BKM 48

6.5K 297 12
                                    

HANINA melangkah masuk kedalam cafe yang telah dijanjikan dia dan Ayden untuk bertemu.

Matanya memerhati setiap orang yang berada disitu.

"Young lady!"

Dia memandang jejaka yang sedang melambaikan tangan kearahnya.

Rayyan.

Yang lain turut berada disitu.Memandangnya bagai ingin menelan. Seram!

"Assalamualaikum." dia memberanikan diri untuk memberi salam.

"W-waalaikumusalam."

Hanina memandang Rayyan.

Rayyan faham akan maksud pandangan itu.Dia mengangguk.

"Oh Ayden pergi toilet sekejap.Bawa budak kembar dua tu.Duduk lah dulu."

Hanina mengangguk faham.Salah satu kerusi yang masih kosong didudukinya. Beg tangan nya diletakkan ditepi.Tangannya sejuk. Beku. Takut mahu berdepan dengan suaminya setelah sekian lama dia menghilangkan diri.

Apa kata lelaki itu nanti?Apa yang lelaki itu akan lakukan padanya?Apa pandangan lelaki itu terhadapnya?Marah?Kecewa?

Entah. Dia sendiri tidak pasti.Pandangannya kembali menatap wajah rakan-rakan suaminya.

Janggal.

Itu yang dirasanya tika itu.

"Err korang macam mana sekarang?"

"Macam mana apa?Macam ni lah.Hanina tu, macam mana pula?"soalan berbalik padanya.Dia mengemam bibir.

"Er m-macam yang korang tengok ni lah.Masih diberi umur yang panjang, kesihatan yang baik."jawabnya. Dia cuba berlagak tenang.

"Masih sayangkan Ayden?"

"Datang sini nak fix balik ke?"

"Sejak bila bertudung?"

"Makin cantik Nina sekarang.Mesti Ayden makin suka."

Pelbagai soalan yang disoal mereka pada gadis itu.Hanina hanya tersenyum.

"Dia suami saya, mestilah saya sayangkan dia?Jauh mana pun saya tinggalkan dia, lama mana pun saya tinggalkan dia, itu semua tak akan pernah kacau perasaan sayang dan cinta saya pada dia.Cinta dan sayang saya utuh untuk dia seorang."

Dalam tidak sedar, masing-masing turut tersenyum.

"Sorry lambat..." Ayden kaku.Dia memandang gerangan yang berada dihadapannya.

I-itu isterinya?

Rayyan dan yang lain hanya memerhati.

Hanina pula hanya membalas renungan mata suaminya padanya.

Masing-masing bagai melepaskan rindu yang terbuku dihati.Tanpa bersuara, hanya mata yang main peranan.

"Ayden, meh sini si kembar.Take your time." Ayden tersentak.Pandangannya dikalihkan memandang rakannya.

Dia faham akan maksud rakannya itu.
Anaknya dipandang.Dia berlutut kebawah. Bibirnya mencarik senyuman paksa.

"Sayang papa..Kamu berdua pergi jalan dengan uncle dulu ya?Papa ada kerja sikit nak buat.Jangan nakal-nakal.Aylif jaga adik."pesan Ayden pada anak kembarnya.

Kedua anaknya pantas mengangguk.

Aylif menatap wajah gadis yang berada dihadapan papanya seketika.Otaknya dicerna. Dia macam pernah tengok muka aunty cantik sorang ni..tapi dimana ya?

Wajahnya menunjukkan yang dia sedang berfikir.Setelah itu wajah papanya turut dipandang.Seolah-olah dia dapat mencari jawapan dengan melihat wajah papanya.

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now