6 YUSUF BALQIS

413 47 9
                                    

Beberapa bulan sebelumnya.

NATASHA berdecit marah apabila panggilan telefon yang dibuat kepada Sein tidak mendapat maklum balas daripada lelaki itu. Sudah berbelas kali dia mencuba lagi dan lagi tetapi tetap juga sama. Dia kini sedang terperangkap di sebuah pejabat agama akibat berdua-duaan di dalam kereta dengan lelaki tersebut.

Dia tahu pasti Sein sedang sibuk berparti kerana malam ini diadakan parti di rumah lelaki itu sempena perniagaannya berjalan lancar. Takkan berparti tidak ingat dunia? Susah sangatkah mahu menjawab panggilannya. Dia tidak mahu berada di pejabat agama itu dengan lebih lama.

Baru saja dia menjejakkan kaki ke dalam, dia sudah mendapat pandangan jelik daripada pihak yang berada di dalam. Mungkin kerana pemakaiannya yang tidak mengikut syariat. Tapi, dia peduli apa?

Sisi baju kurung bersaiz besar yang tersarung di tubuhnya digenggam erat. Baju kurung tersebut diberikan oleh seorang wanita yang merupakan pekerja di pejabat agama tersebut. Wanita itu saja yang tidak memandangnya sinis malah dia melembarkan senyuman tipis.

Helaan nafas sudah tidak terbilang banyaknya apabila memikirkan apa yang akan terjadi.

Dia dan lelaki itu ditangkap berdua-duaan di dalam kereta. Dia membuat tuduhan bahawa lelaki tersebut ingin merogolnya dengan harapan lelaki itu ditangkap. Tetapi, lelaki itu merupakan orang kuat agama menyebabkan tuduhannya tidak dipercayai. Lelaki itu pula mendiamkan diri sejak tadi sambil duduk di bangku hujung.

Dia berharap rancangannya akan berjalan dengan lancar dengan hanya satu malam tetapi tanggapannya meleset apabila rancangan tidak berjalan seperti yang dirancang. Sumpah seranah sudah dilepaskan berbakul-bakul. Dia berasa seakan gila apabila terus berada di sini.

Dia mahu Sein mengikat jaminnya dengan membayar denda tetapi lelaki itu pula tidak menjawab. Pihak pejabat agama tersebut juga seakan menggalakkan mereka membayar denda kerana lelaki tersebut telah menjadi kepercayaan orang-orang di situ.

Deringan telefon membuat Natasha cepat berdiri. Dia menjauhkan diri daripada orang supaya perbualan mereka tidak didengari.

"Hmm?" Deheman perlahan daripada Sein menyapa gegendang telinga.

Sempat Natasha mengepal tangan apabila Sein menunjukkan tanda tidak berminat mahu bertanya keadaannya di sini. Mahu sahaja dia memarahi lelaki itu kerana sukar mengangkat panggilannya tetapi dia membatalkan niat kerana dia sekarang sedang dibayar.

"You dekat mana, Sein?" laju dia bertanya.

Masih jelas kedengaran sayup-sayup bunyi musik di talian sana menandakan lelaki itu masih berparti.

"Baru je habis parti. Kenapa call I? Dah selesai ke tugas you?" soal Sein pula.

Sein tidak sabar untuk mendengar khabar yang akan dibuat oleh Natasha. Dia berharap agar rancangan berjalan seperti yang dia telah aturkan. Jikalau sebaliknya, dia perlu menggunakan perkhidmatan Natasha dengan lebih lama. Itu akan menyusahkan hidupnya nanti.

Dia sudah berniat ingin membuang Natasha jauh-jauh setelah tugasnya selesai. Tidak ingin menyimpan wanita itu lagi. Habis madu sepah dibuang.

"I tersekat ni dekat pejabat agama. I nak you jamin I. Diorang tak percayakan I sebab jantan tu orang alim. Diorang suruh bayar denda je kalau tak diorang akan report polis," jelas Natasha dengan lebih terperinci.

Sein merengus apabila berita yang disampaikan oleh Natasha bukan seperti yang diharapkan. Sempat dia menyumpah di dalam hati pada Natasha. Sohai!

YUSUF BALQISWhere stories live. Discover now