ℂ𝕙.𝟛𝟘

2.4K 131 31
                                    

Pada hari pertama perkhemahan itu dijalankan, semua berjalan lancar. Mereka diberikan sehari untuk mengemas barang dan berehat sebelum makan tengahari bersama-sama. Kemudian pada malam harinya mereka akan melakukannya aktiviti burung pungguk

A/N : aku base semua aktiviti ni dari pengalaman aku sendiri kat sekolah aku so kalau dia lain dari kebiasaan korang, faham-faham lah eh?

this is bullshit” ujar  Harris sebelum melepaskan keluhan kecil. Mereka di arahkan untuk tidur sehinggalah tiba masanya aktiviti burung pungguk pada pukul 1 pagi nanti. Tapi, hasrat Harris yang mahu berehat tidak langsung tercapai disebabkan dua ekor orang yang sibuk bertengkar di dalam khemah tersebut.

“Aku nak tidur sebelah Harris lah!” Khai berkata ke arah Rafael. Rafael menggeleng-gelengkan kepalanya dengan respon Khai.

“Tak..Bo..Leh! Nanti kau pegi buat benda tak patut-patut kat Ris!” Ujar Rafael membantah cadangan Khai.

“Korang.. dah pukul 10 lebih ni.. nanti cikgu Azmie patrol tempat kita..” sampuk Yusri dengan suara yang cuba diperlahankan agar tidak mengganggu pelajar di khemah lain.

“Kau biarkan jelah diorang.. dah tak ingat dunia tu. Yus, kau gi sebelah kanan Harris, aku gi kiri” ujar Adam dengan tenang sebelum menguap. Harris hanya membiarkan sebab dia sendiri pun dah penat layan dua ekor mamat tu bertengkar, dia cuma mahu tidur sekarang ni.

“Tumpang lalu Harris..” ujar Yusri sebelum merebahkan badannya di sebelah kanan Harris seperti yang diarahkan oleh Adam. Rafael dan Khai dengan automatik menoleh ke arah mereka bertiga yang kini terlena, masing-masing berada di tepi Harris.

“...Aku tidur sebelah Adam” ujar Rafael dengan pantas sebelum dengan pantasnya meluru ke sebelah Adam.

“Kalau kau berdengkur, aku cekik kau dalam tidur” bisik Adam dengan mata yang tertutup. Rafael tersengih kecil, adegan di dalam bas tadi mula menghantui mindanya semula.

Good night, Adam~” bisik Rafael pula.

Khai hanya mampu geram dengan diri sendiri. Dengan perasaan tidak puas hati, Khai pun merebahkan diri di sebelah Yusri.

“Hai” sapa Yusri sambil melambai tangannya disertakan senyuman manisnya. Khai hanya tersenyum kecil sebelum memejamkan matanya, habis moodnya rosak disebabkan benda kecil ni.

Aku nak tidur dengan Harrisss~ tidur je, bukannya aku ada niat jahat pun! .....manatau dapat peluang untuk peluk dia—

Good night, Khairul” bisik Yusri sebelum memejamkan matanya dengan senyuman. Khai hanya menoleh sebentar ke arah Yusri sebelum menoleh ke arah lain.

“ye ye, malam”

Setelah tiba masanya untuk aktiviti burung hantu, siren pun dibunyikan dan guru-guru yang bertugas pun diarahkan untuk beredar mengelilingi khemah untuk mengejutkan para pelajar, termasuklah khemah mereka berlima.

“Anak-anak.. masa untuk— eh? Harris? Awalnya bangun..” Ujar Cikgu Fairuz apabila melihat Harris sedang terduduk dengan ekspresi yang mendatar tapi penuh dengan aura membunuh.

That Smile | BL | MelayuWhere stories live. Discover now