BKM 8

9.1K 416 22
                                    

HANINA duduk termenung di pondok kecil yang berdekatan dengan sawah padi di rumah ibunya.Matanya memandang burung yang berterbangan mengelilingi kawasan sawah.

Mesti seronokkan jadi burung.Dapat terbang mengelilingi seluruh dunia tanpa ada halangan mahupun kesesakkan..

Dalam asyik dengan dunianya sendiri,matanya tiba-tiba terpandangkan akan seorang lelaki yang berada di pinggir sawah.

"Macam kenal."omelnya pada diri sendiri.

Selipar disarung kekaki.Langkah terus diatur menuju ke sang jejaka.Dia memberanikan diri untuk menegur lelaki itu.

"Hai awak."sapanya.

AYDEN POV.

Suara seorang gadis menyapanya membuatkan dia kembali ke alam nyata.

Dia menoleh ke tepi.Wajah cantik seorang gadis menjadi tatapan mata.

"Hm."gumamnya sebelum dia kembali memandang ke hadapan.

"Awak majikan ibu kan?"soal gadis itu pula.

Dia hanya mengangguk.

Hanina turut mengangguk.

"Dah lama eah ibu kerja dengan awak?"soalnya lagi tanpa jemu.

Ayden memandang gadis itu.Dia ni tak fade up ke dengan aku?soalnya didalam hati.

Kalau perempuan lain ni dah berambus dah rasanya.Lain pula dengan gadis ini.Aku balas sepatah pun dia masih mahu menyoal lagi?

"Awak?"

"Ha?"soal Ayden.

"Eh ingatkan bisu."selamba dia mengutuk lelaki itu. Setelah habis berbicara dia tersengih sendiri.

Membulat mata Ayden apabila mendengar ujaran gadis itu.Mulut macam longkang!

"Kau!"

"Ya?"polos dia menyoal.

"Erghh annoying!"

"Awak tak jawab lagi soalan saya."

"Soalan mana?"

"Saya ada tanya awak banyak soalan ke?Rasanya satu je."

Ayden mendengus kasar.Dia terkena lagi?Erghh!Tanpa bicara dia terus berpaling berura-ura mahu pergi dari situ.

Hanina kalut.
"Eh awak sinilah!Saya gurau je."

Ayden berpusing memandang gadis itu sebelum matanya tajam menjeling.

"Awak marah ke?"soal Hanina.

"Tak."balasnya sepatah.

"Kalau tak marah meh la sini.Duduk sebelah saya."ajak Hanina.Selamba dia sahaja.Gayanya seperti sudah kenal lama.

Ayden yang seperti lembu di cucuk hidung hanya menurut.

Senang betul dia mahu menurut kata gadis itu.Jin mana yang sampuk dia pun tak tahulah.

"Nama awak siapa?"soal Hanina setelah lelaki itu duduk disebelahnya.

"Siapa-siapa je."jawab Ayden.Pandangannya dihalakan memandang sawah yang menghijau.

Tenang.Damai.Itu yang dirasakannya tika itu.

Hanina mencebik.Dia pun annoying.Orang tanya tu jawab jelah.Soalan dia bukannya susah mana pun.

Setelah itu mereka terus membuat hal masing-masing.

Hanina memejamkan matanya erat.Dia tersenyum sendirian.Seronoknya kalau hari-hari dapat duduk dekat tempat yang tenang macamni.

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now