BKM 12

7.9K 355 8
                                    

GENAP sebulan Hanina tinggal di rumah itu.So far semuanya baik-baik sahaja.Layanan orang rumah itu padanya pun semuanya baik-baik sahaja.

Makin hari dia semakin rapat dengan majikannya.Dia dijadikan ratu dengan keenam-enam jejaka tersebut.

Almaklumlah dia seorang sahaja gadis muda yang tinggal dirumah itu.

Dia tersenyum tipis.Hidupnya sekarang jauh lebih baik dari dahulu.

Kakinya yang terendam didalam kolam dihayunkan.Sunyi melanda dirinya apabila keenam-enam jejaka itu tiada dirumah.

Masing-masing sibuk di pejabat.Katanya ada tender baru yang nak diuruskan.

Lagu love is weird yang dimainkan oleh Julia Michaels dinyanyi nya.Perlahan sahaja suaranya kedengaran.

Matanya dipejam erat.Angin bersepoi-sepoi menampar kulit wajahnya.Sejuk sahaja rasanya. Biasanya jika di kampung ibunya dia akan melepak di sawah.Sekarang bertukar pula dengan kolam.Didalam rumah ini tempat yang paling tenang pun hanya kolam dan taman bunga sahaja.

Sejujurnya dia masih belum meneroka rumah itu dengan lebih lanjut.Almaklumlah,banyak benar pantang larang untuknya.

Novel yang berada disebelahnya diambil sebelum dia membuka halaman terakhir yang dibacanya.

Tersengih-sengih dia apabila membaca part sweet yang dilakukan oleh hero cerita tersebut.

Tidak sampai beberapa minit,wajahnya kembali berubah.Air matanya yang mengalir dikesat.

Apa ni flashback semata!Tak lain tak bukan pasti sad ending!Rasa menyesal pula membeli buku tersebut.

Dia melihat pada helaian muka surat yang terakhir.Kan dah agak!

Sudahlah!Daripada dia menghabiskan masa dengan membaca novel,baik dia pergi buat kerja yang berfaedah sedikit.

Dia melangkah masuk kedalam rumah.Mata diliarkan disekeliling tempat.Nak kemas rumah tapi sudah dikemas ibunya.Nak masak tapi lauk tengah hari tadi pun masih banyak dalam microwave.

Main dengan miko?Dia pun entah hilang kemana.Kucing rumah ini sebenarnya banyak sahaja.Tapi kena kurung dalam sangkar.Hanya dua ekor sahaja yang dibebaskan.Mungkin itu kucing kesayangan tuannya.

Setelah puas berfikir,akhirnya dia memutuskan untuk membuat kek coklat.

Dia masuk ke ruangan dapur.Bahan-bahan untuk membuat kek dicarinya terlebih dahulu.Setelah jumpa,dia terus memulakan perangnya.

Satu jam berlalu.

Ting!

Bunyi oven berdeting membuatkan dia laju masuk kedapur.

Dia menyarungkan sarung tangan ke tangannya sebelum dia membuka pintu oven. Pemegang besi itu ditariknya untuk dibawa keluar.

Dia tersenyum teruja apabila melihat keknya sempurna tanpa cacat cela.Gebu!

Dia mengeluarkan kek itu dari acuan besi tersebut sebelum dimasukkan kedalam bekas. Coklat yang sudah dicairkannya tadi dituang diatas permukaan kek.

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now