PROLOG

2.4K 98 11
                                    

"NAT, come," Sein menggamit Natasha untuk duduk di sebelahnya apabila kelibat gadis tinggi lampai itu menyapa pandangan.

Mereka berada di kelab malam kepunyaan milik lelaki itu. Kelab malam yang diusahakan terlebih dahulu oleh datuknya dan menjadi perniagaan turun termurun keluarga sehingga akhirnya diambil alih oleh Sein kerana lelaki itu merupakan satu-satunya cucu lelaki keluarga Xiang. Bapa Sein merupakan anak tunggal manakala Sein hanya mempunyai adik perempuan.

Sein yang menghubungi Natasha dan memintanya ke mari atas urusan mustahak. Sudah lama mereka tidak bertemu. Kira-kira dua bulan lebih akibat Sein terpaksa ke luar negeri atas urusan kerja. Gadis itu masih tidak tahu tentang rancangan yang telah disusun rapi oleh Sein.

Natasha melabuhkan punggung di samping Sein.

"Kenapa you nak jumpa I?" tanya Natasha terus sambil memandang anak-anak buah Sein.

Ada perbincangan mungkin. Sempat rasa hairan menjengah kerana lelaki itu memanggilnya ketika sedang melakukan perbincangan. Walhal sebelum ini, Sein amat tidak gemar jika dia terlibat dalam segala perbincangan melibatkan kerja. Namun, tidak pula kali ini. Natasha hanya mampu menepis rasa sangsinya.

Sein memandang wajah bersih Natasha seketika sebelum membalas pandangan anak-anak buahnya.

"I ada nak minta tolong you," jelas Sein terus kerana tidak mahu berselindung.

Dia amat memerlukan kerjasama daripada Natasha dalam melaksanakan rancangan tersebut. Natasha mengangkat kening. Dia memandang wajah kacak Sein sekilas lalu kembali memandang ke depan.

"Tolong apa tu?"

"You nak tak?" soalan pertama dibiarkan dahulu.

"I tahu sekarang you perlukan duit. I pasti you takkan tolak dengan bayaran yang I tawarkan," ujar Sein menjerat.

Sein amat handal dengan segala umpan yang diberikan agar seseorang tidak menolak permintaannya. Dia akan menawarkan bayaran yang lumayan sehingga tiada siapa sanggup menolak. Lumrah manusia akan melupakan segala-galanya apabila telah dibutakan dengan wang.

Money is king.

Natasha memandang satu per satu wajah yang ada di dalam ruangan VVIP tersebut. Walaupun dirinya dihurung rasa kurang senang tetapi apabila mendengar pancingan Sein mengenai bayaran yang ditawarkan. Gadis itu hanya mampu membuang perasaan kurang menjauh. Sein seperti sudah mengetahui kerunsingan yang melandanya akhir-akhir ini.

"I kena tolong apa?"

NATASHA berlari laju sambil kepalanya tertoleh-toleh ke belakang. Kelibat beberapa orang lelaki bertubuh tegap masih lagi kelihatan di belakangnya. Dengan kasut tumit tinggi yang tersarung di kakinya, dia gagahkan juga diri untuk terus berlari. Nafas sudah dirasakan mahu terputus setelah lima minit dia melarikan diri daripada jejak lelaki-lelaki tersebut.

Jikalau dia membiarkan dirinya tertangkap oleh lelaki-lelaki bertubuh tegap itu, dia pasti tidak akan selamat memandangkan kudratnya tidak dapat menandingi kudrat mereka. Cecair hangat yang mengalir bebas di pipi dikesat kasar. Sekarang dia tiada masa untuk membuat drama air mata. Mereka sudah tentu tidak akan mempedulikan tangisannya.

Tempat yang gelap menyukarkan dia untuk berlari. Jika ada benda terhalang pun pasti tidak dapat dilihat dan boleh mengakibatkan dirinya tersadung. Kaki berlari ke arah kanan apabila merasakan lelaki-lelaki tersebut sudah kehilangan jejaknya. Sebuah kereta yang masih menyala menyapa pandangan. Dia tiada pilihan lain selain kereta tersebut. Tanpa mengambil masa untuk berfikir, dia terus membuka pintu pemandu dan memboloskan diri ke dalam.

Natasha yang ketika itu telah diselimuti rasa cemas dan takut, tidak dapat berfikir secara waras. Baginya itu sahaja solusi terbaik ketika ini. Wajahnya ketika ini telah dibanjiri peluh bersama nafasnya yang menderu laju. Dia menunduk memandang wajah bercahaya seorang lelaki yang memakai kupiah sedang berada di bawahnya.

Dia sedang melabuhkan punggungnya di atas riba seorang lelaki memakai jubah putih. Lelaki muda itu memandangnya dengan mata terbeliak luas. Terperanjat barangkali menerima tingkah tidak terjangka olehnya. Akibat rasa terkejut yang masih menguasai diri, lelaki itu hanya kaku dan tidak dapat bergerak untuk menghalau seorang gadis yang sedang duduk di atas ribanya.

Lelaki itu yang baru sahaja selesai membeli minuman di kedai serbaneka 7 eleven terperanjat dengan kehadiran mengejut wanita asing di hadapannya. Akibat tidak mempunyai tempat letak kenderaan di sekitar kedai tersebut, dia terpaksa memarkirkan kenderaannya di lorong gelap dan sunyi itu. Tidak sempat mahu mengunci pintu kereta, Natasha terlebih dahulu menerjah.

"Yo-you kena tolong I," tersekat-sekat bicaranya akibat nafas yang tidak teratur.

Lelaki itu tersentak apabila suara cemas Natasha menyapa gegendang telinga. Dia sudah sedar sepenuhnya dan beriak cemas.

"Cik kenapa ni? Tolong keluar dari kereta saya," arahnya sambil menolak tubuh Natasha menjauh.

Tubuh terdedah Natasha dipegang tanpa sengaja kerana ingin menolak gadis itu keluar dari keretanya. Dia bergelut untuk mengusir Natasha keluar tetapi wanita itu memeluk erat batang lehernya. Dia tidak mahu menyakiti wanita itu tetapi perbuatan wanita itu mampu menimbulkan fitnah diantara mereka.

Tambahan pula, dia memegang imej sebagai orang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi.

"Cik, saya boleh bantu cik tapi bukan begini caranya. Cik kena keluar dari sini. Perbuatan cik akan mendatangkan fitnah antara kita berdua. Saya mohon lepaskan saya dan keluar dari sini. Saya akan bantu cik," terangnya lagi dengan suara yang tersekat akibat menahan nafas dari mencium haruman yang digunakan  oleh Natasha.

"I tak ada masa nak keluar. Ada orang kejar I. Kalau I keluar bila-bila masa je diorang dapat tangkap I,"

Natasha menyembamkan wajahnya ke leher lelaki tersebut apabila dia mendengar bunyi larian dari arah belakang kereta itu. Laju tangannya menutup lampu di bumbung kereta yang masih terpasang. Dia semakin merapatkan jurang diantara mereka.

"Kunci pintu!" pintanya dengan suara bergetar.

Jubah di bahagian belakang leher lelaki itu dicengkam kasar tanda dia sedang berada dalam ketakutan yang melampau. Hairannya, lelaki itu yang menurut tanpa membantah arahan Natasha.

Dia memejamkan mata erat menahan kekocakkan dan kegelisahan yang melanda dirinya. Dia berdoa dan memohon kepada Tuhan yang maha esa agar mempercepatkan masa agar situasi yang melandanya sekarang segera berlalu. Dia rasa amat berdosa dan malu dengan tuhan jikalau terus berada di dalam situasi ini. Tetapi, dia tiada pilihan lain. Dia kasihan dengan wanita itu yang ke takutan.

Derapan kaki itu semakin menghampiri bersama sumpah seranah yang dikeluarkan oleh mereka. Natasha semakin cemas, dia takut dirinya bakal ditangkap. Dia memandang wajah lelaki tersebut sebelum menarik wajahnya agar dia dapat mencantumkan dua ulas bibir milik mereka.

Lelaki itu bertindak menolak tubuh Natasha dengan lebih kuat tetapi Natasha bertindak memeluk lelaki itu erat. Tangan lelaki itu diambil lalu diletakkan ke pinggangnya. Lama mereka berkeadaan begitu sehingga keadaan kembali hening tetapi Natasha masih tidak menjauhkan wajah sehingga bunyi ketukan di tingkap di sebelah mereka.

Pada awalnya Natasha hanya mengendahkan kerana dia menyangka lelaki-lelaki yang mengejarnya tadi tetapi setelah bunyi ketukan bertukar hentakan yang kuat, Natasha berpaling ke sisi. Terdapat beberapa lelaki berjubah sedang mengetuk dan meninjau keadaan di dalam kereta sambil menyuluh lampu suluh ke arah mereka.

Pantas Natasha keluar dari kereta lalu menjerit.

"Di-dia nak rogol saya!"

YUSUF BALQISWhere stories live. Discover now