BKM 27

7.5K 354 5
                                    

RUMAH Ayden kini riuh dengan suara-suara milik keluarganya.

Kaum adam yang berada diruang tamu rancak bersembang.Manakala kaum hawa bertungkus lumus didapur untuk menyiapkan makan malam.

Hanina sibuk memotong bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak.Tidak senang dia mahu membuat kerja apabila namanya sering dipanggil adik iparnya.

"Akak macam mana akak potong bawang tu?Kenapa bawang Ariqa hancur tak sama macam akak!"

"Akak macam mana nak basuh ayam ni?"

"Akak darah yang ada dekat ayam ni nak buang ya?"

"Akak cili ni nak potong macam mana?"

Berbagai soalan yang disoal Ariqa pada kakak iparnya.Hanina hanya melayan sahaja soalan yang disoal gadis muda itu.

Inilah padahnya bila orang suruh masuk dapur dia taknak!Tengok siapa yang susah?Diri sendiri juga yang susah.

Merajuk sakan gadis muda itu pabila dibebel habis-habisan oleh mamanya.Ariqa apalagi. Naik lah muncung itik dia tu.Boleh lah kalau nak buat gantung hanger.

Hanina hanya tersengih sahaja.

Setelah berperang menyiapkan makan malam didapur, akhirnya siap juga masakan mereka. Terhidanglah pelbagai jenis masakan di atas meja tersebut.

Ayam masak merah.
Udang masak tumis.
Ikan siakap masak tiga rasa.
Pucuk ubi masak lemak.
Kangkung tumis.

Itulah salah satu menu yang dimasak mereka.
Kecur air liur masing-masing melihat juadah yang terhidang diatas meja.

Ariqa pula sudah tersenyum bangga melihat segala masakan yang terhidang.Tangannya ditepuk teruja.Berpeluh-peluh dia menyiapkan masakan tersebut.

Cewah ayat macam dia masak sorang!Padahal dia tolong potong-potong sahaja pun.Itupun tidak habis potong,disambung dengan kakak iparnya.

"Adik pergi panggil yang lain.Ajak makan."arah Tengku Fatila pada anak daranya.

"Siap madam!"tangannya dibawa naik ke atas dahi.Acah-acah komander gitu.

"Hanina dah siap susun semua?"soal Tengku Fatila pada menantunya pula.

"Sudah mama.Tinggal makan sahaja."ujar Hanina sebelum dia tersengih.

Tengku Fatila turut tersengih.

Hanina tersenyum bangga melihat meja makan yang sudah dipenuhi dengan beberapa jenis masakan.

Perut sudah berkeroncong minta diisi.Tidak sabar rasanya mahu menjamah makanan!Lapar sungguh rasanya!

Bunyi derapan kaki yang kedengaran membuatkan Tengku Fatila dan Hanina mengangkat kepala.

"Ha ingatkan taknak makan tadi.Bukan main lama nak kami menunggu."perli Tengku Fatila.

Mereka yang sedang bergelak ketawa terus terdiam.Bunyi cengkerik sahaja yang kedengaran.Namun tidak sampai beberapa saat,Ayden memecahkan kesunyian diantara mereka.

"Sayangg..Abang lapar.Sayang masak apa?"rengek Ayden.Dia berjalan menuju ke isterinya sebelum pinggang kecil itu dipeluknya.

Pandangan jengkel rakan-rakan dan keluarganya dihiraukan.Ingat dia kesah?

Hanina sudah mengemam bibir.Suaminya pun lah.Tidak kira tempat.Suka hati sahaja memeluknya didepan mereka.Terasa bahang satu muka!

"Ayden sudah-sudahlah tu nak bermanja.Ingat kamu seorang sahaja ada isteri?Papa pun ada lah!"ujar Tengku Aydil sebelum dia berjalan menuju ke isterinya.

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now