1 YUSUF BALQIS

1.8K 95 32
                                    

BUNYI riuh rendah di luar membuatkan Natasha bertindak menekup telinganya dengan bantal. Beberapa saat kemudian Natasha bangun dari pembaringan lalu berdengus kasar.

"Tak guna betul," rungutnya.

Rambutnya dikusutkan lalu selimut dilempar ke sisi. Tingkap yang masih tertutup itu dipandang. Senyumannya terbit di bibir. Setelah kejadian dia mengamuk akibat suaminya membuka tingkap ketika dia sedang tidur, tingkap itu langsung tidak dibuka selagi dia tidak membukanya.

Dijeling pintu biliknya lalu merengus geram.

"Bodoh! Buat apa lah bising-bising, aku nak tidur pun tak senang," Natasha menyumpah geram.

Selimut dilempar kasar ke lantai lalu dia bergerak mencapai tuala. Tanpa mengemas tempat tidurnya, Natasha melangkah keluar dari bilik. Dia tahu nanti ada 'bibik' yang tolong kemaskan.

Sampai saja di dapur, kelibat wanita dari segala umur sedang bertungkus-lumus menyiapkan juadah. Natasha sudah sedia maklum akan aktiviti hari ini. Ibu dan bapa mentuanya membuat kenduri doa selamat. Sempena apa entah, dia malas ambil tahu.

Tanpa menghiraukan pandangan tidak senang dari sanak saudara ibu dan bapa mentuanya, dia melangkah ke bilik air. Beberapa minit membersihkan diri, Natasha melangkah keluar. Baru saja ingin bergerak ke bilik, suara seseorang memberhentikan langkahnya.

"Matahari dah tegak atas kepala baru reti nak bangun. Duduk rumah goyang kaki. Bila orang lain buat kerja, kau main handphone je," sinis Khadijah.

Natasha menarik senyuman sinis. Dia menghadap Khadijah lalu menjungkit kening.

"Masalah aku ke?" jari ditunjukkan ke arah dirinya sendiri.

Jelingan dihadiahkan kepada Khadijah lalu berlalu pergi. Khadijah mengetap bibir. Rengusan geram dilepaskan. Baru saja mahu membalas kata Natasha, tangannya terasa ditarik.

Dia perpaling.

"Tak payahlah cari pasal Kak Cik. Tahu kan Kak Tasha tu macam mana?" larang Aisyah.

Dia tidak mahu pergaduhan tercetus antara kakak dan kakak iparnya akibat sikap Khadijah yang suka mencetuskan pergaduhan. Bukan dia tidak tahu Natasha itu tidak boleh ditegur. Jikalau dia membiarkan Khadijah membuat onar, pasti ibu dan ayahnya dipandang serong oleh sanak saudara mereka.

Khadijah menjegilkan mata. Tangannya direntap kasar.

"Aku tak cari pasal pun! Saja nak ajar dia tu pasal adab. Orang semua buat kerja tapi dia baru bangun. Abang kau lah manjakan sangat isteri tak guna dia tu," ujar Khadijah kasar.

Aisyah mengerdipkan matanya beberapa kali apabila dia pula dimarah. Belum sempat mahu membalas kata kakaknya, suara serak wanita separuh baya menyapa telinga gegendang.

"Khadijah,"

"Pergi sambung kerja kamu, jangan cari masalah pula. Natasha tu kakak ipar selaku isteri abang kamu, jangan pertikaikan tugas abang kamu. Dia tahu apa dia kena buat untuk isteri dia. Tugas kamu sekarang tolong ibu, jangan cari pasal. Sekarang bukan keluarga kita je ada dekat sini, ramai lagi. Jadi tolong jaga nama baik ibu, ayah dan keluarga kita," tegas Puan Aminah walaupun suaranya kedengaran masih rendah.

Dia menatap wajah marah dan tidak puas hati Khadijah dengan penuh kasih sayang. Tidak lupa, belakang badan Khadijah yang ditutupi jubah hitam diusap lembut. Tidak mahu anak gadisnya itu terlalu mengikut perasaan marah.

Khadijah menahan diri dari bersikap kurang ajar terhadap ibunya.

"Khadijah. Faham tak ni?" soal Puan Aminah apabila tidak mendapat maklum balas daripada anak gadisnya itu.

YUSUF BALQISWhere stories live. Discover now