BKM 37

6.2K 261 5
                                    

SUDAH tiga bulan berlalu.Ayden hanya memandang isterinya yang asyik bersembang dengan mamanya ditaman mini yang terdapat dirumah keluarganya.

Dia mengeluh kecil.Sampai sekarang dia masih belum dapat tahu tentang penyakit isterinya.Dia sudah pergi ke klinik yang dikunjungi isterinya namun dokumen temu janji isterinya tidak ada menyatakan tentang penyakit isterinya.

Isterinya juga sudah lama melakukan perang dingin dengannya.Dia sendiri tidak tahu apa salahnya sehinggakan gadis itu tidak melayannya.

Memandang wajahnya juga gadis itu tidak mahu.Panggilan juga sudah ditukar menjadi nama.Jika ditanya hanya gelengan yang menjadi jawapan.Hari ini tiba-tiba gadis itu mengajaknya bermalam dirumah mama dan papanya.

Teringat akan perbualannya dan isterinya sebelum datang kerumah keluarganya tadi.

Flashback.

"Ayden."panggil Hanina pada suaminya yang sedang menonton tv bersama rakan-rakan lelaki itu.

Ayden berpaling.Wajah isterinya dipandang.
"Ya kenapa sayang?Sayang nak apa?"

"Saya nak bermalam dekat rumah mama harini."

"Kenapa tiba-tiba ni?"

"Saja.Rindu.Mana tahu lepasni saya dah tak jumpa mama ke."ujaran Hanina menyebabkan semua berpaling memandangnya.

Terus berubah air muka Ayden apabila mendengar jawapan dari sang isteri.
"Apa maksud sayang?"

"Yela manatahu jodoh kita tak pan.."

"Pergi siap.Nanti kita pergi."ujar Ayden sebelum dia terus bangkit meninggalkan semua yang berada disitu.

Hanina hanya memandang tanpa ada niat ingin meminta maaf pada lelaki itu.

Namun siapa yang tahu?Jantungnya bagai dicengkam dan akan ditarik keluar dari tempat asalnya.Terseksa jiwa dan raga.

Ya allah...Maafkan aku...
Abang...Maafkan sayang...

Rakan-rakan lelaki itu dipandangnya sebelum dia mencarik senyuman dan setelah itu dia terus berlalu.

End flashback.

Semakin panjang keluhan Ayden.

"Ayden tu mama you panggil."

Ayden tersentak.Dia berpaling.Wajah seseorang menyapa kornea matanya.Tajam matanya menikam wajah Bella yang berada dibelakang.

"Apa kau buat dekat sini Bella.Macam mana kau boleh masuk?"

Terkebil-kebil mata Bella memandang wajah lelaki itu.

"Err ni.."

"Isteri aku mana?"

"Isteri you dekat bawah.Tengah sediakan makanan.Er mama you tadi panggil ajak makan sama-sama.Jom lah turun."ujar Bella sebelum dia terus berlalu meninggalkan lelaki itu.

Cuak rasanya apabila melihat mata tajam itu menikam wajahnya.Ini semua gara-gara isteri lelaki itu.Jika dia tidak meminta tolongnya untuk memanggil lelaki itu pasti dia tidak setakut ini!Lelaki itu benar-benar sudah berubah!

Ayden mengeluh.Kenapa bukan isterinya yang memanggilnya?Kenapa membenarkan orang lain naik ke bilik mereka?

Dia tahu, mamanya tidak sebodoh itu untuk membenarkan perempuan lain duduk sebilik dengannya melainkan mereka sudah sah menggelar suami isteri.

Mamanya juga tahu hukum hakam.Ini kalau tidak dipaksa isterinya pasti mamanya tidak akan membenarkan orang luar naik ke tingkat atas.Dia kenal mama dia macam mana.

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now