BKM 15

8.5K 358 9
                                    

HANINA duduk termenung memandang hujan yang mengalir deras membasahi bumi.

Ya Allah,adakah keputusan yang diambilnya ini benar?

Jika benar dia jodohku,maka kau dekatkan lah kami.Kau berikanlah kesenangan buat kami. Kau permudahkanlah urusan kami.

"Hanina."bahunya yang disentuh dari arah belakang membuatkan dia pantas berpaling.

Senyuman tipis terukir.
"Ibu..."

Makcik Salmah melabuhkan punggungnya disebelah gadis itu.

"Kamu buat apa sorang-sorang dekat sini?"

"Takde buat apa.Saja je."jawabnya sebelum dia tersengih sumbing.Menutup kegundahan dari terpancar pada wajahnya.

Makcik Salmah tersenyum nipis.Dia turut memandang air hujan yang turun mengalir membasahi kaca dihadapannya itu.

Leka.

Masing-masing melayan perasaan sendiri hingga soalan yang terpacul keluar dari mulut Hanina menyentakkan Makcik Salmah.

"Ibu...Ibu rasa betul ke keputusan yang Hanina ambil ni?"kedua kakinya dibawa merapat ke dada sebelum dagunya dilabuhkan disitu.

Mata masih lagi memandang air hujan yang mengalir lebat membasahi penduduk bumi.

"Kenapa tak betul pula?"

Hanina hanya mengangkat bahu.Dia sendiri tidak tahu dengan jawapan untuk soalannya itu.

"Kalau nak kahwin kita kena yakin."Makcik Salmah mula membuka mukadimahnya.

"Maksud ibu?"

"Kita nak hidup dengan dia bukan sehari dua tapi selamanya.Kalau kita sendiri tak yakin dia jodoh kita macam mana kita nak bahagia?Nak kahwin kita tak boleh was-was."

"Sekarang ibu nak Hanina jujur dengan ibu.Hanina cintakan Ayden kan?"

Hanina tersentak apabila wanita itu menyoalnya tentang perasaannya.

"H-hanina tak ada apa-apa perasaan pun dengan dia.Suka pun tidak apalagi cinta?Jauh sekali ibu."jawabnya tergagap-gagap.

Makcik Salmah mencarik senyuman tipis.

"Hanina tak pandai menipu.Ibu kenal anak ibu.Cara pandangan Hanina pada Ayden pun ibu boleh tahu yang Hanina cintakan Ayden. Mungkin Hanina boleh tipu orang lain,tapi bukan dengan diri Hanina sendiri."

Kepalanya ditunduk kebawah.Terkedu seketika apabila mendengar bicara ibunya.Nampak sangatkah perasaannya terhadap lelaki itu?Jari jemari dimainnya.

Makcik Salmah menarik kedua tangan gadis itu.

Tangannya yang ditarik membuatkan Hanina mengangkat wajahnya memandang wajah menua Makcik Salmah.

Redup sahaja pandangan mata makcik Salmah pada Hanina.

"Ibu doakan semoga urusan anak ibu dipermudahkan.Semoga Ayden dapat bahagiakan anak ibu.Ibu taknak tengok air mata anak ibu mengalir lagi.Cukuplah Hanina terseksa sebelum ni."

Tidak semena-mena air mata Hanina mengalir turun membasahi pipi.

"Terima kasih ibu.."ujarnya sebelum dia memeluk erat tubuh tua milik Makcik Salmah.

"Sama-sama sayang.Selagi nyawa ibu masih ada,ibu akan sentiasa doakan untuk kebahagiaan anak ibu.Kebahagiaan anak ibu adalah keutamaan bagi ibu."

Semakin lebat air mata Hanina mengalir apabila mendengar ujaran ibunya.

*****

Sejak dia ingin bergelar menjadi isteri kepada Ayden,kerja-kerja yang wajib dibuatnya dahulu semua tidak dibenarkan lelaki itu.

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now