13 YUSUF BALQIS

252 37 10
                                    

FATIMAH melangkah mendekati Natasha yang sedang duduk sambil menekup wajah pada tangan di atas meja makan. Kerutan terbit di dahi Fatimah melihat Natasha yang kaku tidak bergerak. Gerakan kerusi di meja makan itu menghasilkan bunyi yang kuat namun masih tidak mampu membuat Natasha memberi tindak balas.

Jikalau Natasha sedang melelapkan mata. Mengapa dapur yang menjadi pilihan wanita itu. Hatinya dihurung rasa tidak enak. Takkan Natasha sedang kelaparan?

"Oi, Tasha," panggil Fatimah.

Bahu Natasha ditolak beberapa. Namun, Natasha masih tidak menunjukkan sebarang tindak balas. Perasaan cemas hadir dalam diri Fatimah apabila Natasha tidak bergerak walau seinci. Kepala Natasha ditarik pantas. Melihat wajah Natasha yang dipenuhi peluh itu semakin membuatkan Fatimah panik.

"Kau kenapa ni?" Soalnya khawatir. Benar telahannya, Natasha kelihatan tidak bermaya.

Tubuh Natasha digongcang kasar agar sedar daripada tidurnya. Natasha sudah dapat mencelikkan sedikit matanya. Bibir pucatnya bergetar ingin mengeluarkan suara. Sejujurnya, Natasha sedar kehadiran Fatimah sejak gadis itu pulang. Namun, dia tidak mempunyai cukup tenaga untuk merespon.

"Ga-gastrik.." Lemah suaranya menjawab. Hampir tidak didengari oleh Fatimah.

Kerutan tercipta di dahi Fatimah. Gastrik? Takkan Yusuf tinggalkan Natasha dengan keadaan macam? Kata lelaki itu tadi, dia mahu ke bandar untuk makan bersama adik-adiknya yang lain. Fikirnya, Natasha turut serta. Mujur hatinya terdetik untuk membeli makanan lebih. Tidak tahu pula ada hikmah di sebaliknya.

"Aku ada belikan makanan lebih. Makan lah," Plastik yang berisi bekas makanan dihulur ke arah Natasha.

Natasha menggeleng. Dia perlu makan ubat terlebih dahulu sebelum menjamah apa-apa makanan. Kalau tidak, pasti dia bakal memuntahkan kembali makanan yang telah ditelan. Perut yang terasa amat perit ditekan-tekan supaya kesakitan itu dapat dikurangkan. Namun, tiada peubahan sama sekali.

"Uu-ubat,"

Pergerakan Fatimah terhenti. Melihat keadaan Natasha yang begitu lemah menimbulkan rasa simpati. Seribu satu persoalan yang timbul di benaknya. Tetapi, dia harus menguburkan niatnya untuk bertanya dalam keadaan darurat ini.

"Dekat mana ubat kau?" Soalnya terus. Tidak mahu kesakitan Natasha berlarutan.

"Dalam bilik, laci," Balas Natasha ringkas. Ketika ini dia sudah tidak dapat melakukan apa-apa. Tenaganya sudah habis kerana berperang dengan rasa sakit itu. Tangan pula sudah menggeletar hebat.

Natasha tidak menyangka sama sekali, Yusuf akan meninggalkannya tanpa makanan di dapur. Dia mahu mengoreng telur tetapi apabila buka saja peti ais, tiada langsung kelibat telur yang memenuhi ruang mata. Mi segera juga tiada untuk dia mengalas perut.

Yusuf sengaja mahu menyeksanya secara halus kah? Kejamnya lelaki itu jikalau berniat mahu menyiksanya begitu.

"Kau kena makan ubat dulu ke baru boleh makan nasi," Tanya Fatimah meminta kepastian. Maklum saja dia tidak pernah menghadapi situasi seperti ini sebelumnya.

Natasha mengangguk lemah. Melihat Natasha mengiakan, laju kaki melangkah ke bilik tidur Yusuf.

"Sekejap aku cari. Kau jangan pengsan dulu. Tunggu aku dulu, baru pengsan," Sempat dia berpesan sambil melangkah.

Diselongkar setiap laci sehingga menjumpai bekas ubat-ubatan Natasha. Dahinya berkerut melihat ubat-ubatan Natasha yang begitu banyak. Tetapi, dia hanya menganggap semua itu ubat gastrik walaupun masih tersisa rasa sangsi.

'Minah ni sakit kronik ke apa? Bukan main banyak ubat' Getus hati kecil Fatimah.

Tiada masa untuk berteka-teki, Fatimah kembali ke dapur. Selesai memberi Natasha makan ubat gastriknya, Fatimah menyuap nasi yang dibeli kepada kakak iparnya. Jatuh kesian apabila melihat tangan Natasha yang terketar-ketar mahu memegang sudu. Sangat lemah.

YUSUF BALQISWhere stories live. Discover now