BKM 40

6.2K 272 7
                                    

AWAL pagi lagi Hanina sudah berada didapur melihat Makcik Siti memasak.Wanita itu sudah seperti ibunya sendiri.Lagipula wanita itu yang menyuruhnya memanggil dia ibu.

Perwatakkan wanita itu sama seperti ibu dan umminya.Dia harap wanita itu tidak meninggal kannya seperti mana ummi dan ibunya pergi meninggalkannya.

Dia sudah jatuh sayang pada wanita itu sejak pertama kali berjumpa lagi.Terubat sedikit rindunya pada arwah ummi dan ibunya  setelah melihat wajah tua milik wanita itu.

"Ibu masak apa tu?"soal Hanina.Terjengul kepalanya memandang kuali yang berasap mengeluarkan asap putih.

"Ibu masak nasi goreng je.Hanina makan kan?"

"Makan je.Tapi boleh tak Hanina nak suruh ibu masakkan sotong goreng tepung untuk saya?"pintanya.Teringin!Dari semalam terbayang-bayang sotong goreng tepung dimatanya.

"Boleh je.Nanti ibu gorengkan ya."balas Makcik Siti.Wajah membulat milik gadis itu dipandangnya.

"Kamu dah berapa bulan dah ni?"

Hanina tersentak.Perutnya yang diusap dipandang.Dia tersenyum.

"Dah masuk lima bulan dah."jawabnya.

Makcik Siti mengangguk.Dia sukakan gadis itu.Jika diberi kesempatan ingin sahaja dia mengahwini anaknya dengan gadis itu.Nasib sahaja isteri orang.

"Um Bella mana?Tak turun lagi ke dia?"soal Hanina sengaja ingin menukar topik.

"I'm here!"jerit seseorang dengan pakaian tidurnya.Bunnie bear terhias besar dimuka bajunya.Nampak comel sahaja gadis itu.

Hanina mengurut dadanya.

"Morning mama to be!"sapa Bella ceria.

"Eh you ni!Lainkali kalau nak menyampuk bagi salam dulu!Jangan main terjah je!You sama macam Afiq!Elok dikahwinkan sahaja."bebel Hanina tanpa menyapa gadis itu.

Bella cemberut.Memuncung bibirnya kehadapan.

"Apa ni Hanina!You ingat I nak kahwin dengan lelaki gila tu ke!Dahlah suka cari masalah dengan I!Rosak mood I pagi-pagi dengar nama dia!"bidas Bella dengan bibir yang memuncung kehadapan.

Hanina hanya ketawa.
"Kalau dah berjodoh,kalau dia gila pun you kena kahwin juga dengan dia.Tak gitu Cik Bella?"soal Hanina lagi sengaja menyakat gadis itu.

"Dahlah dari layan you baik I pergi mandi!Kan ibu!"soal Bella pada makcik Siti.

Makcik Siti yang sedari tadi melihat kedua gadis itu bergaduh mulut hanya tersenyum.Dia sudah menganggap kedua gadis itu sebagai anaknya sendiri.

"Betul apa yang dikatakan Nina tu.Kalau dah berjodoh,lari sejauh mana pun tetap akan berjumpa semula.Sudah nama dia yang tertulis untuk kita,takkan nak mengelak pulak.Ikutlah seribu kali mana pun kamu menolak takdir. Jika betul dia untuk kamu pasti akan bertemu semula."Panjang lebar makcik siti memberi syarahannya.

Kedua wanita itu jelas tersentak dengan ujaran wanita tua itu.Mereka berpandangan.Hanina hanya tersenyum kelat.

"Er ibu masak lah dulu.Hanina nak masuk bilik sekejap."pamit Hanina sebelum dia terus berlalu.

Bella hanya memandang langkah wanita itu.Bukannya dia tidak tahu bahwa gadis itu  terkesan mendengar bicara makcik siti tadi.

Betul apa yang dikatakan wanita tua itu.Kalau dah berjodoh tak akan kemana.Tidak semena wajah kacak Afiq terbayang dikornea matanya.

Err..

"Ibu Bella nak naik atas.Nak mandi.Nanti Bella turun ya."sopan Bella meminta izin pada wanita tua itu.

"Ha yelah.Nanti kalau dah turun panggil Hanina sekali ya."Pesan Makcik Siti.

"Okay ibu!"Dia mengenyitkan sebelah matanya pada wanita tua yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri.

Ada mak pun tak berguna.Jadilah dapat tumpang kasih sayang emak orang lain.Terasa disayangi sangat!

Kini dia sedar.Seorang wanita yang bergelar ibu mampu meluluhkan hatinya yang keras seperti batu itu.

Dia jadi seperti itu pun gara-gara mummynya yang tidak pernah memberi perhatian padanya.

Mummynya suka berfoya-foya dengan jantan di luar sana.Dan dia juga turut terikut-ikut akan perangai mummynya.Namun setelah melihat kasih sayang yang diberikan wanita itu padanya,dia perlahan-lahan meninggalkan dunianya.

Dimana dia sering bertukar-tukar lelaki. Dimana dia keluar masuk club malam tanpa fikir dosa.Dimana dia berjoget tanpa memikir Tuhan.Dimana dia menghabiskan masanya bersama lelaki diluar sana.

Dan yang paling teruk sekali adalah dimana dia meninggalkan sang penciptanya demi dunianya.

Cara pemakaiannya akan cuba ditukar kepada yang lebih tertutup.Dia akan cuba untuk menutup auratnya dengan sempurna.

Doakan dia..

*****

Masuk sahaja kedalam biliknya, Hanina tersandar lemah di belakang pintu.Perlahan air matanya mengalir dipipi.

Ya Allah...

Abang..Saya rindukan abang..

Dia berjalan menuju ke meja solek yang berada dihadapan katilnya.

Satu buku kecil yang tersimpan elok didalam laci dikeluarkannya.Buku itu adalah buku yang tahu segala isi hatinya.Segala masalahnya akan diluahkan didalam buku tersebut.

Hampir kata buku itu merupakan teman setianya dikala suka dan dukanya.

Perlahan tangannya menulis dimuka kertas yang masih suci tanpa satu coretan.Air matanya turut memainkan peranan.Setitis air matanya menitik diatas permukaan kertas.

Air matanya diseka lembut.Buku itu ditutupnya sebelum disimpan ditempat asalnya semula.

Teresak dia menangis.Sejak dia disahkan mengandung, air matanya begitu murah untuk mengalir.

"Abang sayang minta maaf..Sayang sayangkan abang..Tsk..Tsk.."tersedu sedu dia menangis.

Tangan kanannya dibawa menyentuh perutnya yang semakin hari semakin memboyot besar. Digosok permukaan perutnya perlahan.

"Anak mama mesti rindukan papa kan?Mama minta maaf sebab pisahkan kamu berdua. Mama sayangkan papa.Mama sayangkan kamu.Tiba masanya nanti kamu pasti akan berjumpa dengan papa.Nanti sampaikan kata maaf mama pada papa ya sayang..Bagitau papa yang mama sayangkan papa sangat-sangat. Hmm?"ujarnya dengan suara yang bergetar.

Wajahnya ditekup pada kedua tangannya.
Bergoyang-goyang bahunya. Esaknya cuba ditahan dari terhambur kuat.

Bella dan Makcik Siti yang berada diluar bilik hanya memandang sayu pada gadis itu.

Rindu tapi ego..

Benar kata orang,rindu itu berat..

Cinta itu kejam..

Kadang cinta itu juga menyakitkan..

Tidak semua hubungan berakhir dengan kebahagiaan...

Namun ada yang berakhir dengan kesengsaraan..

Cinta tidak selamanya indah...

Begitu juga dengan hubungan Ayden dan Hanina..

Semoga bahagia milik mereka...


Nahhh!
Sorry kalauu hambarrr😬

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now