BKM 28

7.4K 322 15
                                    

AWAL pagi lagi Ayden sudah bangun dari tidurnya.Dia bersiap-siap untuk pergi ke pejabat. Setelah beberapa hari dia mengambil masa untuk bercuti, kini dia kembali masuk bekerja semula.

Sudah lama bercuti.Jadi dia ingin melihat sama ada pekerjanya melakukan tugas masing-masing ataupun ada yang sudah menjadi bos bawahan.

Bos bawahan?Ya,mungkin ada yang duduk goyang kaki dan mengarah orang lain sesuka hati demi menyiapkan tugasnya.Orang seperti itu tidak perlu disimpan lagi.

Sampah masyarakat.

Hairdryer yang berada di hadapan meja solek diambilnya sebelum dia bertindak untuk mengeringkan rambutnya.

Setelah selesai dia mencapai pula jam kesayangannya yang berjenama rolex.Jam tersebut dililit ditangannya.Dia membetulkan bajunya supaya tampak kemas.

Kot hitam yang berada diatas sofa dicapai sebelum disarung ke tubuh kekar miliknya.

Isterinya yang berada diatas katil dikerling.Dia tersenyum kecil.Lenanya cik isteri saya ni tidur..

Kakinya dibawa langkah ke isterinya.Perlahan punggungnya dilabuhkan di birai katil.Selimut yang menutupi seluruh tubuh isterinya ditarik.

"Sayang bangun."

Hanina hanya mengumam sahaja.Mata masih lagi terpejam rapat.

Mengantuk!

"Hey sayang.Bangunlah."gerak Ayden lagi. Lengan isterinya digoncang lembut.

Hanina mencelikkan matanya.Wajah kacak suaminya menghiasi anak mata. Terpejam-pejam matanya.

Dia menguap kecil.Telapak tangannya diangkat sebelum dibawa menutup mulutnya.

"Abang dah mandi?"soalnya dengan suara seraknya.Matanya digosok.Mulutnya itu tidak henti-henti menguap.

"Sudah."jawab Ayden sepatah.Tangannya menarik tangan kecil isterinya yang galak menggosok mata.Digenggam erat tangan kecil itu.

"Jangan digosok mata tu sayang.Nanti luka."ujar Ayden lembut.

Hanina hanya membiarkan tangannya yang berada digenggaman suaminya.

"Awak nak pergi kerja dah ke?"

"Kenapa?"

"Saya nak mandi."

"Pergilah."

"Nanti awak tinggalkan saya."

Berkerut dahi Ayden.
"Tak tinggal mana pun.Kan abang pergi kerja je."

"Yela.Awak bagilah saya mandi dulu.Lepastu saya nak masakkan awak sarapan."ujar Hanina.

Tersenyum Ayden mendengar bicara isterinya. Itulah punca mengapa dia terlampau sayangkan gadis itu.Dalam apa jua situasi, dia tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Beruntung dia mendapat isteri sesempurna itu.Jika dia mengsia-siakan gadis itu lagi, jujur dia katakan.Dia memang lelaki paling bodoh yang ada didalam dunia ini!

"Baiklah kesayangan abang..Abang tunggu sayang mandi okay?Abang tunggu dekat bawah? Hm?"rambut isterinya diselitkan dibelakang telinga.

Hanina mengangguk.

"Okay.Tunggu tau.Jangan pergi kerja lagi tau."

Ayden hanya tersenyum kecil melihat karenah isterinya.

Skip.

Hanina setia berdiri dihadapan muka pintu. Lambaian rakan-rakan suaminya dibalas dengan lambaian tangannya.

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now