut sambil tersenyum manis ke arah Harris. Harris pula dengan segera menoleh ke arah lain, tidak mahu kalah dengan senyuman manis Khai.

Wait for me, okay princess?”

Would you stop calling me—”

Belum sempat lagi Harris menghabiskan ayatnya, Khai dengan segera mengucup pipi Harris sebelum tersenyum dan berlalu pergi ke bonet keretanya. Harris pula.. dah mula membeku, badannya kaku seperti robot yang kehabisan bateri. Matanya terbeliak dan mulutnya agak ternganga. Perlahan-lahan dia menyentuh pipinya yang baru saja di cium oleh Khai tadi. Tanpa dia sedari, telinganya mula memerah dan...

Badum
Badum
Badum
.
.
.

...Harris pun telah menyedari sesuatu.
Oh no, no no no no no no no no no no no n

Tanpa melengahkan masa, Harris terus bergegas melarikan diri tanpa halatuju. Khai yang sedar akan Harris yang mula melarikan diri hanya mampu melepaskan keluhan kecil.

Harris baru saja menyedari sesuatu, dan dia tidak suka dengan hal tersebut. Dia sudah cuba untuk mengelak daripada jatuh hati pada kepada Khai tapi...

How did this happen..?

Setelah tiba di tempat yang lebih sunyi, Harris merebahkan dirinya ke dinding. Jantungnya masih berdegup kencang, entah itu disebabkan oleh marathonnya tadi atau pun.. Khai.

Snap out of it Ris!

Harris mula menampar pipinya berkali-kali, berharap itu dapat membantu dia sedar akan perasaannya. Secara tiba-tiba muka Khai yang tersenyum manis ke arahnya tadi berulang semula seperti pita rosak di dalam minda Harris..

That Smile | BL | MelayuNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ