Bab 8

281 18 3
                                    

Muhammad Adil

"Serius kau cakap camtu kat dia?" Hairul menyoalku tidak percaya.

"Serius lah doh. Menyesal aku lepastu." Aku menyembamkan muka pada sofa dihadapan tv ini.

"Lepastu reaksi macam mana?" Soal Hairul lagi.

Dia sudah terkekek-kekek ketawa mendengar ceritaku. Eh dia ni tak membantu langsung. Cuba la bagi sokongan moral sikit dekat aku ni.

"Dia bangun lepastu terus pergi weh. Aku menyesal teruk cakap camtu." Aku menghantukkan kepala berkali kali pada kepala sofa. Gaya seperti orang baru lepas putus cinta gamaknya.

Hairul sudah ketawa terbahak-bahak di depanku ini. Aku pulak rasa hendak hempuk kepalanya di sofa ini. Aku ni tengah dalam krisis terbesar dalam hidupku boleh pulak dia bantai ketawakan ku.

Dasar kurang ajar.

"Tu lah kau tak bawak menyabar, kan dah kena tinggal." Hairul menjawab sambil menghabiskan sisa tawanya.

"Mana lah aku tau yang dia tak suka joke macamtu. Kau pun tau kan aku ni hopeless bab-bab cintan cintun ni. Haih mesti dia ingat aku ni jenis lelaki playboy yang suka ngorat perempuan." Aku menghela nafas berat. Apalah nasib.

Mesti dia ingat aku ni kaki perempuan. Padahal bercinta pun aku tak pernah. Lain la si Hairul tu, expert dalam hal-hal begini.

"Aduh, bukan semua perempuan suka gurauan macamtu. Apalah kau ni Dil, macam mana nak jadi romeo." Hairul menyakatku.

"Aku taknak jadi romeo Hairul. Aku nak jadi terbaik untuk Amelia je." Jawabku perlahan.

"Ah sudah... Adil dah angau!"

--------------

Eeeeee ada ke patut dia boleh cakap camtu tadi? Rasa nak tendang je muka dia tu tau.

Macam sweet talker je Adil tu. Tah-tah dah banyak perempuan dia tackle tak? Jangan terpedaya, jangan terpedaya.

Aku baring menghadap siling. Tidak lama kemudian aku melonjak-lonjak di atas katil apabila teringat kembali insiden tadi. Malu apabila teringat kembali. Boleh pula dia bagi ayat-ayat manis macamtu, mahu diabetes aku macamni.

Eh tak boleh! Kena serius. Ingat balik apa dia pernah buat dekat kau dulu Mel. Balas balik apa yang dia pernah buat dekat kau dulu tu.

Suara jahatku mula berbunyi.

Malas mahu berfikir lagi aku mengambil keputusan untuk tidur. Kalau dilayan lagi suara-suara hati ni nanti makin melalut jadinya. Tidur lagi bagus.

Setelah selesai membaca surah-surah pendek dan berdoa, aku sudah selamat berlayar di alam mimpi.

Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini.

--------------

"Amacam sis ku tercinta? Okay ke tak okay?" Aisyah menyoalku sebaik sahaja aku melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah.

"Bawak-bawak la bersabar budak kecik oi! Kakak ni baru je masuk dah stress tengok kau ni." Bebelku padanya.

"Entahnya Aisyah ni, sibuk je." Nabil, adik lelakiku menambah.

Pembuli JiwaWhere stories live. Discover now