BKM 25

7.8K 344 7
                                    

HANINA terbangun dari lenanya apabila terasa pergerakan disebelah.Matanya digosok.
Gerangan yang sudah menggangu lenanya dipandang.

"Awak.."panggil Hanina perlahan dengan suara seraknya.

"S-sayang.Sorry kalau aku ganggu kau tidur."pantas Ayden meminta maaf.Wajahnya jelas menunjukkan yang dia rasa bersalah pada gadis itu.

Hanina menggeleng kecil.
"Takpe.Kenapa awak tak tidur ni?Dah pukul 3 pagi."Sempat matanya menangkap angka yang tertera di permukaan jam yang tergantung dibilik.

"Aku tak boleh tidur."

Hanina terdiam.Dia membetulkan duduknya. Tangannya didepa.Ayden yang faham akan maksud isterinya mula bertindak memeluk pinggang kecil itu erat.

Kepalanya diletakkan di perut gadis itu.

Hanina tersenyum tipis.Haba suaminya begitu kuat dan turut memberikan dampak padanya. Badannya jelas terasa bahang.Jangan dia ikut tumbang sekali sudah.Dia nak tumbang pun biarlah tunggu lelaki itu sihat dahulu.

"Sayang..Kepala sakit.."adu Ayden.Suaranya kedengaran sangat manja.Hanina hanya tersenyum sahaja.Semakin menjadi-jadi pula manja suaminya.

"Awak baring elok-elok.Biar saya picit kepala awak ya?"

Ayden yang menyembamkan wajahnya diperut isterinya hanya menggeleng kepala.

Mati kutu gadis itu dibuatnya.Demam-demam ni mahu menempel sahaja.

"Ayden.."

"Taknak!"

"Ok-ok.Taknak."akhirnya.Sihat ke tak sihat ke, Hanina memang tidak akan pernah menang apabila bergaduh mulut dengan lelaki itu.

"Sayang..Nak air."pinta Ayden.Matanya dikedip-kedipkan pada gadis itu.Mengada.

"Saya ambil dekat bawah ya?Awak lepaskan sayaaq dulu.Macam mana saya nak turun kalau awak tetap duduk macamni?"

"Aku ikutlah."

Terkebil-kebil Hanina memandang suaminya. Memang tak bagi dia lepas langsung ke macam mana?

"Awakkan tak sihat lagi.Biar saya jela yang pergi ambil.Ya?"

"Taknak.Nak ikut."rengek Ayden seperti keanak-anakkan.

"Tapi awak.."

"Love..Please.."

Tersentak Hanina.Wajahnya terasa bahang. Love?Arghh comelnya!Suami siapa ni?!

"O-ok.Jom."

Ayden sudah tersenyum senang.Setelah itu mereka terus turun ketingkat bawah.Dapur menjadi tempat tujuan.

Semasa berada didapur terserempak pula dengan Rayyan yang sedang mencuci gelas di singki.Baru lepas minum barangkali.

"Eh Ayden.Hanina.Buat apa dekat sini?"

"Tuan kesayangan awak ni nak minum. Dia tak boleh nak tidur.Batuk dengan selsema ni buat dia tak selesa kot."terang Hanina berjela.

Rayyan hanya mengangguk.Dia sudah sedia maklum dengan hal itu.Itu yang bila lelaki itu demam, mereka menghantar lelaki itu ke rumah Tengku Fatila.Disana ada yang melayan.

"Kalau macam tu.Rayyan naik atas dulu lah."pamit Rayyan.Sempat dia mengerling wajah pucat milik rakannya.

Hanina membalas dengan senyuman tipis. Seusai dia terus mengambilkan air buat suaminya.

Ayden meneguk air itu perlahan.Tekaknya terasa begitu perit.

"Sudah?"soal Hanina membuatkan Ayden mengangguk.

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now