BKM 38

6.1K 272 3
                                    

AYDEN terjaga dari lenanya apabila bunyi alarm jam menjerit nyaring.Dia mendengus kecil.Pantas tangannya mencapai jam tersebut sebelum dimatikannya.

Tangannya dirabakan disebelah katil.Kosong?
Dimana isterinya?Dia bangun dari pembaringannya sebelum dia mencari kelibat sang isteri.

"Sayang.."panggilnya.Pintu tandas dibukanya.

Kosong juga.

"Sayang..."dia mengorak langkah menuju ke tingkat bawah.

"Kau cari siapa?"soal Afiq yang baru ingin naik  ketingkat atas.Pagi-pagi lagi dia sudah bangun. Almaklumlah, hari cuti.

"Bini aku.Kau ada nampak dia?" wajah adiknya yang berpeluh-peluh dipandang. Baru balik joging lah tu.

Afiq berkerut pelik.
"Mana aku tau.Bini kau kan.Dekat atas takde ke?"

Ayden menggeleng sebagai jawapan.

Afiq terdiam.Tidak sampai beberapa minit mereka berpandangan.Masing-masing ingin menyatakan apa yang mereka rasa difikiran namun hanya gerakan mata yang berfungsi.

Ayden faham akan maksud adiknya.Tanpa berlengah dia terus meninggalkan adiknya sendirian disitu.Sempat dia menitipkan pesanan buat adik kembarnya itu.

"Suruh semua masuk bilik bawah tanah sekarang!"tegasnya.

Afiq mengangguk faham.Tidak tertelan air liur  apabila melihat wajah tegang milik abangnya.

Dia tahu sekejap lagi anak buah lelaki itu pasti akan dihamuk. Dia faham benar dengan perangai abangnya.

"Mampos lah korang."gumamnya perlahan. Tuala kecil yang berada dileher dibawa mengelap wajahnya yang basah akibat peluh.

Setelah itu dia terus berlalu turun ke bilik bawah tanah.

Skip.

Masing-masing menekur kelantai apabila mendengar jerkahan dari tuan mereka.Hanya Afiq dan yang lain sahaja duduk rilek diatas bangku yang berada dihadapan lelaki itu.

Memang diluar tampak tenang namun jantung sudah mahu tercabut keluar dari tempat asalnya apabila mendengar jerkahan lelaki itu.

Berdesing telinga mereka apabila jerkahan lelaki itu kedengaran di setiap pelosok ruang bilik.

"APA YANG KORANG BUAT SAMPAIKAN ISTERI AKU PUN KORANG TAK BOLEH NAK JAGA?!"

"AKU BAYAR GAJI KORANG MAHAL!!KERJA SENANG MACAMTU PUN TAKKAN TAK BOLEH NAK BUAT?!"dia benar-benar serabut memikirkan keadaan isterinya.

Diluar sana masih banyak musuhnya. Bukannya seorang mati, yang lain tidak menganggu dia.Banyak orang yang tidak puas hati dengannya!Tidak mungkin mereka tidak akan menyentuh isterinya!

"MUSUH AKU BUKAN SORANG!MUSUH AKU RAMAI!KALAU JADI APA-APA DEKAT ISTERI AKU, AKU TAKKAN SEGAN-SEGAN NAK BUNUH KORANG.TAKE MY WORD!"tajam anak matanya menikam setiap wajah anak buahnya yang tunduk menekur kelantai.

"Ayden sudah lah tu.Kita cari dia sama-sama ya?Kau marah-marah macamni pun Hanina tak akan dapat balik semula pun dekat sini."pujuk Rayyan lembut.Dia tidak akan berdiam diri lagi.

Lelaki itu bukannya boleh dijangka.Nanti tahu-tahu ada pula yang tembus kepala. Amarah lelaki itu jangan dibuat main.

Orang kalau dah marah,napa yang dia buat bukannya dia sedar.

"Kau tak faham perasaan aku lah sial!Dia tu bini aku!Kalau jadi apa-apa dekat dia macam mana?!Kau nak tanggung?!"

"Ya memang!Memang aku tak faham perasaan kau!Tapi kau boleh bawak bersabar tak?Aku dah kata kalau kau marah macamni Hanina tak akan pernah balik!"

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now