Bab 7

203 15 0
                                    

Aku ke hulur ke hilir di hadapan Aisyah di dalam bilikku. Aisyah hanya memerhati aku sambil duduk bersila di atas katil.

"Kau tak rasa ni tak masuk akal ke dik?"soalku pada Aisyah.

"Hmm?"

"Kan kakak pernah cerita kat kau pasal dulu kakak kena buli masa sekolah." Ujarku pada Aisyah. Cuba untuk menerangkan situasi bagi budak ni faham sikit. Adik-beradik ku tidak tahu menahu pasal kejadian aku dibuli dan siapa pelakunya. Abah juga tak tahu. Yang tahu hanya ibu seorang sahaja.

Walaupun Aisyah masih sekolah menengah tetapi dialah yang menjadi tempatku mengadu dan meluahkan perasaanku. Takde rahsia antara kami.

Aisyah membeliakkan matanya padaku. "Kau jangan cakap yang buli tu....."

"Yes!!! Exactly!" Aku menjerit teruja apabila Aisyah faham dengan situasiku. Nak menangis rasanya bila adikku seorang ini faham perasaanku.

"Gila gempak."

"Memang gila gempak. Kakak pun pening ni macam mana lagi nak buat ni. Aduh..." aku menghempuk kepala ke dinding perlahan.

"Abah suka lah pulak abang tu. Ibu tu pun satu batu api lagi puji-puji abang tu ." Aisyah memberitahu.

"Itulah pasal. Macam mana kakak nak buat ni?" Soalku padanya.

Kami sama-sama diam memikirkan cara untuk menyelamatkanku .

"Ikut kau lah kak. Bukan Ecah yang nak kahwin." Ujar Aisyah.

Ish tak membantu langsung budak ni. Ibu aku pun satu, dah tahu aku memang haramkan nama Adil dekat rumah ni, dia boleh pulak bestfriend dengan emak si Adil tu. 

"Nanti kakak nak kelentong macam-macam sikit la biar dia sakit hati dengan kakak." Aku memberitahu rancangan jahatku pada Aisyah.

"Kau kelentong ah cakap kau dah ada boyfriend kak. Lepastu nanti mesti dia tak jadi nak datang bawak rombongan." Aisyah menokok tambah rancanganku.

Bagus jugak ada adik ni. Berguna sikit walaupun kadang-kadang tak berguna tu lebih banyak.

"Ok nice dik. Sekarang kau dah boleh keluar daripada bilik kakak. Menyemak je tau." Aku menghalaunya keluar. Tanganku menunjukkan isyarat supaya dia beredar.

"Oooo camni lah kau eh. Dah lega halau aku pulak." Aisyah berpura-pura merajuk lalu keluar daripada bilik.

Aku hanya tertawa melihat keletahnya. Macam-macam lah budak ni.

--------------

Aku berjalan perlahan ke arah seorang jejaka yang sedang ralit membaca surat khabar di atas meja warung ini. Ikutkan hati memang aku tak ingin datang berjumpa tetapi ibu memaksaku untuk berbincang dengannya jadi mahu tak mahu terpaksa la juga aku mengikut kehendak ibu. Nasib aku ini anak solehah yang dengar cakap ibu.

Ceh, solehah la sangat!

"Assalamualaikum, hai sorry lambat sikit." aku menyapa sambil meletakkan beg tangan di atas meja. Aku kemudiannya menarik kerusi dan duduk.

Adil tersenyum kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia memandangku sambil tersenyum manis.

"Takpe, takkan lambat sekejap pun saya tak boleh tunggu kan." Adil membalas sambil tersenyum padaku.

Aku mencebik. Whatever. Amboi, nak berlagak soleh pulak mamat ni sekarang. Entah kena rasuk dengan apa entah mamat ni, seriau jugak aku tengok dia baik-baik ni.

Keadaan menjadi sunyi seketika kerana masing-masing tidak tahu untuk memulakan perbualan. Aku menunduk menguis-nguis tangan ku. Aku berdehem sebelum memulakan sesi soal jawabku. Ewah dah macam polis nak tangkap penjenayah pulak.

"Okay la kita straight to the point je ye. Apahal kau pergi risik aku dekat abah?" Soalku serius. Ini bakal melibatkan masa depanku, jadi sudah tentu aku nak yang terbaik. Tak mahu aku habiskan sisa hidup dengan pembuli ni.

Buatnya dia ni cuma pura-pura je nak kahwin sebab belum habis tunaikan dendam dia buli aku dulu tu. Naya hidup woi! Takutttt. Aku memerhatikan Adil dengan penuh debaran.

"Sebab saya nampak masa depan saya pada awak kot." tenang sahaja Adil menjawab.

Aku tergelak kecil mendengar jawapannya. Masa depan? Dia ingat ni Fazura yang boleh nampak masa depan dekat mata Fattah?

"Hahahaha.... don't talk nonsense lah Adil. Tak kelakar langsung." Aku menutup rasa janggal.

Dasar sweet talker!

Adil juga tergelak apabila melihatku ketawa. Aku memerhatikan dia ketawa secara sembunyi. Aduh kacak jugak dia ni.

Eh tak boleh, tak boleh. Serius, serius.

"Saya berkenan dengan awak. Mak saya berkenan dengan awak malah abah saya pun berkenan dengan awak." Adil mula bercakap dengan nada serius.

Pipiku sudah mula rasa berbahang. Aduh, sejak bila pula la mak bapak dia kenal aku ni. Setahu aku Adil je kenal ibu aku sebab ibu aku tampar dia dulu.

"Mak abah kau? Macam mana dia orang boleh kenal aku?" Soalku padanya. Ye lah kan, curious lah jugak.

"Mak saya kan kawan baik ibu awak." Jawab Adil sambil tersengih macam kerang busuk.

Ya Allah! Kenapa aku tak tahu menahu ni. Patutlah ibu beria sungguh memuji Adil. Ada udang di sebalik batu.

Aku menjelingnya tanda tidak puas hati. Dia ni kan tak habis-habis sakitkan hati aku. Memang lahir-lahir dah sakitkan hati orang ke apa tah dia ni.

"Aku dah ada boyfriend." Aku mula kelentongnya. Mengharapkan dia percaya.

"Alah baru boyfriend belum suami. Ni bakal suami awak kat sini." Adil menunding jari ke diri sendiri.

Aku memandangnya tidak percaya. Tak tahu malu betul dia ni. Aku pulak yang rasa malu. Dah kenapa mamat ni. Putus wayarkah? Aku membuat muka sambil berkerut menandakan aku tidak suka dengan jenakanya.

"Okay okay sorry sorry. Saya serius sikit. Betul ke dah ada boyfriend?" Adil menyoalku.

"Ye." aku menjawab acuh tidak acuh. Harap dia percaya lah aku dah ada boyfriend.

"Ohhh..." Adil menjawab perlahan.

Yes! Yes! Aku berjaya meruntuhkan semangat Adil untuk berkahwin denganku.

"......tapi kalau saya dah merisik dulu no choice lah kan? Best men wins right?" Ujar Adil sambil mengenyitkan matanya padaku.

Rahangku jatuh mendengar Adil menyambung percakapannya.

What the hell?

Pembuli JiwaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant