20 YUSUF BALQIS

315 39 8
                                    

DAUN-DAUN yang telah layu digunting cermat. Natasha bangkit berdiri setelah selesai membuang semua tanaman yang telah layu yang bakal menganggu pembesaran pokok. Pengcakar sampah dicapai. Daun-daun kering yang menutupi tanah dikaut untuk tujuan pembakaran.

Tanpa Natasha sedar, gerak gerinya diperhati empat mata. Puan Aminah dan Yusuf sama-sama memandang ke arah Natasha yang sejak tadi membersihkan halaman rumah. Terbit senyuman di bibir Yusuf melihat Natasha melakukan kerja.

"Yusuf ada cakap apa-apa ke dekat Tasha?" aju Puan Aminah dengan soalan yang dapat membuatkan Yusuf kehairanan.

Kerutan di wajah Yusuf tercipta menerima pertanyaan itu sebelum berpaling. Kepala digeleng tanda menyangkal pertanyaan Puan Aminah.

"Tak ada pun, ibu. Kenapa? Balqis ada cakap apa-apa ke?" soal Yusuf kembali. Mahu meminta kepastian.

Mana tahu mereka berdua sudah melakukan sesi luahan sehingga Natasha menceritakan perihal dirinya. Yusuf juga mahu tahu apa yang dicerita oleh Natasha kalau benar itu terjadi. Oleh kerana Natasha tidak pernah bercerita dengannya.

Puan Aminah menggeleng. Senyuman lebar dicarik. Bicara kembali disambung. "Suka ibu tengok Tasha yang sekarang. Nampak perubahan sikit,"

Tidak dapat dinafikan perkara tersebut sama sekali. Memang benar Natasha menunjukkan perubahan ketara setelah pulang dari rumahnya di bandar. Keajaiban apakah yang terjadi terhadap Natasha sehingga berubah sedemikian rupa.

Walhal sebelum ini, wanita itu tidak pernah mahu menghulurkan tangan untuk membantu membuat kerja rumah. Apatah lagi membersihkan daun-daun kering yang berselerak menutup hampir seluruh halaman rumah ibu bapa Yusuf.

"Yusuf pun nampak," sahut Yusuf setuju.

"Nak bimbing boleh tapi jangan memaksa," Sempat Puan Aminah berpesan. Bahu Yusuf ditepuk sebelum berlalu pergi.

Yusuf mengakui apa yang diperkatakan oleh Puan Aminah itu benar. Dalam mendidik dan membimbing seseorang yang jahil memerlukan kesabaran yang tinggi. Paksaan bukan cara terbaik untuk menarik seseorang itu untuk berubah dengan lebih giat.

Bukan setakat tiada perubahan yang berlaku malah seseorang itu bakal menjadi lebih teruk berbanding diri mereka sekarang. Perubahan sedikit demi sedikit lebih baik daripada perubahan mendadak. Amalan baik hendaklah diamalkan setiap hari bukan hanya sehari.

Senyum diukir tanda membalas.

Tumpuan dialih kembali pada Natasha yang sedang menyapu halaman rumah. Tidak disangkal bahawa dia juga tertanya-tanya penyebab Natasha tiba-tiba bersikap aneh seperti sekarang. Namun begitu, Yusuf tidak mahu terlalu menaruh syak wasangka terhadap isterinya.

Selipar disarung. Dengan langkah diatur perlahan Yusuf mendekati Natasha. Bunyi daun-daun kering dipijak menarik Natasha untuk membalikkkan tubuh.

"Assalamualaikum,"

Yusuf dijeling. Kerja diteruskan tanpa menghiraukan lelaki itu. Yusuf berlalu ke hadapan Natasha.

"Rajinnya isteri abang buat kerja. Nak abang tolong?" puji Yusuf.

Pujian Yusuf memanaskan telinga Natasha. Adakah Yusuf memerlinya? Natasha sedia maklum bahawa dulu dirinya malas mahu campur tangan dalam membuat kerja rumah. Ini kerana baginya dia berkahwin dengan Yusuf bukan untuk menjadi orang suruhan di rumah itu.

Namun, Natasha telah mendapat kesedaran bahawa melakukan kerja rumah bukan kerana dia bibik tetapi menolong pasangan dalam meringankan beban. Melihat ibu mentuanya membuat kerja rumah sendirian tanpa meminta pertolongan darinya membuatkan dia khilaf.

Kejamnya dia membiarkan Puan Aminah melakukan semua kerja rumah termasuk membersihkan, mencuci dan memasak tanpa berniat ingin menolong. Tetapi, Puan Aminah tidak pernah menyungut dan memburukkan Natasha kepada Yusuf.

Você leu todos os capítulos publicados.

⏰ Última atualização: Apr 05 ⏰

Adicione esta história à sua Biblioteca e seja notificado quando novos capítulos chegarem!

YUSUF BALQISOnde histórias criam vida. Descubra agora