BAB 3

445 55 8
                                    

~"Once you become mine, then the rest of your life would be mine too"~

"Tuan Muda Edric, semua sudah menunggu di ruangan makan." Sapa wanita yang lengkap memakai pakaian pembantu rumah tersebut. Perlahan saja tona suaranya. Bimbang jika dia dimaki hamun secara tiba-tiba oleh anak muda yang sering berkepala angin tidak tentu hala itu.

Derapan langkah yang awalnya deras, kian beransur perlahan rentaknya sebelum kaki itu berhenti mengejut. Rahang diketap rapat. Dia menoleh hanya dari arah sisi kanan tubuh tanpa memandang sepenuhnya kepada pembantu rumah yang menyapa dari belakang. Mengacau saja.

"Including my dad?" Garau suara itu berkumandang sejurus kemudian.

Walaupun hanya tiga patah kata saja yang terluah, namun ianya cukup menggerunkan. Aura yang dimiliki persis benar seperti bapanya. Tegas dan garang selain terselit kedinginan yang boleh membekukan apa jua suasana. Barangkali itu menjadi punca mengapa keluarga mereka adalah antara keluarga yang paling dihormati dan disegani. Ataupun sebenarnya lebih ditakuti?

"Ya Tuan Muda. Termasuk Tuan Besar Edward. Mereka sudah lama menanti tuan di meja makan." Jawab pembantu rumah mengiakan apa yang ditanya oleh anak majikannya dengan suara yang terketar. Suasana berubah menjadi seram sejuk setiap kali mahu berbicara dengan lelaki muda itu.

Balasan kata pembantu rumah menaikkan hujung bibir Edric. Eloklah bapanya itu ada di rumah pada malam ini. Setidaknya, boleh dia keluar sebentar menikmati udara malam disamping mencari sedikit 'makanan' di luar sana. Sudah lama dia tidak meratah lauk murah yang berpeleseran di kelab malam milik bapanya. Sekali sekala melepaskan rasa gian apa salahnya.

Tanpa sebarang kata, Edric selamba menyambung langkahnya yang tergendala dengan menuruni anak tangga satu persatu menuju ke dining hall yang menempatkan kedua orang tuanya.

Niat di hati hanya ingin menyapa saja. Tidak terasa pula mahu menyertai mereka dalam acara makan malam berkenaan kerana dia punya acara khusus lain buat diri sendiri. Sengaja ingin memberi peluang dan ruang agar ibunya dapat bermanja bersama Edward.

"Hi my beloved mom and dad." Ucap Edric senada. Tiada terselit emosi bahagia ataupun sebaliknya. Hanya neutral nada tersebut.

"Edric mahu ke mana malam-malam begini? Ayuh kita makan bersama. Sudah lama kita tidak berkumpul begini." Balas Hailey lembut kepada satu-satunya anak teruna tunggal mereka. Rasa teruja menyapa diri andai kata mereka dapat duduk semeja pada malam itu.

Edric sajalah penyambung warisan dan keturunan keluarga Anderson. Perancangan Edward dan Hailey yang ingin menambah zuriat setelah Edric berumur satu tahun terbantut, gara-gara Hailey mempunyai komplikasi tertentu dan doktor mengkhabarkan berita duka dimana dia tidak dapat melahirkan zuriat lagi. Sedih dan kecewa, namun mereka terima takdir ketentuan Tuhan dengan hati terbuka.

Hanya Edric tempat kedua Hailey bermanja kasih selain daripada suaminya. Semenjak kebelakangan ini, Edward lebih banyak menghabiskan masanya di luar dek kesibukan kerja. Jarang mereka dapat bersua. Terkadang, sampai tertidur dirinya menunggu kepulangan suami tercinta. Apabila bangun pada keesokan pagi, kelibat Edward sudah tiada.

Sesekali, Hailey merasakan yang dirinya sudah tidak disayangi Edward lagi. Tetapi cepat-cepat dia menepis sangkaan yang berbaur hasutan syaitan berkenaan daripada terus membelenggu diri.

"Mahu keluar sebentar. Ada hal." Soalan Hailey mendapat balasan pendek dari Edric. Tersentak kecil Hailey daripada lamunan ringkas tadi.

"Punya hal ataupun ingin berfoya-foya di kelab malam?" Satu suara lain menyampuk dalam perbualan dua beranak itu. Serius.

"Malam inikan malam bulan mengambang penuh, jadi tidak salah jika aku keluar mencari makanan di luar sana. Bosanlah asyik menghadap darah dalam pek saban hari. Daddy itu temankanlah mummy. Asyik sibuk bekerja saja. Kasihan mummy ditinggalkan keseorangan hampir setiap waktu." Tutur Edric agak berjela sedikit kali ini. Sesekali meleteri bapanya tidak salah bukan?

VAMPIRE'S MAID II [SU]Where stories live. Discover now