Bab 4

114 5 0
                                    

Aku pandang Adil, Adil pandang aku. Dua-dua tidak bersuara. Aku mengeluh sambil menguis nasi di hadapanku. Adil masih lagi ralit memandang wajah ku. Aku mengangkat muka memandangnya dan dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Adil berdehem apabila dia terasa malu kerana kantoi memerhatikan diriku.

"Emmm thanks for the phone. Aku mintak diri dulu lah ya." ujarku mengangkat telefon sambil mengemas bersiap-sedia untuk bangun.

"Mel...."

Aku memandang Adil apabila namaku diseru olehnya. Tak jadi untuk bangun.

"Hm?"

"Amelia masih marah saya?" soalnya perlahan.

Aku mengeluh menghela nafas berat. Lama aku diam menunduk. Tidak memberi respon apa-apa kepadanya.

"Saya minta maaf. Im so sorry untuk perbuatan saya dulu. I was kid. Saya cari Amelia dah lama sebab nak minta maaf atas kesalahan saya ni. Turns out kita jumpa kelmarin. Jodoh ke ni?"

Aku tercekik air liur mendengar kata-katanya. Adil minta maaf? Adil cari aku dah lama? Mustahil aku nak dengar temberang dia ni. Entah-entah saja nak masukkan aku dalam perangkap. Entah-entah dia bet dengan kawan dia supaya kenakan aku lagi. Huh. Memang tidak lah aku mahu percaya ayat yang keluar daripada mulut dia ni. 

Aku tersenyum sinis. "Maaf? Sampai mati pun aku tak maafkan. Assalamualaikum."

Aku terus bangun membawa beg tangan ku keluar daripada restoran. Aku menghentakkan kaki aku sambil berjalan ke kereta. Apa benda lah dia ni tiba-tiba je cakap baik-baik dengan aku. Tanda-tanda nak mati ke dia tu? Huh. Aku membebel sendirian.

Ya Allah mintak simpang la berjodohan dengan dia. Aku terasa geli-geleman apabila teringat kembali kata-kata Adil tadi.

------------------

Adil

Aku memandangnya keluar sambil tersenyum. Cantik betul Amelia sekarang. Dari dulu lagi dah cantik, aku saja yang buta tak nampak kecantikan dia. Mungkin aku jadi benci dia sebab ada yang menyampaikan yang Amelia meminatiku. Aku jadi tak suka kerana aku memang tak berapa gemar orang meminatiku.

Mataku masih ralit memerhatinya berdiri di sebelah pintu keretanya sambil mengetuk kepalanya berulang kali. Comel sangat. Aku masih lagi merenungnya sampailah dia beredar menaiki keretanya. Aku segera bangun dan membuat pembayaran dan beredar.

________________

"Adil, macam mana? Jadi ke nak mak masuk meminang anak Cik Fiza tu?" soal mak pada ku melalui panggilan telefon.

"Tak awal sangat ke mak? Takut tuan punya badan mengamuk nanti kalau dia tahu." balasku. Aku sedang menonton televisyen bersama Hairul di ruang tamu.

Hairul mengangkat kening mencuba dengar perbualanku dengan mak.

"Okay sangat dah tu, mak dengan abah pun bukannya makin muda. Tinggal kau sorang je ni tak lepas-lepas lagi. Umur bukannya makin muda, dah nak masuk 30 dah lagi berapa tahun." bebel mak.

Aku sudah berasa panas telinga mendengar bebelan mak di telefon.

"Ya Allah dahlah mak, Adil tengah kerja ni nanti Adil telefon lagi." aku ingin mengelak daripada meneruskan perbualan.

"Takde takde, mak tau kamu tipu. Tak apa nanti mak uruskan hal merisik tu dengan kakak kamu. Kami jumpa Cik Fiza tu hari minggu nanti." ujar mak. Mak seperti sudah nekad mahu merisik.

"Mak,,,,, nanti la dulu. Adil rasa macam cepat sangat. Lagipun Adil masih takut dengan Cik Fiza tu." aku merengek pada mak.

Mak pun bukan tak tahu dulu aku dilempang oleh Cik Fiza tu di sekolah. Anak-anak jadi musuh, mak-mak jadi bestfriend pula. Bukan aku tak tahu, Cik Fiza dengan mak tu sudah jadi kawan baik selepas kejadian itu. Mereka jadi kawan baik kerana mak berterima kasih dekat Cik Fiza sebab 'sekolahkan' aku dulu sampai aku berubah jadi budak baik. Idea perkahwinan ini pun hasil idea mereka berdua. Yang jadi mangsanya, Amelia. Aku okay saja sebab aku pun mahu mengambil langkah seterusnya dengan Amelia sambil-sambil menebus kembali kesilapanku dulu.

"Ish budak bertuah ni. Tak payah nak mengada lah. Cik Fiza tu tak makan orang" marah mak padaku.

Memang la Cik Fiza tak marah, aku yang malu nak berjumpa dia. Aku kan buli anak dia dulu. 

"Eeeee mak ni. Tak membantu langsung. Yelah mak buatlah apa mak suka. Adil ikut je." akhirnya aku tewas berbalah dengan mak.

"Okay nanti mak uruskan dengan kakak dengan abah. Kamu tunggu je. Sediakan duit nak kahwin."

"Okay mak... Terima kasih."

Aku terus menamatkan panggilan. Keluhan dilepaskan. Hairul memandangku sambil tersenyum.

"Tak lama lagi aku tinggal seorang laaa dekat rumah ni." usik Hairul padaku.

Aku tergelak mendengar usikannya

"Kau rasa dia marah tak dengan rancangan ni?" soalku pada Hairul.

"Marah." balas Hairul sepatah dengan nada serius.

Dia kemudiannya ketawa terbahak-bahak apabila melihat mukaku yang pucat.

Ada kemungkinan juga dia akan marah akan aku dan keluarga nya. Masakan tidak, dia seorang sahaja yang tak tahu dengan rancangan ini.

Mak sudah rencanakan rancangan ini sejak tahun lepas lagi dengan ibunya Amelia. Tetapi disebabkan kesibukan aku, aku tak sempat balik ke rumah mak untuk berjumpa dengan Amelia. Aku kini duduk di rumah sewa di Shah Alam, mak pula tinggal di Klang. Dekat saja tapi nak balik punya lah payah. Alih-alih terjumpa pula dengan Amelia di Shah Alam ini setelah bertahun-tahun lamanya aku tak berjumpa dia. Rumah kami tidaklah terlalu jauh tetapi disebabkan dia bertukar sekolah asrama dahulu menyebabkan kami tidak berjumpa sehingga sekarang. Lebih - lebih lagi dia menyambung pelajaran jauh di negeri orang, lagilah kami tidak pernah terserempak disini. Barulah kelmarin aku tidak sengaja terjumpa dengannya. Mungkin jodoh kami kuat agaknya.

"Gurau je beb. Takkan la selamanya dia nak marah kan? Nanti lembut hati la tu dua tiga hari." ujar Hairul lagi.

Aku hanya mengangguk.

Tak mungkin la dia akan marah selamanya kan? Aku cuba menyedapkan hati sendiri.

Pembuli JiwaWhere stories live. Discover now