BKM 16

8.2K 375 9
                                    

ENJIN kereta dimatikan Ayden.Dia membuka seatbelt miliknya.Gadis yang berada disebelahnya dipandang.

Hanina yang perasan akan lirikan mata Ayden padanya turut memandang wajah lelaki itu.

Bibir bawahnya digigit.Tali seatbeltnya digenggam erat.

"Err s-saya takutlah awak.K-kalau mama papa awak tak terima saya macam mana?"soal Hanina lagi.Tadi dia soal pada kembar lelaki itu sekarang dia soal terus pada lelaki itu.

"Mama papa aku tak makan orang.Kau jangan risaulah."

"Kalau.."

"Hanina rilex okay?Believe me.Diorang tak akan marah kau.I know them well."ujar Ayden lembut. Kepala gadis itu digosoknya lembut.

Hanina mengangguk kecil.

Ayden tersenyum tipis.Seatbelt milik gadis itu dibukanya.

"Dah jom masuk."ajak Ayden.Pintu kereta dibukanya sebelum dia beralih ke pintu sebelah.

Tangannya dihulur pada gadis itu. Teragak-agak Hanina menyambut tangan lelaki itu.

Dia turun dari kereta milik Ayden.Dia bertindak berdiri dibelakang sang jejaka.

"Awak jalanlah dulu."ujar Hanina sebelum menolak lelaki itu untuk mara kehadapan.

Ayden hanya menggeleng.Takut benar gadis itu pada mama dan papanya.Bukannya mereka ingin menelan dia pun.

Loceng di tepi pintu ditekannya beberapa kali.Tidak sampai seminit,pintu terbuka dari dalam.

Terjengul wajah cantik seorang gadis dihadapan pintu.

"Along!!!"jerit sang gadis sebelum bertindak memeluk badan kekar milik abangnya.

Hanina hanya diam dibelakang.Jelas terlihat kemesraan diantara dua beradik dihadapannya itu.

"Bila adik balik?"

"Kelmarin!Mama kata abang ada bawa kakak ipar untuk adik?Mana dia?"teruja Ariqa menyoal.Belakang abangnya dikerling sebelum mulutnya ditutup.

Matanya membulat besar apabila melihat wajah gadis itu.

"Mama!!Omaigod!!So pretty!!!Aaa insecure adik!"jerit Ariqa sebelum dia memeluk gadis yang berada dibelakang abangnya erat.

"Ya Allah apa yang bising-bising ni ad..EH MENANTU MAMA KE NI?!"soal Tengku Fatila dengan nada terujanya.

Hanina pula hanya kaku disitu.Tidak tahu mahu membalas kata-kata wanita tua itu. Walaupun sudah berusia wajahnya jelas kelihatan cantik.

"Hm menantu mama lah tu."jawab Ayden sebelum matanya digulingkan keatas.

Tengku Fatila pula sudah menarik gadis itu kedalam pelukannya.

"Patutlah mama suruh bawak sini dia tangguh-tangguh.Rupanya cantik menantu mama ni.Takut orang kebas lah tu!"perli Tengku Fatila pada anak terunanya.

Ayden tersentak.Belakang tengkuknya digosok.Haih.Malu pula rasanya.

Setelah itu dia terus berlalu masuk kedalam rumah. Memerah telinganya.Gadis itu yang dipuji dia pula yang beria.

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now