ℂ𝕙.𝟙𝟡

2.4K 136 12
                                    

❝ ᴛʜᴇ ᴡᴀʏ ɪ sᴇᴇ ɪᴛ, ɪғ ʏᴏᴜ ᴡᴀɴᴛ ᴛʜᴇ ʀᴀɪɴʙᴏᴡ, ɢᴏᴛᴛᴀ ᴘᴜᴛ ᴜᴘ ᴡɪᴛʜ ᴛʜᴇ ʀᴀɪɴ ❞

–ᴅᴏʟʟʏ ᴘᴀʀᴛᴏɴ

“Hoi jantan!” Tengking Emily sambil melangkah ke arah seorang remaja lelaki yang masih tidak perasan akan kewujudan Emily. Siapa lagi kalau bukan Harris?

“Hoi!” jeritnya lagi, berharap dapat menghentikan pergerakan Harris. Tapi, Harris hanya buat tak endah dan terus melangkah dengan selamba.

“Dasar lelaki bisu!” ujar Emily sebelum menarik lengan Harris dengan kasar, sekaligus menghentikan pergerakan remaja itu. Jelingan tajam ditayangkan ke Emily, membuatkan si gadis tersentap. Harris dengan segera menarik lengannya dari genggaman Emily, pandangan maut diberi seakan-akan memberi amaran terhadap gadis itu.

Emily terdiam, badannya membeku. Apa yang hendak dia katakan tadi, seakan-akan hilang dari mindanya. Pandangan Harris tadi betul-betul membuatnya berasa takut, dan terancam. Setelah beberapa minit berdiam diri, Emily memberanikan diri untuk bersuara.

“Kenapa kau rapat dengan Khairul?”

Soalan yang dari dulu bermain di mindanya kini mampu dilontarkan. Harris mengerutkan dahinya, baru saja dia ingin menyambung perjalanannya. Harris melepaskan nafas kesal sambil memicit kepalanya dengan perlahan.

“ Apa masalahnya aku rapat dengan Khai?” Jawab Harris dengan soalan.

Tanpa berfikir dua kali, Emily berkata,
“Dia aku punya, aku nampak dia dulu.. aku suka dia dulu! Kau ingat, kau tu siapa? Tiba-tiba saja munculkan diri dalam hidup dia dan jadi kawan rapat dia? Ha? Aku dah ada dalam hidup dia lama dah! Lebih lama dari kau!”

Harris menggelengkan kepalanya.
OMG..... This is so dumb

“Fa—”

“Emily!”

“Sheesh ok, Emily.. first of all, I don't give a fuck. Secondly, I am literally just one of his friends.. and thirdly, we went to the same highschool since form 1 miss ma'am, you literally met him the same year I met him.. what are you on about?” Balas Harris dengan tenang. Dia dah malas mahu bertikam lidah dengan perempuan yang tak faham bahasa ni.

Mulut Emily terus berkumat-kamit memikirkan balasan.

Wait... Can she even understood what I just said...?

“Ris! Let's go— eh? Emi..?” soal Khai yang baru saja tiba di tempat kejadian. Tanganya dengan segera memeluk bahu Harris membuatkan Harris terperanjat dan terus menyiku lelaki di sebelahnya itu. Nasib saja Khai sempat mengelak.

“Kejamnya awak~ macam kucing”

“...takde haiwan lain ke yang kau boleh fikir dengan otak kau yang hanya tinggal 2 braincells tu?”

“Meh, nama pun dah tinggal 2 braincells

“Kau ni—”

That Smile | BL | MelayuWhere stories live. Discover now