Bab 6

275 20 6
                                    

"Assalamualaikum.." aku memberi salam dan terus masuk ke dalam rumah. Beg aku tinggalkan di atas meja. Sudah menjadi habit apabila masuk rumah ibu terus sepahkan beg atas meja di ruang tamu.

Cici yang sedang tidur terjaga mendengar suaraku dan terus berlari ke arahku. Aku segera memeluk Cici dan mendukungnya.

"Waalaikumussalam.. balik rumah bukannya nak salam ibu dulu tapi Cici digomolnya dulu." Ibu membebel. Aku hanya tersengih sambil meletakkan Cici di bawah.

"Kenapa Cici kurus sangat ni? Ibu dera kucing kakak eh?" Gurauku pada ibu.

Majalah di tangannya dihempuk di kepalaku.

"Adoi! Sakitlah." Aku mengaduh. Baru balik dah free-free kena hempuk.

"Ibu jangan pukul kakak eh nanti kakak taknak balik sini lagi. Ni pun kakak balik sebab ibu yang suruh." Aku berpura-pura merajuk.

Ibu hanya menjelingku. Aku ketawa melihat ibu dan kembali mendukung Cici kemudian duduk di sebelah ibu. Lamanya tak balik rumah ibu. Rasanya dah dua bulan sejak kali terakhir aku balik sini. Bukannya aku tak mahu balik tetapi kesibukan diri membataskan perjumpaan kami.

"Macam lama je balik kalini kak?" Soal ibu padaku.

"Haah. Alang-alang balik ni kakak duduk empat hari lah kat sini." Jawabku. Mujur cuti kerja pada minggu ini panjang 4 hari disebabkan oleh public holiday jadi adalah masa untuk aku balik rumah ibu.

"Baguslah. Ibu dengan abah pun ada benda nak bincang."

Aku menaikkan kening memandang ibu. Terasa seram sejuk apabila ibu cakap macam itu. Jangan-jangan apa yang Aisyah cakap tu betul tak? Memang ada orang masuk meminangku. Aku fikir Aisyah hanya mahu membuat prank denganku.

"Bincang pasal apa tu?" Aku bertanya pada ibu. Tanganku sudah berpeluh sejuk menantikan perkataan yang mahu keluar dari mulut ibu. Tahap keinginan untuk tahu semakin tinggi.

"Nanti lah tunggu abah balik solat Jumaat. Bincang sama-sama dengan abah." Ujar ibu.

"Alaaa.. cakaplah ibu." Aku mendesak ibu untuk memberitahu.

"Tak boleh. Abah dah cakap jangan bagitau. Dia nak cakap sendiri dengan kakak."

Aku berpura-pura merajuk namun tidak dilayan oleh ibu. Malah ibu segera bangkit dan meninggalkanku di ruang tamu. Sampai hati.

"Oooo takpe sampai hati buat kakak macam ni" aku meminta perhatian daripada ibu.

Tetap juga ibu tidak menghiraukanku.
Aku menjeling ke arah jam. Baru pukul 1.45 petang. Takpe lagi 20 minit aje lagi sebelum abah balik. Baik aku tengok tv dulu.

-------------------

Kini kami berempat berbincang empat mata di ruang tamu rumah. Siapa seorang lagi? Mesti lah si Aisyah penyibuk tu. Takde orang lain lagi yang ada. Nak harapkan Nabil tu kerjanya melepak ajelah sampai ke pagi dengan kawan-kawannya.

"Ecah dah cakap tak tipu." Aisyah berbisik di telingaku.

Aku menyiku perutnya. "Diamlah kau."

"Haritu ada orang merisik kakak.. dia datang rumah dengan family dia." Abah memulakan mukadimah.

Aduh seram!

"Ooo...." aku mengangguk-angguk. Tidak tahu hendak bereaksi bagaimana.

"Handsome jugak kak yang nak kahwin dengan kau tu." Aisyah menyampuk.

"Eeee sibuklah budak ni. Pergi sana main jauh-jauh." Aku menghalaunya pergi. Aisyah hanya menjelir lidahnya padaku.

"Abah harap kakak setuju lah ye sebab abah dah berkenan dengan budak tu." Ujar abah.

Aku yang sedang minum tersedak mendengarnya. Biar betul abah ni? Abah jarang suka budak lelaki tiba-tiba kata berkenan pulak?

"Kemas, segak. Kerja pun bagus juga. Kerja pun bagus, lagipun bukannya orang jauh pun. Kita semua pun kenal dia." Ibu memuji. Macam ada udang disebalik batu melihat ibu tersengih-sengih bercerita.

Bahaya ni kalau ibu pun dah berkenan. Orang yang kami kenal? Siapa? Setahu aku kawan-kawanku semuanya perempuan.

"Er... kakak tak kenal lah." Aku menggaru-garu tangan yang tidak gatal.

Aisyah di sebelahku ralit memandang telefonnya. Sedikit pun taknak tolong kakak dia yang dalam kesusahan ni.

"Alaaa, dia kan kawan kamu dari sekolah menengah." Ujar ibu.

Lagilah aku rasa hendak tercekik. Aku mana pernah ada kawan lelaki di sekolah menengah. Sekolah menengah atas pulak masuk sekolah asrama perempuan. Memang taklah aku hendak berkawan dengan lelaki.

"Kakak mana ada kawan lelaki sekolah menengah. Sekolah menengah yang mana satu?" Soalku. Yelah bukan apa sekolah menengah saja aku sudah bertukar sebanyak tiga kali. Kenalah pastikan betul-betul.

"Sekolah Menengah kat simpang 4 tulah." Aisyah menjawab bagi pihak ibu.

Kalini aku betul-betul terkejut. Sekolah simpang 4 tu aku mana pernah berkawan dengan sesiapa dekat sekolah tu. Sekolah pun hanya berapa bulan je sebelum aku pindah sekolah sebab asyik dibuli.

"Namanya siapa?"

Entah kenapa aku berdoa agar nama lelaki samseng itu tak keluar dari mulut sesiapa.

"Adil." Abah menjawab. Ibu sudah tersenyum senyum di sebelah abah.

Dengar sahaja nama itu aku terus terdiam. Rasa mahu mencarut pun ada. Tangan Aisyah segera aku genggam. Aisyah tolong kakak!!!

"Lepastu abah terima ke?" Soalku pada abah.

"Abah kata tanya tuan badan. Ni soal hidup kakak takkan abah nak memandai." Balas abah. Aku menarik nafas lega setelah mendengar kata-kata abah.

"Tapi abah harap kakak terima sebab abah dah berkenan. Budak Adil tu pun elok, baik saja. Hormat orang tua. Kan Fiza?" Soal abah pada ibu.

"Betul sangat tu. Lagipun ibu dengan mak dia kan kawan baik, tak salah lah kalau ibu nak bermenantukan Adil. Yang lepas tu lupakan saja. Ibu pun dah maafkan dia. Ya Mel?" ibu memujukku.

Pudar senyumanku apabila ibu menghabiskan ayatnya. Yelah bukan apa ayat ibu dan abah seperti mengharap aku terima saja risikan si Adil tu.

Mintak maaf lah ibu, abah, kalau Adil orangnya kakak takkan terima.

---------------

Hai guys. So far macam mana cerita ni? Ok ke tak ok? Jangan lupa vote ya!

Pembuli JiwaWhere stories live. Discover now