BKM 50

6.4K 271 3
                                    

AYDEN hanya memandang isterinya yang asyik bersembang bersama rakannya, Rayyan.

Akrab betul.

"Sayang."panggilnya dan serentak itu membuatkan Hanina dan Rayyan berpaling.

"Kenapa?"

"Sudahlah menempel dengan Rayyan je.Dari pagi asyik dengan dia je.Jomlah teman abang pula."rungut Ayden.Matanya sempat menangkap kotak cincin yang berada dipegangan isterinya.

Siapa yang nak kahwin?

Rayyan mengalihkan pandangannya ketempat lain.Tawanya yang hampir terhambur ditahan. Wajah lelaki itu jelas tampak cemburu.

"Dahlah Nina.Nina pergilah dengan Ayden pula.Dari pagi tadi Nina teman Rayyan.Esok kita sambung lagi okay?"

Hanina hanya mengangguk.
"Kalau ada apa-apa bagitau Hanina."

"Alright."jawab Rayyan dengan senyuman manisnya.Terserlah lesung pipitnya yang berada dipipi sebelah kiri.

Sempat dia mengenyitkan mata pada gadis itu.Hanina tersenyum.Sengaja je dia ni!

Ayden hanya menahan api cemburunya. Bergerak-gerak rahangnya.

Setelah itu, Ayden dan Hanina terus naik ke tingkat atas.Masuk sahaja kedalam bilik, Ayden terus melabuhkan punggungnya diatas katil. Tangan berpeluk tubuh.Manakala matanya tajam memandang sang isteri.

Hanina hanya memandang.
"Awak ni dah kenapa?Pandang saya macam nak makan."ngomel Hanina.Namun dia tahu suaranya itu terdengar jelas dipendengaran suaminya.

"Siapa yang nak kahwin?"

Hanina berpura-pura hairan.
"Siapa?Mana ada siapa."

"Habistu cincin tu." Hanina tahu anak mata suaminya kini tepat teralih pada tangannya yang sedang memegang kotak cincin.

Dia tiba-tiba tersenyum.Dia berjalan mendekati suaminya.Punggung terus dilabuhkan disisi lelaki itu.

"Abang tengok ni.Cincin ni cantikkan?Pandai Rayyan pilih."puji Hanina.Dia memandang wajah suaminya.Sengaja ingin melihat reaksi yang lelaki itu bakal beri padanya.

"Biasa je." bibirnya dicebikkan.Bukan main kau puji ya!

Cincin itu disarungkan kejari manisnya.
"Muat-muat jari saya!Cantik!" teruja.

Ayden pula sudah terkedu.
"Jangan bagitau abang yang.."Ayden tidak meneruskan ayatnya malah dia memandang tepat ke wajah isterinya untuk meminta penjelasan.

Hanina yang tersenyum manis tadi terus pudar senyumannya.

"Awak jangan nak fikir yang bukan-bukanlah."seusai berkata dia terus berlalu meninggalkan suaminya.

Ayden hanya diam ditempat duduknya.Sedikit pun dia tidak percaya dengan gadis itu.Dia sendiri lihat keakraban gadis itu dengan rakannya.Bukan sekali dua tapi dah banyak kali.

Dia menghela nafas.

Dah berpaling pada orang lain ke?

Skip.

"Macam mana?Terima tak?"suara yang sayup-sayup kedengaran ditelinga Ayden, membuatkan dia memasang telinga.

Macam suara Rayyan.

"Mestilah terima!Awak tu kacak.Baik pula tu.Siapa aje yang tak suka?"

Eh?Macam suara isterinya.Apa benda semua ni?Terima?Tak terima?Berkerut-kerut dahinya.

Gelas yang berada dipegangan digengam erat. Perasaannya bagai dipermainkan.Apa semua ni?

Ya Allah..Sakit.

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now