12 YUSUF BALQIS

270 34 5
                                    

PEMANDANGAN indah yang dimiliki oleh sungai kampung tersebut memenuhi ruang mata. Tidak dapat disangkal bahawa keindahan sungai itu dapat menarik minatnya untuk terus menikmati. Bunyi hempasan air terjun di sisi sungai itu membuatkan Natasha berpaling.

Terdetik di hati kecilnya memuji sungai tersebut. Yusuf menarik senyuman melihat Natasha yang tidak berkelip memerhati. Benar katanya bukan? Pasti keindahan sungai tersebut akan terngiang-ngiang dalam kotak ingatan Natasha. Dirinya akan menjadi mangsa untuk selalu membawa Natasha sungai tersebut.

Suasana lengang di sungai itu membuatkan mereka bersyukur. Kebiasaannya petang begitu pasti ada penduduk kampung akan bermandi manda di situ namun petang ini tiada seorang yang berada di situ. Satu kelebihan bagi mereka untuk tidak bersesak dengan orang kampung.

Fatimah mengambil tempat berhampiran batu besar. Tikar yang dibawa dihampar pada tanah yang terdapat sedikit rumput. Mereka mula meletakkan barang-barang di atas tikar. Turut dibawa sedikit makanan untuk dijamu.

Fatimah sudah mula melangkah melalui batu-batu besar yang terdapat di dalam sungai. Langkah dijaga penuh hati-hati. Dia saja yang turun mandi sungai tersebut. Adik Yusuf yang lain hanya merendam kaki ke dalam air sejuk itu sahaja. Hajar turut serta duduk di salah sebuah batu besar di situ.

Natasha pula hanya duduk bersimpuh di atas tikar. Tidak berniat untuk masuk ke dalam sungai. Cukup dia hanya menikmati saja keindahannya dari jauh sahaja. Yusuf membuka setiap bekas yang terisi makanan. Natasha dipandang.

"Balqis nak makan ke?"

Natasha hanya berpaling sekilas sebelum menumpukan perhatian terhadap air terjun yang melimpah-limpah jatuh menimpa sungai tersebut.

"Nak mandi sungai?"

Yusuf dijeling. Tak habis-habis mahu menganggunya. Selagi tidak dilayan, selagi itu Yusuf akan terus bertanya.

"Tak bawa baju lah," Natasha bersuara. Terselit nada kesal di dalam suaranya.

Kesal kerana terlalu jual mahal sehingga tidak mahu membawa baju lebih untuk mandi sungai. Fikirnya dia tidak akan tergugat dengan keindahan sungai yang diceritakan oleh Yusuf ini. Setelah melihat sendiri, baru Natasha sedar dia perlu merasai kedinginan air sungai tersebut.

"Siapa cakap tak bawa?" Yusuf seakan-akan bertanya. Walhal dia mahu katakan sesuai yang Natasha tidak tahu.

Yusuf pasti Natasha akan memarahinya apabila tahu dia melakukan perkara itu. Wanita itu pasti mengamuk besar dan akan memukulnya.

Natasha memandang Yusuf dengan riak tidak mengerti. Melihat sengihan busuk yang ditayang oleh Yusuf itu membuatkan Natasha berfikir bahawa lelaki tersebut melakukan perkara yang tidak digemarinya. Senang kata, pasti Yusuf mahu mengenakannya.

Yusuf menghulurkan sebuah beg berisi pakaian milik lelaki itu. Dia tahu kerana Yusuf meminta untuk mengambil pakaiannya terlebih dahulu sebelum mereka berangkat ke sini.

Wajah Natasha cemberut. Dia mengira Yusuf mahu dia memakai pakaian lelaki itu apabila selesai mandi nanti. Namun, dia masih belum tahu tujuan sebenar suaminya.

"Takkan nak pakai baju kau. Dah lah bau tak sedap," Beg tersebut ditolak ke arah Yusuf semula.

"Tengok dulu, baru komen," Arah Yusuf kembali. Dia menunduk sedikit menahan senyumannya.

Natasha mula panas hati melihat reaksi yang ditunjukkan oleh Yusuf. Apa masalah dia nak sengih-sengih macam tu? Cabut gigi, tak boleh beri ceramah dekat surau tu nanti.

Sempat dia memukul bahu Yusuf bersama wajah cemberut.

"Kau ni mesti nak kenakan aku, kan?" Tanya Natasha dengan wajah sangsi. Apa agaknya Yusuf lakukan? Simpan katak dalam beg?

YUSUF BALQISWhere stories live. Discover now