Bab 10

117 5 0
                                    

Betul kataku, pejam celik sudah 2 bulan dan hari ini selesai sudah majlis pernikahanku. Haru-biru dan kelam kabut dibuatnya semua dokumen dan hal-hal berkaitan kena dibuat dalam masa dua bulan sahaja. Siapa punya idea lah yang mahu cepat-cepat majlis ni. Tidak cukup rehat aku dibuatnya 2 bulan ni. 

Kami membuat secara kecil-kecilan sahaja dahulu kerana hanya majlis nikah sahaja dibuat pada hari ini. Persandingan kami diuruskan oleh orang tua kami kerana katanya mahu buat serentak dua belah pihak. Aku hanya mengikut sahaja kerana aku tidak teruja langsung untuk berkahwin.

Aku duduk merehatkan badanku di bawah khemah apabila seharian aku tidak berehat. Makanan di pingganku aku makan sedikit demi sedikit. Tetamu dan saudara-mara semua sudah pulang sebelum maghrib tadi. Tinggal lah keluarga aku dan Adil saja disini. Ada juga kawan-kawan Nabil yang membantu Adil membasuh periuk belanga. 

"Kak, cuba kau tengok laki kau tu rajin betul dia tolong merewang basuh periuk tu kak." Adikku mencuit bahuku dan kemudian duduk disebelahku.

Spontan mataku meliar mencari kelibat Adil di tempat basuh pinggan. Hah rasakan. Nak sangat kan kahwin dengan aku. Orang jawa tak adanya mahu katering, semua kalau boleh mahu merewang.

"Kau ni kak, layan lah aku ni cakap." Ujar adikku Aisyah menarik perhatianku. Aku tersentak daripada lamunanku memerhatikan Adil.

"Ish apanya. Kakak lapar ni. Sehari tau kakak kena senyum-senyum dengan orang. Nak terputus urat muka kakak ni kau tau tak?" Aku mendengus. Malas aku hendak melayan karenah Aisyah ini. Aku merasakan otot mukaku ini sudah cramp kerana asyik tersenyum sahaja hari ini. Bukan senyum ikhlas, senyum paksa!

Aku menyambung makanku semula. Sekali-sekala mataku memandang ke arah Adil. Bila mata kami bertembung, cepat-cepat aku mengalihkan pandanganku ke tempat lain. Malu doh tertangkap curi-curi pandang.

"Tekun gila lah Abang Adil basuh periuk tu. Dari tadi tak habis lagi." Aisyah cuba memancing minatku sekali lagi.

Mahu tak mahu, mataku sekali lagi memandang Adil. Boleh lah tahan rajin. Entah-entah terpaksa je depan abah sebab nak tunjuk baik. Yelah mana lah tahu nak tutup yang dia tu dulu bekas samseng sekolah.

Adil sedang gembira bersembang dengan bujang-bujang tamanku. Ramah jugak dia ni. Ingatkan sombong. Baguslah, takde lah buat malu aku je nanti dapat laki sombong. Banyak juga periuk belanga yang dibasuh mereka. Mana tidaknya, semua lauk pauk dimasak oleh saudara maraku di rumah ni. Dari subuh lagi mereka bergotong royong untuk masak untuk majlis pernikahanku ini. 

Kali ni aku lihat dia sudah membasuh tangannya dan melangkah ke arahku dengan membawa sepinggan nasi dan secawan air di tangan.

"Tu laki kau dah datang kak. Sweetnya nak makan sama-sama. Aku pergi dulu kak. Bye." Ujar Aisyah kemudian terus bangun. Dia mengemas telefon dan powerbanknya bersedia untuk pergi.

"Eh eh! Adik nantilah dulu. Jomlah sembang dengan kakak." Aku menarik kembali tangan Aisyah.

Ish tak mahu lah duduk berdua dengan Adil je. Malu je sedara mara tengok. Eh tapi nak malu buat apa. Tu kan memang suami aku.

"Aku nak bagi korang berdua dating. Ok bye." Aisyah meloloskan diri dariku.

Ah sudah. Aku berdebar menanti Adil datang mendekat.

"Makan tak ajak pun." Adil meletakkan pinggannya di hadapanku. Dia terus duduk. Keluhan lega keluar dari mulutnya. Mungkin berasa lega setelah dapat duduk daripada membuat kerja.

Pembuli JiwaWhere stories live. Discover now