Bab 2

360 21 6
                                    

"Amelia okay?" Soal Adil lagi. Seperti prihatin dengan diriku, dia mengutip cawan yang jatuh. Frozen Cola ku ke mana, fikiranku ke mana. 

Aku mengangguk-angguk seperti burung belatuk. Fikiranku kosong. Terkejut barangkali kerana aku tak sangka boleh jumpa dia disini.

Tiba-tiba aku terasa macam nak tukarkan diri jadi Ant-Man. Biar hilang daripada mata mamat ni.

"Nak saya gantikan Frozen Cola Amelia?" Dia menunjuk ke arah airku yang sudah selamat bersatu dengan jalan sambil mengangkat cawan yang sudah dikutip tadi. 

Bagusnya, berganda-ganda malang harini. Ingatkan berjumpa dengan pembuli lamaku ini dah cukup malang, rupanya air favourite ku jatuh juga agak malang!

Aku cepat-cepat menggelengkan kepalaku. Dia ni bukan boleh percaya sangat. Entah apalah agenda dia hendak membelikan aku air. Entah-entah dia mahu meracuniku pula.

Eeee seram lah! Takuttt!

Aku berpusing ke belakang untuk beredar tetapi tanganku ditarik oleh Adil.

Terbeliak biji mataku memandangnya. Eh eh, selamba je kan.

"Ish lepaslah!" Aku menepis kuat tangannya.

Tak ingin aku dipegang oleh manusia yang pernah membuliku ini. Sakitnya masih terasa dalam hatiku. Jijik rasanya. 

"Err sorry. Saya tak sengaja." Cepat-cepat Adil meminta maaf.

Tak sengaja kepala otak kau lah. Aku menjelingnya tanda tidak suka dia berbuat demikian.

"Got to go." Aku berlalu meninggalkannya.

Baru separuh jalan aku berpatah balik. "By the way, nama aku bukan Amelia dan aku tak kenal kau." Ujarku tepat je wajahnya sebelum aku beredar.

Langkahku laju meninggalkan bekas pembuliku dibelakang. Apabila aku merasakan sudah berada di zon selamat aku berhenti seketika untuk mengambil nafas.

Mukaku didongakkan ke langit membiarkan titis-titis hujan terkena pada muka.

Kenapa kita mesti kena jumpa? Masin betul mulutku tadi.

----------------
Muhammad Adil

Aku sekadar memerhatikan dia pergi. Aku boleh nampak kebencian di wajahnya dan aku tahu dia belum boleh melupakannya.

Benci sangat ke dia dekat aku?

Aku tersenyum hambar cuba menutup kekecewaan yang terbuku dalam hati. Aku mengutip bekas air Amelia yang terjatuh dan berjalan ke arah keretaku.

Kalau lah kau tahu yang aku dah menyesal dengan apa yang aku dah lakukan.

Kalau lah kau tahu apa sebenarnya yang berlaku lepas kau pergi.

///////////

Aku mendengar desas desus mengatakan Amelia sudah pindah.
Semalam juga mak Amelia berjumpa denganku dan elok jugalah pipi aku ini kena penangan tangan maknya itu.

Free package siap kena ceramah lagi. Tapi aku kisah apa? Bukannya teruk sangat pun aku buli Amelia itu. Setakat baling cermin mata dia dalam longkang apalah sangat.

Aku jalan bersahaja menuju ke kelasku. Gengku sudah berkumpul di meja Hairul bersembang sesama mereka.

Pantas aku menyapa mereka. "Hoi geng... borak tak ajak aku ek."

Baru sahaja aku hendak duduk bersama Imran dan Farhan sudah bangun dan berkira-kira untuk meninggalkan aku dan Hairul.

Keningku bertaut kehairanan. Syaitan apa pulak lah yang tengah merasuk mamat dua orang ni.

"Ehhh kau orang asal hah?" Aku menegur mereka.

"Sorry lah Mat. Mak aku dah tak bagi kawan dengan kau." Ujar Imran.

"Aku pun sama. Mak aku kata jangan kawan dengan pembuli macam kau. Nanti tak ada masa depan." Sambung Farhan pula.

Panas telingaku mendengar kata-kata mereka. Darahku naik, tangan dikepal menunggu masa untuk menumbuk mereka berdua. Hairul cuma diam duduk di tempatnya tidak mahu masuk campur.

Aku bangun dan menendang meja. "Hei!!! Kau orang ingat aku hadap sangat ke nak kawan dengan kau orang? Aku boleh cari geng baru lah." Aku menghamburkan rasa tidak puas hatiku.

"Lagi pun setakat kawan macam kau orang ni, seratus aku boleh cari." Sambungku lagi.

Seisi kelas diam seperti di padang pasir. Tidak ada seorang pun yang berani bersuara.

Farhan menarik tangan Imran menjauhiku dan rakan-rakan sekelasku juga mula menjauhkan diri dariku.

Bermulalah hariku dimana semua orang melabelkan aku sebagai pembuli dan dipulaukan oleh semua orang.

Termasuk kawan-kawanku.

////////////

"Assalamualaikum..." aku memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah bujangku.

"Waalaikumussalam.. awal balik?" Hairul menyapaku.

Hairul seorang sajalah rakan dari kecilku yang setia dan membimbingku sehingga aku menjadi seorang manusia sekarang. Kalau tiada Hairul, aku pun tidak pasti jalan mana yang akan aku ambil.

"Tak sihat sikit. Aku ambil separuh hari je." Balasku.

Beg sandang diletakkan di atas meja kopi dan aku menghempaskan badan ke sofa di ruang tamu.

"Kau nak air ke?" Soal Hairul sambil menunjukkan cawan yang dipegangnya.

"Boleh gak. Ambilkan yang paling sejuk." Jawabku berseloroh.

Tidak lama kemudian Hairul kembali membawa sebotol air dan cawan. Dia kembali fokus menonton filem di televisyen.

"Aku dah jumpa dia." Ujarku tiba-tiba memecahkan kesunyian antara kami.

"Siapa?" Balas Hairul. Matanya tidak lepas memandang tv.

"Amelia." Sepatah aku menjawab.

Sepantas kilat Hairul memandangku setelah mendengar nama Amelia disebut.

"Serius? Dekat mana?" Hairul tidak lagi fokus menonton tv sebaliknya lebih berminat dengan ceritaku.

"Dekat McD."

"Haaa okay lah tu. Dekat je dari sini. Maknanya dia tinggal dekat-dekat sini jugaklah." Balas Hairul teruja.

"Tapi... dia buat-buat tak kenal aku. Dia nampak terkejut sangat lepas nampak aku." Aku mengeluh berat. Wajah Hairul aku pandang sepi.

Terdiam Hairul tidak tahu hendak membalas apa.

"Dia macam nak cepat-cepat pergi lepas jumpa aku...." Sambungku.

Hairul memandangku simpati. Mulutnya terkumat-kamit seperti hendak mengatakan sesuatu tetapi tidak ada sepatah pun yang keluar dari mulutnya.

"Aku ni...."

".....tak layak untuk dimaafkan ke?"

---------------

Pembuli JiwaWhere stories live. Discover now