Bab 5

290 20 0
                                    

"Kau ada dengar berita tak kak?" Adikku Aisyah bertanya. Rajin pulak dia menelefonku malam-malam begini. Selalunya dia hanya menelefon apabila nak minta duit je. Lebih-lebih lagi sekarang aku duduk di rumah sewa di Shah Alam selepas habis belajar tempoh hari. Aku duduk di rumah sewa ini pun sebab dekat dengan tempat kerjaku.

Aku sedang berbaring sambil memakan betik di ruang tamu. Apa nak jadilah aku ni anak dara. Malas sungguh rasanya hendak duduk. Ini kalau tercekik ni mahunya aku mati on the spot sebab Farina belum balik dari tadi. Ke mana entah dia pergi aku pun tak tahu. Cuma yang dihantarnya pesanan ringkas mengatakan dia balik lambat.

"What. Gempak sangat ke cerita kau tu." Balasku berseloroh.

Lama sudah aku tidak berjumpa adikku seorang ini. Rindu pulak mahu menyakatnya seperti dulu. Dia ni bukannya boleh disakat, nanti habis aku pula dia kerjakan. Dendam punya pasal aku pulak dibelasahnya.

"Gempak gila.. mesti kau tak percaya kak." Aisyah teruja bercerita padaku.

"Gempak sangat ke? Kalau aku percaya macam mana?" Aku sengaja menduganya.

Aku memasukkan lagi seketul betik ke dalam mulut. Nikmat rasanya panas-panas begini makan buah sejuk. Nama saja malam tetapi panasnya Ya Ampun macam dalam sauna.

"Tadi ada satu family ni datang, Ecah ingat ada apa rupanya diorang datang sebab nak merisik kakak." Terang Aisyah padaku.

Betik yang berada di tekakku terasa seperti pasir waktu ini. Tercekik punya pasal dengar berita kurang enak daripada Aisyah. Budak ni biar betul? Entah-entah saja nak kelentong aku. Dia ni dahlah suka menipu kang tak pasal-pasal aku pulak kena tipu dengannya.

"Kau jangan main-main boleh tak adik." Aku memarahinya setelah menelan makanan di dalam mulut.

"Tak main-main lah. Kau tak percaya kak boleh tanya Nabil." Ujar Aisyah. Bunyinya kedengaran serius.

Jarang Aisyah serius seperti ini. Kalau tak tahu loyar buruk saja.

"Aku pun macam tak sangka juga kak sebab yelah kan kesian gila siapa yang merisik kau ni." Ujar Aisyah.

"Eh pahal pulak?" Soalku.

"Yelah, nanti dia kahwin dapat anak dara pemalas macam kau ni. Ya Allah malang gila." Terkekek-kekek Aisyah ketawa setelah mengenakanku.

Lawak sangat la tu.

"Kakak dah rajin la sekarang ni. Kau tak percaya kau tanya Farina. Sekarang ni kakak yang kemas rumah ni tau." Aku cuba berbangga diri.

"Gelilah kak Ecah dengar."

"Dahlah Cah, pening kepala aku layan kau ni. Kakak letak telefon dulu Assalamualaikum.." aku menamatkan panggilan.

Pelipis kepala aku urut perlahan. Pening aku mendengar berita dari Aisyah itu. Siapa lah agaknya yang sanggup merisik aku tu?

Kesian dia sebab dapat anak dara terlebih rajin macam aku ni.

--------------
Muhammad Adil

Aku tak pasti sama ada keputusanku itu betul atau tak. Macam mana kalau dia tolak lepas tahu aku yang merisiknya?

Lepas aku berjumpa dengannya haritu dapat aku simpulkan yang dia masih membenciku. Aku pun tahu apa yang aku lakukan padanya dulu kasar dan tak patut. Mesti dia masih trauma sampai sekarang.

Bahuku ditepuk dari belakang. "Kau asal dari tadi mengeluh je?" Hairul menegurku.

"Betul ke apa mak aku dengan mak dia buat ni Hairul?" Soalku padanya. Meminta pendapat daripada satu-satunya sahabat dunia akhiratku.

"Kau bersetuju nak kahwin dengan dia sebab sayang atau kau rasa bersalah dengan dia dan keluarga dia?" Hairul mendugaku.

Aku juga tak pasti apa sebabnya aku bersetuju untuk mengahwininya. Kalau nak kata sebab mak suruh je rasanya tak kot. Mungkin aku juga ada hati dengannya. Entahlah. Aku tak mahu mengatakan sebab sebenarnya pada Hairul.

"Jangan sebab kesian dengan rasa bersalah je Dil. Nanti lagi kesian dekat dia." Hairul menasihatiku.

"Kesian je takkan selesaikan masalah." Sambung Hairul lagi.

Aku kembali termangu sendiri di depan tv. Keluhan berat dilepaskan.

---------------

2015,

Malang sungguh nasibku hari ini. Dahlah hari hujan, basikal pulak tercabut rantai. Aku mengeluh sambil duduk mencangkung untuk membetulkan rantai basikal yang tercabut. Sebelah tangan memegang payung sebelah lagi membetulkan basikal. Betul multitalented!

Sedang aku tekun membetulkan rantai, payungku ditarik dari belakang. Aku juga ikut tertarik dan akhirnya aku terduduk di jalan yang basah kuyup dengan air.

"Hei!!" Aku menjerit tidak puas hati.

"Apahal? Kau nak marah aku?" Adil menjengilkan matanya kepadaku.

Kali ini dia berseorangan tanpa kawan-kawannya. Aku tunduk tidak berani memandangnya.

Hujan yang membasahiku tadi sudah tidak terkena padaku kerana Adil memayungiku. Dia juga turut bercangkung di sebelahku. Aku mengesot sedikit jauh daripadanya. Takut diapa-apakan olehnya lagi.

"Basikal kau asal?" Dia menyoalku. Aku memandangnya tidak percaya. Masakan Adil sebegini baik.

"Aku tanya ni. Basikal kau kenapa?" Soalnya lagi. Aku kagum kerana dia tidak bercakap kasar seperti selalu.

"Rantai tercabut." Jawabku.

"Bak sini biar aku buat." Dia menolakku ke tepi.

"Kau tolong pegang payung untuk aku." Sambungnya lagi.

Aku mengambil payung dari tangannya dan memayunginya. Adil laju membetulkan rantai basikalku dan sekelip mata sahaja dia sudah siap.

"Nah amik basikal buruk kau ni. Lain kali jangan susahkan aku lagi." Dia merampas payung dari tanganku dan berlalu dari situ.

Aku terpinga-pinga sendiri di situ. Bila masa pulak aku minta tolongnya?

Tanpa melengahkan masa aku melompat ke atas basikal. Baru sahaja aku hendak mengayuh aku terlihat satu button batch di tanah.

Aku mengutipnya dan tertera nama Adil di situ. Muhammad Adil. Sedap betul namanya tapi macam tak kena dengan orangnya.

Aku segera menyimpannya di dalam kocek baju sekolahku dan berlalu pergi.

Aku mengayuh dengan rasa tidak percaya yang aku baru saja dibantu oleh Adil.

Apa sebenarnya yang kau mahu?

---------------

Pembuli JiwaWhere stories live. Discover now