16 YUSUF BALQIS

216 23 4
                                    

PANG!

"Tā mā de! Tak cukup dengan makan gaji buta, kau dah pandai menipu aku!" suara Sein melengking kuat apabila mendengar balasan daripada Natasha.

Natasha lewat dua minit tiba di rumah Sein untuk berjumpa dengan lelaki itu. Dia sudah keluar awal untuk berangkat namun trafik sesak tidak dapat dielakkan. Alasan yang diberikan tidak dapat diterima oleh Sein sehingga pipinya menerima tamparan keras.

Tangan Natasha naik memegang pipi yang terasa pijar.

Rambut di bahagian belakang kepala Natasha dicengkam sebelum ditarik kuat. Kepala Natasha yang sedang mendongak secara paksa membantu Sein melihat wajah itu lebih dekat. Berkerut wajah Natasha menahan sakit di belakang kepala.

"Nat, Nat," Kepala digeleng perlahan.

Suka melihat Natasha yang sedang kesakitan. Di dalam talian Natasha berani melawan kata dengannya. Sein mahu lihat sejauh mana Natasha dapat melawan jika berhadapan dengannya.

"You dah silap besar main-main dengan I. I boleh musnahkan hidup you dalam sekelip mata," ujar Sein sengaja mahu bermain kata.

Sengaja mahu menakutkan Natasha agar wanita itu segera terjaga dengan realiti. Bahawa, Sein mempunyai segalanya dan akan berbuat apa sekali pun yang dia suka terhadap Natasha. Walaupun perkara itu bakal menyakitkan wanita itu.

"You nak kerja, I bagi you kerja. You nak duit, I bagi you duit. Bila I bagi kerja, kenapa you tak boleh buat betul-betul? I langsung tak nampak progress kerja you. Apa alasan you nak bagi?" tanya Sein sambil merenung kelopak mata Natasha yang terpejam rapat.

Tangan naik bermain di lengan terdedah Natasha. Usapan dinaik ke atas sehingga jari kasar itu berhenti di bahagian leher. Natasha mengelak apabila jari Sein mula meliar di segenap tubuhnya. Natasha mengetap bibir.

Bicara Sein dibiarkan angin berlalu. Tidak berniat untuk merespon. Memang niatnya ingin membiarkan Sein berbicara kerana Natasha tahu lelaki itu sedang dilanda kemarahan. Jadi, tiada guna Natasha menjawab jika semua jawapannya sentiasa salah di mata lelaki itu.

"Dah jatuh cinta? Dah jatuh sayang?" tambahnya lagi.

Perkataan cinta dan sayang sengaja dikaitkan kerana Sein tahu setiap gerak geri Natasha. Wanita itu fikir dia bodoh? Setiap kelakuan Natasha ketika berada di kampung diperhatikan. Oleh sebab Natasha dibayar untuk melakukan kerjanya. Tidak akan mudah-mudah dia melepaskan wanita itu.

Kelakuan Natasha yang bertindak mendiamkan diri dan tidak merespon sedikit pun segala percakapannya membuatkan Sein berang.

"I'm talking to you, wángbādàn!" jerkah Sein lantang.

Rambut Natasha direntap lagi sehingga wanita itu melepaskan jeritan nyaring. "Sakit lah, Sein!" rintihnya dengan suara yang tertahan.

Sungguh dia tidak dapat menahan rasa sakit di kepalanya. Natasha cuba menyingkirkan tangan Sein yang sedang mencengkam kuat rambutnya namun tidak berjaya.

"You takkan faham. I bukan tak cuba, I tried so hard but they love each other," kata lagi Natasha susah payah. Cara wanita itu seperti ingin menyalahkan Sein dengan ketidakberhasilan kerja yang dilaksanakannya.

Tangan Sein naik mencengkam rahang Natasha. Jari menekan kuat sehingga berjaya meghadirkan cecair hangat di tubir mata Natasha. Mahu tidak marah apabila Natasha berbicara seperti Sein yang mengheret wanita itu ke dalam masalah ini. Walhal wanita itu sendiri yang menjebakkan diri ke dalam masalah tersebut.

YUSUF BALQISWo Geschichten leben. Entdecke jetzt