8 YUSUF BALQIS

200 34 9
                                    

NATASHA dibenarkan pulang setelah lima hari menetap di hospital. Yusuf yang sedang sibuk mengemas katil hospital yang berselerak dipandang kosong. Hari ini dia sudah dibenarkan keluar. Natasha tidak sabar mahu berehat di rumah kerana hospital adalah tempat larang dalam hidupnya.

Berada di hospital amat membosankan, dia tidak dapat melakukan aktiviti hariannya seperti selalu. Setakat mahu berjalan di taman hospital, itu dekat rumah Yusuf pun boleh buat. Sudah lah makanan tak sedap. Selera Natasha yang sedia hilang semakin terhakis untuk merasai makanan hospital.

Tidak sedar dia merenung lama setiap gerak geri Yusuf sehingga lelaki itu melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Tak sabar nak balik?" Soal Yusuf.

Sepanjang berada di hospital, sikap Natasha masih tidak berubah. Wanita itu masih enggan merespon segala percakapannya. Hanya Puan Aminah yang berjaya untuk memujuk dia makan. Mahu harapkan dirinya belum tentu perut isterinya terisi dengan makanan.

Yusuf mengemam bibir perlahan. Dia tidak mahu memaksa Natasha untuk membalas bicara. Mungkin wanita itu masih memarahinya. Puan Aminah dan Aisyah tidak datang melawat memandang Natasha sudah dibenarkan balik. Yusuf melarang mereka untuk kemari kerana tidak mahu menyusahkan mereka.

Urusan di kaunter diselesaikan oleh Yusuf manakala Natasha berjalan keluar dari hospital. Hampir luruh jantung Yusuf apabila berpaling, kelibat Natasha tidak kelihatan di sisinya. Dia dapat menarik nafas lega apabila wanita itu tercegat di sisi kereta miliknya.

"Jangan buat macam tu lagi. Lain kali tunggu atau bagitau saya dulu kalau nak ke kereta," Pesan Yusuf apabila sudah mendapatkan Natasha. Lengan Natasha dipegang kemas.

Natasha menjuling mata ke atas tanpa pengetahuan Yusuf. Mereka mula menaiki kereta untuk pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, suasana sunyi menyelubungi mereka. Beberapa kali Yusuf cuba berbual namun hanya dibalas dengan bunyi deruan pendingin hawa.

Jadi dia mengambil keputusan untuk mengunci mulut sahaja sehingga mereka tiba.

Ketibaan mereka disambut oleh Puan Aminah di muka pintu. Naik saja tangga rumah, ibunya menarik Natasha ke dalam pelukan. Tubuh Natasha kaku menerima pelukan itu.

"Rindu menantu ibu ni. Pergi rehat dalam bilik. Nanti ibu hantarkan makanan. Tasha cakap je nak makan apa, ibu masakkan,"

Natasha diam tanpa sebarang kata. Dia serba salah dengan Puan Aminah kerana telah menyusahkan wanita tua itu untuk beberapa hari ini. Ibu mentuanya perlu bersengkang mata menjaganya yang terlantar di hospital.

"Tak nak," balas Natasha sepatah. Tanda dia tidak mahu menjamah sebarang makanan. Dia hanya memerlukan rehat sahaja. Langkah diatur terus ke dalam bilik.

Natasha mula merebahkan tubuh di atas katil empuk milik Yusuf. Dia memejamkan mata merasai kenikmatan tidur di rumah. Sudah tidak perlu tidur dalam suasana bising dan bau ubat. Tidak sampai beberapa minit, dia sudah terlelap.

Yusuf menggeleng kepala melihat Natasha sudah diulit lena. Dia mengemas semua peralatan yang digunakan oleh Natasha di hospital. Bakul baju kotor dicapai untuk mencuci pakaian Natasha yang telah digunakan. Bilik air yang terdapat di dapur dimasuki.

Semua pakaian Natasha dicuci menggunakan tangan agar pakaian wanita itu tidak rosak. Nanti rosak dia pula akan dimarah. Wanita itu tidak pernah sekali meminta dia untuk mencuci pakaiannya namun dia sendiri rela membuat kerja tersebut atas dasar tanggungjawab sebagai seorang suami.

"Yusuf, Tasha tidur ke?" Tegur Puan Aminah apabila melihat Yusuf sedang mengangkat bakul yang berisi kain untuk menuju ke luar rumah melalui pintu dapur.

YUSUF BALQISWhere stories live. Discover now