Bab 9

111 6 0
                                    

"Alhamdulillah.. kira selesai lah ya majlis tunangan mereka ni." Pak Long Adil mengucapkan syukur setelah majlis pertunangan antara kami berjalan dengan lancar.

Ya, lepas sahaja abah memberitahu pihak lelaki tempoh hari, cepat sahaja mereka menghantar rombongan meminang ke rumahku.

Aku yang sedang duduk bersimpuh sambil memakai baju kurung moden berkerawang daripada Indonesia di atas tilam kecil khas buatku.

Aisyah mencuitku daripada tepi. "Uit kak, bakal laki kau kacak gila harini."

"Handsome tapi jahat buat apa." Aku meNcebikkan mulut tanda tak setuju dengannya. Naik menyampah apabila semua orang memuji Adil. Kalau lah tahu perangai sebenar Adil mesti mereka tak puji dia melambung macam ini.

"Ish kau ni. Cuba la terima dengan hati yang terbuka dan redho." Sengaja Aisyah menekankan perkataan redha itu mahu membakar hatiku yang panas ini.

"Diam lah kau. Kalau macam tu kau je lah yang kahwin dengan dia." Aku menolaknya ke tepi. Rimas dengan baju yang panas lagi. Berpeluh-peluh aku dibuatnya.

"Eh taknak la aku. Aku dah ada boyfriend la kak." Cepat-cepat Aisyah menolak.

"K dah diam kalau taknak." aku memarahinya.

"Ok fine." Rajuknya kemudian berlalu ke khemah tempat mengambil makanan.

Sebaik sahaja Aisyah berlalu, mataku terus meliar mencari kelibat Adil. Saja mahu tengok mana yang handsome sangat tu bak kata Aisyah. Aku dapat menangkap kelibatnya di bawah khemah sedang bersembang dengan seorang lelaki. Barangkali sepupunya.

Eleh tak ada la kacak mana pun. Propa je Aisyah ni. Hatiku menafikan kekacakannya tetapi mataku mengingkariku apabila asyik sekali memandang Adil. Inilah dia bila hati dengan mulut tak sepakat.

Harini dia memakai baju kemeja pic lembut sesuai dengan bajuku. Lengan baju pula dilipat sehingga paras siku. Sangat kemas dan sedap mata memandang. Sedang asyik aku memerhatikannya tiba-tiba dia menoleh ke arahku. Dia kemudian tersenyum apabila menyedari bahawa aku memerhatikannya. Cepat-cepat aku mengalihkan pandanganku daripadanya. Apabila aku mencuri pandangnya ternyata dia masih lagi memandangku dan aku terus bangun daripada tempatku dengan malu yang menebal.

Ish! Macam mana la boleh terkantoi curi-curi pandang dia ni.

Aku segera bangun daripada tempat dudukku dan berlalu ke bilik. Cincin di jariku aku pandang sepi. Cantik, tapi kalau orang yang aku sayangi bagi lagi cantik. Ni Adil yang bagi buat mood aku hilang begitu saja. Terus keluar keluhan dari mulutku apabila teringatkan bahawa aku menjadi tunangan Adil pada hari ini.

Bunyi ketukan di pintu menghentikan lamunanku.

"Cakk." Kawanku Farina mengejutkanku. "Jauh menung kak."

"Ish kau ni.... nasib baik la aku ni sihat tanpa sakit jantung. Kalau la aku ada sakit jantung, mau meninggal tak sempat kahwin aku ni." Bebelku pada Farina.

"Alah rileks la. Baru sikit je tu." Balas Farina sambil ketawa.

"Hmm iye lah." aku mengiyakan.

Farina mengambil tempat disebelahku. Dia membelek-belek diriku.

"Cantiknya la kau harini. Patut la Adil nak kahwin dengan kau Mel." Farina memujiku.

"Pffft... apa lawak kau buat ni Na. Tak kelakar langsung." Aku ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalaku.

"Yelah kau ni cantik sangat la harini. Jealous kita tau!"

"Eeee merepek je la kau ni. Dah lah aku lapar ni, jom kita pergi makan dekat bawah khemah?" Aku mengajaknya.

"Emm boleh jugak. Aku pun lapar sebenarnya ni. Dekat bawah khemah pun dah tak ramai orang tadi aku tengok. Jomlah." Farina segera menarik tanganku menuju ke khemah makan.

Usai aku mengambil makanan, aku duduk di bawah khemah. Farina telah hilang ke dalam kerana Makteh ku meminta pertolongannya. Sudahnya aku makan bersendirian. Bismillah aku baca sebelum makan. Baru tiga suapan aku makan, Adil datang disebelahku.

"Hai Assalamualaikum, boleh saya duduk?" sapa Adil padaku.

"Waalaikumsalam, tak." balasku selamba. Wajahku tidak diangkat kerana malas. Aku sudah tahu siapa gerangan yang datang.

Adil tergelak mendengar jawapanku. Aku mencebik sambil mengunyah makanan. Baru sahaja Adil mahu duduk maknya menegur.

"Ish Adil, tak payah duduk sini. Tak manis duduk berdua. Dah dah jom balik. Nanti tunggu lagi 2 bulan kamu nak duduk berdua kat mana mana pun mak tak larang." bebel mak Adil padanya. Dia datang daripada pintu rumahku apabila melihat Adil mahu duduk disebelahku.

Alhamdulillah. Lega.
Tetapi aku tersedak apabila mendengar perkataan 2 bulan itu. 2 bulan sahaja tempoh pertunangan ini. Aku curi-curi dengar tadi bahawa mak Adil yang mahu perkahwinan dipercepatkan kerana dia tak percaya dengan anaknya itu bertunang lama-lama. Lagi satu sebab, kerana Adil sudah bersedia dan simpanannya juga sudah cukup kata maknya.

Masalahnya, cepat sungguh! Pejam celik sudah dua bulan nanti. Seram!

Aku tersenyum pada mak Adil sambil mempelawanya makan. Aku menarik kerusi menandakan mempelawanya duduk.

"Tak apa, Amelia makan kenyang kenyang ye, mak nak balik ni ha. Mak bawa Adil balik dulu ya." ujar mak Adil sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. "Mak balik dulu tau" sambungnya lagi.

Aku cepat-cepat menyambut salamnya.

"Hati-hati ya cik."

"Bukan cik, mak." tegur mak Adil apabila aku memanggilnya cik.

Aku hanya tersenyum mengangguk tanpa membalas.

Anak beranak itu beredar dari rumahku. Alhamdulillah terlepas aku daripada berbual dengan Adil. Tak sanggup aku mahu cakap dengan dia. Aku menyambung makan sambil teringat kata-kata mak Adil.

Hmmm, 2 bulan ya.

Pembuli JiwaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora