4 YUSUF BALQIS

570 54 8
                                    

KINI tiba hari di mana Yusuf bermalam di rumah Hajar jadi hari-hari Natasha cukup tenang kerana tidak diganggu oleh lelaki itu. Tiga hari bermalam di rumah Puan Aminah manakala tiga hari lagi bermalam di rumah Hajar. Jadi, peluang yang ada ini Natasha ambil untuk pulang ke rumahnya yang terletak jauh di bandar.

Keputusan itu diambil tanpa pengetahuan Yusuf. Dia berangkat selepas subuh manakala tiba di sekitar waktu tengahari. Puan Aminah sudah sedia maklum dengan kepergiannya.

Yusuf pada ketika itu sedang menjamu selera bersama Hajar di rumah mereka berdua. Tidak dapat dinafikan bahawa masakan Hajar tiada tandingan. Masakan terbaik setelah masakan Puan Aminah. Oleh kerana itu, dia tidak pernah makan di luar.

"Abang, nanti tolong ke rumah ibu untuk hantar lauk sikit. Hajar ada masak lebih," pinta Hajar setelah mereka telah selesai menjamu selera.

Hajar kelihatan sedang memasukkan lauk itu ke dalam mangkuk tingkat. Yusuf pula bertenggek di belakang Hajar bersama lengan melingkar erat di pinggang isterinya.

"Hajar tak ikut?" Sisi wajah Hajar direnung penuh kasih.

Dia jatuh cinta dengan Hajar sejak pertama kali mereka bertemu. Jatuh cinta pada pandangan pertama. Keperibadian Hajar yang lembut dan sopan santun amat menarik minatnya.

Hajar memicit lembut lengan Yusuf yang melingkari pinggangnya menandakan dia ingin dilepaskan. Hajar menghadap Yusuf bersama senyuman.

"Lain kalilah abang, Hajar ada kelas mengaji dengan budak-budak," Mangkuk tingkat diserahkan kepada Yusuf.

Hajar melangkah ke ruang tamu ingin mengambil tudung yang telah dia sediakan tadi. Yusuf hanya mengikuti langkah Hajar. Kunci kereta dicapai sebelum dia mendekati Hajar yang membetulkan tudungnya.

"Abang hantar sayang dulu, lepas tu abang ke rumah ibu,"

Hajar mengangguk.

Beg yang berisi kitab suci al-Quran dan beberapa buku rujukan mengajar digalas ke bahu. Huluran tangan Yusuf disambut mesra.

"Jangan lupa kirim salam dekat semua," pesannya apabila mereka berjalan beriringan ke kereta.

Kereta dipandu menuju ke surau di kampung tersebut yang menjadi tempat pengajaran Hajar. Tangan yang dihulur oleh Yusuf dicium sebelum melangkah keluar.

"Hati-hati sayang, nanti dah balik telefon abang," sempat Yusuf berpesan kepada Hajar.

"Assalamualaikum,"

Salam dibalas sebelum kereta bergerak ke rumah Puan Aminah setelah memastikan isterinya selamat memasuki surau di kampung itu.

Kereta diberhentikan di halaman rumah Puan Aminah. Yusuf sedikit mengerutkan dahinya apabila tidak melihat kelibat Natasha sedang bersantai di pangkin rumah. Sudah menjadi kebiasaan bagi wanita itu untuk duduk di pangkin sambil membaca majalah pada waktu sebegini.

"Ha, Yusuf kenapa datang? Takkan baru berpisah sehari dah rindu Tasha," tegur Puan Aminah yang sedang menyiram pokok apabila perasan akan Yusuf memerhati pangkin kosong itu lama.

Hati tuanya tahu pasti Yusuf sedang mencari kelibat Natasha. Yusuf berpaling apabila mendapat teguran daripada ibunya. Dia mengukir senyuman sebelum tunduk mencium tangan wanita itu.

Darah menderu ke pipi apabila Puan Aminah menegur begitu. Segan dia dibuatnya apabila ditangkap oleh ibu sendiri.

"Tak ada lah ibu, ni Hajar ada kirim lauk sikit. Dia kata buat lebih. Dia kirim salam juga," Senyuman diukir bersama rasa segan masih tidak hilang.

Huluran Yusuf disambut.

"Waalaikumussalam. Susah-susah je Hajar ni,"

Tidak mahu bermain dengan teka-teki di minda, Yusuf terus menyoal kerana ingin tahu keberadaan isteri keduanya.

YUSUF BALQISWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu