Bab 11

180 9 1
                                    

Aku terjaga apabila alarm telefon berbunyi. Aku memandang ke sebelah, ternyata kosong katil sebelahku. Aik dah lari ke mamat ni? Belum sehari dah tak tahan duduk dengan aku? Aku tergelak sendiri.

Aku terus ke dapur dan duduk di meja makan sambil memerhati ibuku dan Aisyah sedang memasak untuk sarapan.

Mataku meliar di segenap ruang di rumah dan ternyata Adil tiada. Mana pulak dia ni pergi?

"Hoi perempuan pemalas. Kau baru bangun ye kak." Aisyah menegurku. Dia sibuk mengacau sambal di dalam kuali.

"Diamlah. Sibuk je budak ni. Baru pukul berapa je pun" Aku memarahinya.

"Marah je kerjanya. Macam mana lah Abang Adil boleh nak kahwin dengan kau ni." Bebel Aisyah.

Eh suka hati kau je eh. Bukan aku pun yang paksa dia kahwin dengan aku. Adil tu yang sibuk je pinang orang.

"Adil mana bu." Soalku pada ibu.

"Dah lari." Aisyah menjawab.

"Sibuk lah kau budak. Cepatlah Adil mana." Desakku pada ibu.

Jangan fikir aku terdesak ye. Aku cuma nak tahu je mana dia pergi. Mana tahu betul-betul dah lari aman sikit hidup aku.

"Adil tu tadi lagi dah pergi solat subuh jemaah dekat surau tu dengan abah." Ibu menjawab. Dia tenang memotong telur dan timun.

"Ooo.." mulutku membuat bentuk O. Timun di dalam pinggan aku ambil dan makan.

"Kau ni kak jijiklah. Pergi lah basuh muka gosok gigi dulu." Aisyah memarahiku.

Aku gelak dan membuat tanda peace dan kemudian terus bangun dan menuju ke bilik air.

Baik aku mandi dulu sebelum Adil balik. Kang nanti terserempak buat malu je tak mandi lagi.

Usai sahaja mandi aku berkemban menuju ke bilik untuk memakai baju. Aku sudah biasa kerana rumahku bukannya ada sesiapa pun dan tidak ada sesiapa pun yang menghiraukan aku selalunya. Aku duduk bercangkung di hadapan almari memilih baju untuk dipakai. Aku memilih tshirt biasa dan seluar palazo untuk dipakai.

Baru saja aku hendak memakai baju pintu bilik sudah dibuka. Aku tergamam melihat pintu bilikku dibuka kerana aku hanya memakai baju dalam dan seluar dalam sahaja ketika ini.

"Assalamualaikum...." Adil masuk ke bilik sambil membuka kopiah di kepala.

Langkahnya terhenti melihatku dan aku juga terkaku kerana terkejut melihatnya. Terbeliak biji mataku kerana tak percaya.

"Amelia..." dia bersuara perlahan. Dia berdehem menutup rasa malu. Dia segera masuk bilik dan mengunci pintu.

Aku lihat kerongkongnya sudah bergerak-gerak menelan air liur memandangku.
Aku sudah seperti mahu menangis melihat diriku seperti ini berdepan dengan dirinya. Silap besar aku tak kunci dahulu pintu tadi. Aku sudah terbiasa tidak mengunci pintu sebab yelah kenapa nak kunci? Aku seorang sahaja pun yang ada. Aku terlupa bahawa aku sudah berkahwin. Aku cepat cepat mengambil tuala dan menutup badan.

"Eeee kau ni masuk tak reti ketuk ke?" Aku membebel perlahan tidak puas hati.

Malu, terkejut, marah semuanya ada sekarang ini. Aku rasa seperti hendak jerit saja. Nasib baiklah dekat rumah ibu kalau tak dah habis mamat ni aku ketuk pakai sikat.

"Errr... saya dah ketuk tadi?" Dia cuba membela nasibnya. Dia datang mendekatiku.

"Kau keluar sekarang. Nanti aku dah siap aku panggil kau masuk." Aku menghalaunya keluar. Aku bangun dan menolaknya keluar daripada bilik.

Dia masih tercegat di depan pintu bilik seperti patung lilin. Dia memerhatikan aku atas bawah sambil menelan air liur. Iyelah masakan tak telan air liur, aku hanya memakai kain tuala atas lutut dan rambutku sanggul menampakkan bahu dan leherku.

"Keluar lah aku cakap....." meleret suaraku tanda tahap kemarahanku sudah hampir meletus. Dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

"Err okayokay... sorry. Nanti dah siap panggil ye." Adil segera keluar daripada bilik.

Aku mengunci pintu dari dalam dan mengurut kepalaku yang sudah mula pening.

Haih nasib baik tak mati kena serangan jantung.

-------------

Muhammad Adil

Aku mengurut dadaku yang sudah berombak tidak keruan. Berdebar jantungku melihat Amelia seperti itu. Dapat ku rasakan adik di bawahku ini mengeras kerana terkejut melihat Amelia. Terangsang aku pagi-pagi ini melihat dia begitu. Aku segera ke bilik air sebelum orang lain perasan dengan keadaanku seperti ini.

Aku duduk hampir 15 minit di dalam bilik air cuba untuk melegakan adikku di bawah ini untuk tidak mengeras lagi. Aku termenung sambil memikirkan Amelia. Fikiran nakalku sudah mula menguasai.

Astaghfirullah. Sabar Adil.

Setelah lega, aku keluar daripada bilik air dan menuju semula ke bilik untuk menukar pakaian. Aku mengetuk pintu kuat untuk menyedarkan Amelia bahawa aku ingin masuk. Kemudian aku masuk dan melihat dia sedang duduk di atas katil sambil melihat telefon dan menyikat rambutnya.

Aku berdehem.

Amelia memandangku sambil menjeling. Amboi marah betul dia.

"Sorry, saya tak tahu awak tengah pakai baju tadi." aku meminta maaf padanya.

"Hmm.." balasnya. Dia seperti tidak mahu melayanku.

"Mel taknak makan ke, jom kita makan?" aku mengajaknya keluar bilik.

"Kau pergi lah dulu nanti aku ikut." Amelia menyuruhku pergi dahulu.

Aku akur dengannya dan keluar daripada bilik. Aku ke meja makan dan menyapa ibu mertuaku dan Aisyah.

Kami makan bersama-sama tanpa Amelia. Ke mana entah dia tu tidak mahu keluar bilik.

Usai makan aku kembali ke bilik, aku lihat Amelia tertidur di atas katil. Kesian dia, mesti kepenatan campur tak suka berkahwin dengan aku.

"Mel, bangun Mel. Pergi sarapan." aku mengejutkannya.

Dia hanya menggeliat dan menyambung tidur. Amboi lenanya

"Mel sayang, bangunlah nanti awak lapar." aku cuba sekali lagi mengejutkannya.

Tersenyum aku memanggil dia sayang. Dia tetap tidak bangun. Kepenatan sangat tu. Aku memandangnya dengan penuh kasih tanpa menyentuhnya.

Minta maaf Amelia. Saya tak berniat nak buli awak dulu. Kalau saya boleh undurkan masa, saya takkan buli.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 17, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pembuli JiwaWhere stories live. Discover now