2 YUSUF BALQIS

1.1K 91 13
                                    

SAMPAI di bilik tidur mereka, Yusuf melepaskan lengan Natasha. Rengusan dilepaskan Natasha sambil melurut rambutnya yang kusut masai. Dia berpaling dari melihat wajah Yusuf. Tidak mahu semakin benci apabila dia melihat wajah lelaki itu.

"Kenapa buat perangai macam ni? Tahu tak ramai orang yang tengok awak gaduh tadi?" Yusuf bersuara dengan nada rendah.

Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Dia tahu Natasha sedang diselimuti kemarahan. Tidak mahu menyentuh titik sensitif wanita itu jadi dia perlu berhati-hati.

"Oh habis tu kau nak salahkan aku lah?" dada Yusuf ditolak kuat sehingga berganjak ke belakang.

"Adik kau perangai macam sial tu yang cari pasal dengan aku dulu. Kau ingat aku nak biar ke dia kata dekat aku macam-macam?" marahnya lagi.

"Dia buat apa dekat awak sampai awak pukul dia macam tu sekali?" soal Yusuf.

Rambut yang menutupi sebahagian wajah Natasha di selit ke belakang telinga. Wajah merah dipenuhi peluh isterinya jelas di pandangan mata. Dia mengesat peluh di sekitar dahi Natasha tetapi ditepis kasar.

"Tanyalah dia! Tanya aku buat apa!" jerkah Natasha.

Yusuf memejamkan mata seketika. Helaan nafas dilepaskan.

"Tapi walau macam mana pun awak tak boleh buat dia macam tu. Lagi-lagi sekarang ramai sanak saudara ibu ayah dekat rumah ni. Tolonglah kawal sikit marah tu dan perangai tu janganlah lepas laku sangat,"

Natasha melepaskan tawa sinis.

"Eh pak ustaz. Daripada kau ceramah aku baik kau pergi azan tepi telinga adik kau yang serupa setan tu. Nama je ustaz tapi bodoh!" jerkah Natasha bersama wajah yang bengang.

Mana tak bengang! Yusuf cakap dia lepas laku walhal bukan dia yang memulakan pergaduhan. Semua ini tidak akan jadi jikalau Khadijah tidak memanggil dengan gelaran keji. Gadis itu tidak pantas menggelarkan dia begitu jika tidak tahu menahu kisahnya.

"Berambus!" halau Natasha dengan suara yang meninggi.

Tubuh Yusuf ditolak keluar dari bilik sebelum sempat lelaki itu mahu menjawab ujarannya. Pintu dihempas kuat sehingga bergegar rumah kayu itu. Dia bergerak ke arah katil lalu tubuh dibaringkan. Nafas yang laju akibat amarahnya sedang meluap-luap itu cuba dikawal sebaik mungkin.

Telefonnya di atas meja sebelah katil diambil. Laju tangannya mengetik mesej kepada seseorang. Setelah itu, telefon dicampak ke sebelah sebelum dia memejamkan mata. Mahu tidurlah apa lagi.

Sementara itu, Yusuf berlalu ke bilik Khadijah kerana mahu gadis itu berterus terang dengannya perihal kejadian tadi. Kelibat Puan Aminah yang sedang mengubati luka Khadijah menyapa mata. Yusuf melangkah ke dalam bilik gadis itu.

"Dija cakap apa dekat Kak Tasha sampai dia marah macam tu sekali?" tanya Yusuf terus, tidak mahu berbasa-basi.

Khadijah mendongak sekilas sebelum menjeling. Dia pasti Natasha mengadu dengan Yusuf. Bukan dia tidak pergaduhan mulut diantara Yusuf dan Natasha tadi.

"Dija cakap apa? Isteri abang long memang macam tu kan. Cakap sikit melenting," ujar Khadijah bersahaja seperti tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Dija cakap apa dekat Kak Tasha?" tanya Yusuf lagi tetapi kali ini nadanya kedengaran tegas di pendengaran Puan Aminah dan Khadijah.

Khadijah masih mengekalkan ekspresi wajah yang bersahaja walaupun jantung sudah berdetak kencang. Dia takut jikalau Yusuf bakal memarahinya kerana sudah membuat keributan.

"Dija cakap benda betul, dia je tak boleh terima kenyataan. Lepas tu tampar Dija," jujur Khadijah walaupun kebenaran tidak diungkap sepenuhnya.

Wajahnya tidak berani diangkat kerana takut bertentangan mata dengan Yusuf. Jelas di pendengarannya Yusuf menghela nafas panjang.

YUSUF BALQISWhere stories live. Discover now