Bab 3

312 24 6
                                    

"Tak angkat lah.. macam mana ni Na" keluhku kuat apabila nombor yang aku dail tidak diangkat. Serabut dengan diri sendiri.

"Cuba lagi sekali." Farina memberi sokongan padaku. Setia dia menemaniku sejak tadi. 

Aku mengetuk kepala berulang kali dan menghantukkan perlahan ke dinding. Marah dengan diriku sendiri kerana cuai. Tak pasal-pasal telefonku tercicir. Dahlah banyak benda-benda penting yang ada di situ. 

Telefon Farina di tanganku aku hidupkan semula dan mendail nombor telefonku sekali lagi.

"Bismillah jangan lupa." Sempat Farina mengingatiku.

Aku tergelak kecil mendengarnya menasihatiku. Aku mengangkat jari menunjukkan tanda okay.

"Bismillahirahmanirahim.." aku melekapkan telefon di telinga setelah mendail.

Selepas menunggu untuk seketika akhirnya panggilanku dijawab. Aku hampir melompat keriangan namun cepat-cepat dihentikan oleh Farina.

"Fokus!" Bisiknya padaku.

Aku kembali ke realiti dan mengangguk padanya.

"Hello?"

"Its a guy" aku memberitahu Farina tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

"Hai. Boleh saya tahu siapa yang tengah bercakap ni?" Soalku padanya.

"Awak ni owner telefon yang ada dekat saya ke?" Dia menanyakanku soalan.

"Ya ya.. its my phone."

"Macam mana saya nak tahu ya ini telefon awak?" Dia menyoal lagi.

Eh banyak tanya pulak dia ni.
Aku sudah membuat muka tanda hendak marah. Sikit masa lagi saja nak meletop.

Aku cuba mengingati wallpaper yang aku letak pada telefon. Apa ya? Seingat aku, aku letak gambar aku. Aha! Gambar dekat bukit haritu!

"Okay, telefon tu ada tak gambar perempuan duduk atas batu?"

Aku berharap agak tekaanku betul. Kalau tak habislah dia tak percaya aku punya telefon yang dekat dia tu.
Lama juga aku menanti dia membalas pertanyaanku.

"Okay confirm ini awak punya." Dia akhirnya mengakui.

"Amacam?" Farina menyoalku. Dia juga gelisah menanti disisiku.

Aku menarik nafas lega. Tanda OK aku beri pada Farina. Dia menganggukkan kepala.

"Alhamdulillah. Tanyalah dia boleh jumpa tak..." Farina berbisik perlahan.

"Emm boleh tak kalau awak free bila-bila kita jumpa untuk awak pulangkan balik telefon saya?" Aku menyoalnya.

Lama dia diam sebelum dia menjawab. "Esok?"

Aku berfikir sejenak. Memandangkan aku juga tiada kelas boleh juga aku berjumpa dengannya.

"Okay esok. Tapi nak jumpa di mana ya?"

"Nanti saya send location."

"Okay." Aku bersetuju.

---------------

Aku mengetuk meja perlahan dengan jariku. Sudah lima minit aku datang ke tempat yang dijanjikan. Sengaja aku datang awal daripada masa yang diberitahu. Sekali sekala hendak merasa juga macam mana rasanya menunggu.

Pembuli JiwaWhere stories live. Discover now