Bab 1

421 27 5
                                    

Lamunanku terhenti terus apabila bahuku dicuit kasar oleh Farina.

"Masuk kali ni, dah berapa puluh kali kau termenung bila aku tanya pasal childhood kau tau tak?" Rungut Farina tidak puas hati.

Mencebik-cebik bibirnya tidak berpuas hati denganku.

Aku tersengih kemudian tergelak melihat reaksinya. "Iye ke? Sorry lah Ina. Aku tak perasan aku termenung."

"Ye ye lah tu tak perasan..." Farina mencebik.

"Aku perasan kan, kau asyik termenung je lepastu buat muka sedih. Takde benda nak cerita dekat aku ke? Aku sedia je nak dengar cerita kau." Farina menyoal prihatin.

Aku menggeleng-gelengkan kepala sambil menghirup air kopi panas. Nikmat tidak terkata bila dapat minum kopi waktu hujan begini.

Mana mungkin aku menceritakan kisah silamku pada Farina. Malu lah, takkan orang berpengaruh sepertiku ini pernah jadi mangsa buli kan? Aku seboleh-bolehnya tidak mahu sesiapa tahu yang aku ini budak nerd yang pernah kena buli di sekolah. 

"eee Mel ni, suka macam ni tau! Kita kan dah lama kawan. Takkan taknak share apa-apa story kat aku."

Aku hanya diam seribu bahasa memandang sepi kopi di tanganku. Farina mencebik memandangku menunggu ayat yang bakal keluar dari mulutku.

"Emmm, sorry lah. Aku ni tak habis-habis menyusahkan orang kan?" Aku tersengih hambar.

Ingatanku kembali pada waktu itu, waktu yang tak mungkin akan ku ulang kembali.

//////////

Bukk!! Terjatuh semua buku-buku yang dipegang oleh Adil kerana aku tidak sengaja melanggarnya sewaktu bermain kejar-kejar bersama Nabila.

"Kau ni mata letak atas langit ke ha?!!!" Tengking Adil ke arahku.

Aku terdiam sedaya upaya berusaha agar tidak menitiskan air mata. Seisi kelas juga diam menyaksikan drama antara aku dan Adil.

Hampir setiap hari ada saja drama yang dicetuskan oleh kami.

Aku tidak sengaja.

"Tak habis-habis menyusahkan orang lah perempuan ni!!" Tengkingnya lagi.

Bajunya dikibas-kibas menggunakan tangannya. Geli barangkali dilanggar olehku.

"Mintak maaf, aku tak sengaja." Aku meminta maaf.

"Bodoh betul. Ni je la kau tau kan, buat aku naik angin lepastu senang-senang je mintak maaf." Bebel Adil.

Rakan-rakannya sudah mula menariknya pergi daripada situ.

Aku hanya berdiri di situ sambil menangis.
Ya aku memang perempuan menyusahkan yang tahu menangis sahaja.

//////////

"Tengok tu! Termenung lagi. Ish kau ni...." Farina menggelengkan kepala melihatku.

Aku mengetuk kepalaku berulang kali. Apasal lah kau ni Mel. Tak habis-habis teringat memori lepas.

Move on la sikit. Tak serik-serik kena buli. Tapi sebenarnya aku berterima kasih juga pada dia, kalau lah dia tak buliku dulu mesti aku tak jadi sekuat ni sekarang.

Aku mengeluh. Kenapa lately ni aku asyik teringat je pasal Adil. Ada petanda apa-apa ke?

Kalau boleh mintak dijauhkan aku berjumpa dengannya.

Pembuli JiwaUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum