BKM 44

6K 275 7
                                    

SEJAK kepergian Hanina, Ayden banyak menghabiskan masanya di tempat kerja.Awal pagi lagi dia sudah berada dipejabat.Larut malam nanti barulah dia akan pulang kerumah.

Dia juga kurang bercakap.Sepatah ditanya, sepatah dijawab.Dua patah ditanya jangan harap dia mahu membalasnya. Hidupnya kosong.Dunianya sepi.Kepergian gadis itu telah memberikan dampak yang besar padanya.

Kedua anaknya dihantar pada mamanya.Buat masa sekarang,dia tidak ingin berjumpa dengan anaknya lagi.Dia perlukan masa.

Telefon yang berdering diangkatnya.

"Speak."arahnya.

"Along!Dah berpuluh kali adik call!Baru nak angkat!Btw susu formula yang along bagi untuk kembar ni tak sesuai dengan diorang. Along nak bagi diorang minum susu apa pula ni?"

"Anything?"

Ariqa yang berada dipanggilan sebelah sana hanya mengangguk.Dia tahu abangnya dengar apa yang diberitahunya namun lelaki itu hanya berdiam diri sahaja.Nanti adalah tu susu sampai.

"No.Nanti jangan lupa hantar susu."

Tut.

Panggilan terputus.

Ayden mencampak handphonenya ketepi. Sempat dia menghantar mesej pada seseorang. Perhatian diberi semula pada kertas kerjanya.

*****

Puas Tengku Fatila memujuk cucu-cucunya. Seorang menangis,nanti berjangkit dengan lagi seorang.Dia sudah mati kutu mahu memujuk kedua bayi itu.

"Sayang kenapa ni..Dah-dah..Shhh.."cucu perempuannya didukung sebelum digoyangkan kekiri dan kekanan.

"Ariqa!Sini tolong mama!"

"Ya ma!Sekejap!"

Muncul figura Ariqa dicelahan daun pintu yang terbuka sedari tadi.

Tubuh kecil bayi itu diangkatnya.

"Ma.Bila nak letak nama dekat diorang ni?Leceh lah ma nak panggil baby je."adu Ariqa.

"Yang tu kamu kena tanya abang kamu.Mama tak berani nak buat keputusan sendiri."

"Em yelah.Nanti Ariqa tanya."

Tengku Fatila hanya mengangguk.Kedua wajah cucunya dipandang.

"Bayi lelaki ni mirip betul dengan Kak Hanina kamu."ujar tengku Fatila tiba-tiba.

Ariqa turut mengiyakan kata-kata mamanya. Jika dilihat-lihat, rupa paras bayi perempuan dilebihkan kepada abangnya. Manakala bayi lelaki persis sebijik macam muka arwah kakak iparnya.

Namun kedua-duanya tampak comel!

"Kalau Kak Nina ada mesti lagi seronokkan ma?Mesti along bahagia.Tak macam sekarang. Adik hilang diri along.Kehilangan Kak Nina betul-betul buat along derita."

"Adik tak sanggup tengok kembar dua ni hilang kasih sayang papa dia.Cukuplah mama diorang yang dah tinggalkan diorang."luah Ariqa sebak.

Tengku Fatila tersenyum kelat mendengar bait bicara yang keluar dari mulut anaknya.

"Takdir dah tertulis untuk diorang.Mungkin suatu hari nanti ada keajaiban dari Allah. Derita yang Allah turunkan ni bukannya selamanya.Inshaallah lepasni keluarga along akan jadi keluarga yang paling bahagia.Mama yakin kan itu."

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now