BKM 47

6.1K 291 4
                                    

AYDEN memandang Rayyan yang masih setia mengekorinya kemana-mana.

Akhirnya dia duduk disofa yang berada diruang tamu.Rimas apabila terus diekori sebegitu. Tak senang dia nak buat kerja.

"Kau nak apa ni sengal?Ulang-alik ikut aku."soal Ayden.Suaranya kedengaran keras.

"Jomlah pergi bercuti."

"Aku malas Rayyan.Dekat office banyak kerja."

"Kau jangan nak tipu aku.Aku dah tanya PA kau.Dia kata kerja kau semua dah siap." sinis Rayyan membalas.

Ayden tersentak.

"Yang kau beria-ria nak pergi bercuti ni dah kenapa?"

"Takdelah.Aku nak hilangkan stress je."

"Yang stress tu kau, bukan aku.Kau ajelah pergi.Aku belikan tiket."

"Lagi ramai, lagi best!"

Ayden mengeluh. Pelipis didahi di picit.Pening dia melihat perangai lelaki itu.

"Haih hmm."Ayden mengumam sebelum dia mengangguk.

Lagipula inilah masanya untuk dia membawa anak-anaknya bersiar-siar mengelilingi dunia.

Pap!

Dia bagaikan tersedar sesuatu.

"Awak."

"Ya saya?"

"Awak ada impian?"

"Mestilah."

"Apa impian awak?"

"Secret."

Hanina menarik muncung panjang.Dengan dia pun nak berahsia ke?

Manakala Ayden sudah tertawa kecil.Lawak apabila melihat muncung itik milik isterinya. Dalam masa yang sama ingin sahaja dia menggomol wajah isterinya yang kelihatan sangat comel itu!

"How about you?Apa yang sayang impikan?"

Tidak semena Hanina tersenyum.

"Tiada apa yang saya impikan kecuali  mengelilingi dunia berdua dengan awak, tapi saya tahu tak akan pernah sempat.Namun anak-anak kita ya, yang akan wakilkan saya?Kenalkan mereka apa itu dunia.Tunjuk pada mereka betapa luasnya dunia. Betapa hebatnya kuasa Allah.Betapa indahnya dunia ciptaan Allah.Janji dengan saya ya awak?"

Dia tersenyum segaris.

Abang janji.

Untuk impian abang..

Dia menarik nafas panjang.

Impian abang dah lama terkubur.Salah satu impian abang adalah, habiskan sisa hidup abang bersama orang yang tercinta.Iaitu sayang.

"Kau kenapa Ayden?"

Dia kembali ke alam nyata.Wajah berkerut rakannya dipandang.Dia senyum tipis. Kepalanya digeleng.

"Ingat kisah lama je."

"Hanina?"

Serentak itu matanya tepat terarah pada Rayyan.

"Hm."dia hanya menggumam.

Bibir Rayyan tiba-tiba menguntum senyuman nipis.

"She will be back.Believe me.Ikatan jodoh korang kuat Ayden.Inshaallah dia akan jadi pendamping kau.Didunia mahupun diakhirat kelak."

"What do you mean?" dia sendiri tidak faham akan ayat pertama lelaki itu.She will be back?Nak kata dia fail bi tidak.Tapi otaknya memang tidak dapat mencerna dengan baik.

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now